Merasakan berat beban dan ujian hidup yang sedang kita tanggung hingga ada yang patah semangat dan berbolak balik hatinya dalam mensyukuri nikmat Allah.

Namun ingatlah ada orang lain lagi besar ujiannya. Pun begitu, tetap sabar malah semakin tinggi taqwanya kepada Allah.

Dan kisah seperti ini telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa semoga turut menjentik hati dan mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.

Jom baca perkongsian ini.

Wanita Istimewa Bernama Fatimah

Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai petani. Kedah sana.

Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua dia. Bunyi suara macam tegas!

“Saya nak jumpa ustaz!”

“Ya puan. Silakan”

IKLAN

“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”

“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil dimana sahaja lokasi puan”

“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja” Dan, akhirnya dari sungai petani sampai alor star, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.

Sampai di pusat tahfiz ni. Dia di sambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!

“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”

IKLAN

“Suami Saya Buta, Inilah Jodoh Saya. Ibu Ayah Juga Buta. Merekalah Takdir Saya.” Cukup Tersentuh Perkongsian Ni!

“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”

Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!

“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”

Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.

IKLAN

“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”

“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.

Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami”

Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.

Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.

Tapi, di uji begitu pun dia takut kalau hatinya di bolak balikkan oleh Allah. Maka, di berikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.

Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?

Sumber : Abu Hurairah Asifah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI