Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Kegembiraan bergelar ibu dan ayah rupanya hanya seketika. Kehidupan berumah tangga yang hampir memasuki usia setahun, namun terpaksa menerima hakikat dunia mereka kini sudah berbeza.

Si isteri sudah kembali ke dunia yang abadi, meninggalkan suami dan anak tersayang untuk meneruskan kehidupan di dunia sementara.

Bayi yang masih merah baru berusia 11 hari terpaksa menerima hakikat syurga dunianya sudah tiada. Belum sempat bermanja dan menatap wajah ibunya, dia sudah ditinggalkan.

Meninggal Dunia Ketika 11 Hari Berpantang, Hajat Arwah Bercuti Dengan Suami & Anak Tak Kesampaian.

Perkongsian lelaki ini cukup menyentuh hati. Arwah isterinya dikatakan mengalami darah beku di bahagian peranakan selain mempunyai Hipoglesimia (bacaan gula dalam darah rendah) dan juga diabetes semasa mengandung.Namun,keputusan penuh doktor mengenai hal tersebut masih belum diketahui.

Pemergian isteri tersayang perit untuk diterima namun lelaki bernama Hamijan Mijan ini pasrah dan reda. Siapa dia mahu menolak ketentuan takdir.


Meninggal Dunia Ketika 11 Hari Berpantang, Hajat Arwah Bercuti Dengan Suami & Anak Tak Kesampaian.

IKLAN

Tetap sayang awak sampai bila-bila sayang

Gelak tawa mu sentiasa di ingatan ku sayang tak pernah sikit pun hilang dalam ingatan ku , aku bahagia dengan mu sayang , terima kasih atas segala pengorbanan manja dekat abang selama ni , abang sentiasa doakan manja sayang , abang tak pernah lupakan manja walaupun sekejap , abang janji dengan manja abang akan jaga MUHAMMAD HUD HAYYAN dengan sebaik baik nya .

05/04/1995 – 08/09/2018 AL – FATIHA buat mu isteri tercinta Meninggal Dunia Ketika 11 Hari Berpantang, Hajat Arwah Bercuti Dengan Suami & Anak Tak Kesampaian.

Alhamdulillah semua urusan selesai , terima kasih banyak banyak kepada semua ahli keluarga saya , keluarga mentua , rakan rakan dan sahabat sahabat yang telah bersama saya sepanjang kejadian yang berlaku terhadap isteri yang tercinta SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD yang telah meninggal dunia tengah hari tadi .

IKLAN

Meninggal Dunia Ketika 11 Hari Berpantang, Hajat Arwah Bercuti Dengan Suami & Anak Tak Kesampaian.

SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD terima kasih sayang sebab awak menjadi isteri yang cukup sempurna buat saya dan anak sayang .

Saya tetap sayang awak sampai bila bila sayang . Dirimu dalam ingatan ku sayang , terukir senyuman manis mu dihati ku selamanya .

IKLAN

AL – FATIHAH buat isteri tercinta SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD .

Hamijan sebelum itu memberitahu, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih berbual-bual seperti biasa. Malah, arwah juga tidak memberikan sebarang tanda.

Selepas bangun daripada tidur, dia mendapati isteri tidak sedarkan diri lalu di bawa ke hospital. Namun, setibanya di hospital isteri disahkan meninggal dunia.

Masa pukul 4 pagi tu elok je sembang-sembang ajak pergi jalan apa semua lepas subuh tu saya tidur sampai pukul 11 saya tersedar anak menangis.
Saya bangun buat susu anak lepas tu saya panggil isteri saya dia tak menyahut, saya pergi dekat dia tarik selimut dia tengok tangan arwah dah kebiruan. Lepas tu terus panggil ambulans bawa pergi hospital sampai hospital isteri dah disahkan meninggal dunia.

Salam takziah semoga tabah dalam menghadapi ujian ini buat suami dan famili arwah . Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Sumber: : Hamijan Mijan , Siakap Keli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI