Tiada apa yang lebih menggembirakan bila orang yang kita sayang dilihat kembali sihat. Begitulah perkembangan terkini, setelah hampir sebulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis, penyanyi Zamani telah tampil membuat persembahan sulungnya pada malam Ahad.
Nur Juliana memberitahu suaminya itu sudah kembali aktif selain turut berterima kasih kepada peminat yang hadir memeriahkan suasana majlis tersebut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Persembahan pertama selepas menjalani pembedahan tulang belakang. Terima kasih kepada CEO dan warga kerja DATUM kerana menjemput serta pengunjung-pengunjung yang hadir. Terima kasih kerana sudi hadir malam tadi,” maklumnya di Instagram miliknya yang turut memperlihatkan Zamani sedang menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.
Ads
Sementara itu, pengacara Datuk Aznil Nawawi selaku individu yang banyak membantu mengumpul dana untuk pembedahan Zamani turut meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penyanyi berusia 51 tahun itu kembali sihat.
Difahamkan melalui kenyataan di akaun Instagram dan tiktok Datuk Aznil Haji Nawawi menitiskan air mata, bukan kerana sedih tetapi air mata gembira apabila melihat bekas vokalis kumpulan Slam itu sudah mampu menghiburkan peminat.
“Allahuakhbar, terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani kepada dahulu. Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas membuat persembahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” katanya di Instagram.
Turut dikongsikan oleh Pak Nil, rakaman video Zamani yang kelihatan sedang berada di atas pentas untuk melakukan persembahan di pusat beli-belah. Persembahannya itu nyata mencetus hiba orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Zaman sekarang ni, dalam perniagaan kebanyakan dah terapkan prinsip ‘bad marketing is good marketing’ sehingga boleh menjadikan aib pada diri sendiri. Tapi, boleh ke sebenarnya guna kaedah begini untuk mendapatkan rezeki? Adakah dibenarkan dalam Islam? Jom kita rujuk persoalan ini dari pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, dalam perniagaan zaman sekarang ada satu istilah iaitu Bad Marketing Is Good Marketing. Maknanya peniaga akan menggunakan apa sahaja cara yang biasanya mencetuskan kontroversi, sensasi, lantas mencetuskan perhatian dan kemarahan orang ramai lalu menjadi viral. Kesannya, peniaga tersebut akan mendapat publisiti atas kontroversi yang dicetuskan tadi, maka produknya makin laris, jenamanya makin dikenali orang ramai. Adakah perkara ini dibenarkan dalam Islam? Mohon pandangan pejabat mufti.
Jawapan Ringkas
Islam mengharuskan apa jua kaedah pemasaran yang ingin dilakukan peniaga untuk meraih keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan selagi tidak bertentangan dengan prinsip syarak. Kaedah pemasaran dengan cara “bad marketing” dapat memberi liputan luas kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, kaedah pemasaran itu mestilah selari dengan kehendak syarak seperti tidak melakukan perkara-perkara yang haram, menimbulkan fitnah kepada Islam dan imej muslim dan sebagainya. Justeru, kaedah pemasaran sebegini tidak boleh dilakukan kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak.
Para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih kaedah pemasaran yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak. Dapatkan juga nasihat daripada pihak-pihak berautoriti tentang kaedah dan batas-batas pemasaran yang ingin dilakukan. Moga-moga perniagaan yang dijalankan meraih keuntungan dan keberkatan di dunia dan di akhirat.
Huraian Jawapan
Pemasaran merupakan salah satu komponen penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana pemasaran akan menyebabkan sesuatu jenama atau produk dikenali ramai dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat. Oleh kerana itu, terdapat pelbagai kaedah pemasaran yang digunakan para peniaga untuk meraih hasil jualan yang banyak.
Dalam masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang bersikap melampau dalam melakukan aktiviti pemasaran mereka. Sebagai contoh, menghina dan memaki hamun orang lain, provokasi, membuat kenyataan dan aksi kurang sopan, lucah, melakukan pemasaran dengan cara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan lain-lain. Walaupun perbuatan-perbuatan tersebut diketahui tidak elok, namun mereka beranggapan bahawa ianya masih satu bentuk pemasaran untuk perniagaan mereka kerana perbuatan tersebut akan memberi publisiti kepada mereka. Inilah yang menjadi tanggapan mereka, bad marketing is good marketing.
Seorang peniaga muslim mestilah mengamalkan cara hidup hidup Islam yang menyeluruh termasuklah dalam perkara yang melibatkan pemasaran produk mereka. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah al-Baqarah (208)
Para ulama menerangkan ayat di atas menuntut seorang muslim untuk sentiasa mengamalkan cara hidup islam yang menyeluruh, melakukan segala suruhan Allah dan tidak meninggalkan perkara yang dilarang. Dalam konteks permasalahan ini, seorang peniaga perlu berhati-hati dalam memastikan pemasaran yang ingin dilakukan mestilah mengikut apa yang telah digariskan syarak. (Rujuk Tafsir al-Razi 352/5[1]; Tafsir Ibn Kathir 422/1[2])
Asal hukum bagi muamalat adalah harus selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kaedah berikut:
الأصل في المعاملات الإباحة إلا ما قام الدليل المعتبر شرعًا على تحريمه
Maksudnya: Hukum asal bagi perkara berkaitan muamalat adalah harus kecuali ada dalil atau perkara diharamkan syarak. (Rujuk Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami 892/5)
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti pemasaran adalah peniaga perlu elakkan daripada mengaibkan atau melaknat orang lain, mencarut serta menjaga setiap percakapan daripada perkataan yang buruk dan keji. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW:
ليس المؤمن بالطعان, ولا اللعان, ولا الفاحش, ولا البذيء
Maksudnya:Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka yang suka berkata-kata keji dan buruk.
Riwayat Tirmizi (1977)
Selain itu, peniaga juga dituntut untuk menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri seperti menuturkan serta menggayakan aksi dan pakaian tidak sopandan seumpamanya. Ini adalah kerana perbuatan tersebut amat dilarang dalam Islam. Rujuk juga artikel lepas kami dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-575:Hukum Mempromosikan Barangan Di Media Sosial Dengan Cara Memalukan.
Kesimpulan
Islam tidak menghalang apa-apa daya kreativiti peniaga untuk melakukan pelbagai kaedah pemasaran bagi meraih keuntungan. Namun begitu, kreativiti itu mestilah dalam rangka yang dibenarkan syarak. Asal hukum berkaitan pemasaran adalah harus selagi tidak melibatkan atau melakukan perkara yang haram. Justeru, konsep bad marketing is good marketing adalah tidak wajar untuk dilakukan seorang peniaga muslim kerana tidak bertepatan dengan syarak.
Seharian di rumah bersama anak-anak, patsi pening ibu-ibu nak melayan terutama anak-anak yang banyak karenah.
Apatah lagi, jika anak-anak berada di rumah dan mengganggu rutin harian ibu untuk mengemas dan memasak. Ada anak yang gemar nak ‘membantu’ ketika ibu di dapur.
Oleh itu, para ibu kena cari alternatif supaya tidak mengganggu rutin di rumah, apa kata cuba DIY dapur tersendiri untuk anak supaya mereka juga boleh bermain sambil ibu menyiapkan kerja rumah, anak perempuan mesti suka ni kan.
Jom cuba kaeadah yang dikongsikan oleh Umie Rashydah ini. Cara yang menjmatkan dan murah je bajetnya. Anak anak dok minta. Jadi, mama rajinkan la diri buat dapur mini utk anak.
Rak buku beli dr kedai perabot terpakai Rm15 shj.
Wallpaper mainan dan sebagainya dr Mr Diy dan Eco Shop. Tak habis Rm70 pun.
Sakan kakak main dgn adik dia.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayur pak choy merupakan antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah untuk kegunaan dapur. Tak perlu lagi nak beli di kedai. Biasanya kalau nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam.
Bagaimanapun berlainan pula dengan sayur pak choy. Ia boleh ditanam dan dibiakkan dari keratan tunggul tak berakar. Biasanya tunggul pak choy ramai yang buang sebab agak keras, jadi selepas ini jangan buang ya! Kita biakkan.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk menanam dan membiakkan pak choy hanya dengan keratan tunggul yang tidak berakar.
1. Sediakan medium tanaman yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choy itu, rendam dalam air paip biasa selama lebih kurang 30 minit.
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Moga selepas ini kita dapat lebih berjimat membeli barang-barang dapur. Lagi pun bila tanam sendiri, tak perlu risau penggunaan racun serangga dan sebagainya. Tanam sendiri, makan sendiri!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.