Umum mengetahui semalam bahawa penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua iaitu lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Menerusi entri terbaru penyanyi nombor satu negara, berkongsi meluahkan rasa syukur telah selamat melahirkan anak keduanya.
Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan ok.
Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
MULA BERPANTANG
Beliau juga turut memberitahu akan menjalani tempoh pemulihan diri atau berpantang agar sembuh dan pulih selepas bersalin dengan mengamalkan amalan berpantang sepenuhnya. Serta memberi tumpuan kepada bayinya untuk menyusu susu ibu sepenuhnya semasa berpantang.
Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya.
Dalam pada itu, menerusi instastori, Siti turut berkongsi menu berpantangnya pada hari pertama. Melihat beberapa lauk pantangnya sungguh menyelerakan. Menurunya lagi, lauk ketika berpantang adalah antara kegemarannya.
“Masakan daripada @natalismothercare untuk dinner sata memang sedap. Sebab tu saya sUka waktu berpantang. Tq”
3 JAM SEKALI IBU JAGA
Ads
Pastinya ramai yang tahu bahawa penyusuan susu ibu amatlah digalakkan bagi setiap bayi. Susu ibu mempunyai banyak khasiat bukan sahaja dari segi nutrisi pemakanan namun juga untuk ketahanan badan.
Malah, hubungan bayi serta ibu amat erat selain ada antara ibu pula dapat menurunkan berat badan dengan cepat hanya menyusukan bayi secara eksklusif.
Beliau juga turut berkongsi memberitahu bahawa bakal berjaga tiga jam sekali. Jelas ia merupakan tempoh kekerapan penyusuan susu ibu buat bayi yang baru lahir.
“Bermulalah fasa 3 jam sekali ibu jaga”
PEMINAT DOA KEMBALI SIHAT
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan hari pertama artis kesayangan mereka.
Pastinya raya tahun ini akan lebih istimewa bila rumah yang dibeli setahun yang lalu sedia untuk didiami. Kata orang, dapatlah beraya serba baru tahun ni! Akan ada langsir baru, sofa baru dan senang cakap serba serbi baharulah, maklumlah beraya di rumah barulah katakan.
Tapi sebelum semuanya serba sempurna di dalam kediaman tersebut menjelang Hari Raya, mungkin ada yang tengah pening kepala memikirkan bajet dan konsep dekorasi rumah tersebut.
Untuk itu, apa kata anda cedok idea dekorasi yang diilhamkan oleh Fatin Amierah Zabri untuk kediaman abang kesayangannya yang baru berpindah di berek polis. Modal yang digunakan pun tidak terlalu mahal namun impaknya cukup luas biasa! Ikuti perkongsiannya.
“Ni rumah abang Fatin, berek polis di pekan, Pahang. Masa mula-mula dapat tau dia dapat pindah masuk ke berek. Fatin mintak gambar seluruh rumah tu. Tak puas hati lagi terus video call sebab nak plan barang apa nak kena beli . Nak datang jenguk takleh . Sebab perjalanan dari Taiping ke sana amik masa 6 jam. Jauh wehhh.Jadi dengan daya imaginasi yang jitu Fatin terpaksa bayangkan susun atur rumah tu. Abang cakap dia nak ‘deco cantik tapi bajet’. Okay , kita cuba penuhi permintaan dia.”
IKEA :
Rak tv RM55, Coffee table RM29 , Cermin RM60 , meja makan RM299 , rak hiasan tak sampai RM100 , lampu RM39.
KAISON :
Wallpaper dua roll RM40 , gambar hiasan total +-RM35 .
Yang lain MR DIY dengan kedai ECO .
Bawak semua barang-barang ni dalam kereta. Dan projek deco dari pukul 2 petang sampai tengah malam . Alhamdulillah siap ! Simple simple untuk orang bujang atau baru kawin.
sumber :Fatin Amierah Zabri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bapa mentua usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Mohd Rashid Abbas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi tadi.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Datuk Alif dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi laman sosial Instagram kedua-duanya.
“Assalamulaikum saya baru sahaja kehilangan ayah tercinta. Buat yang mengenali bapa saya Mohd Rashid Bin Abbas, saya ingin memaklumkan arwah bapa saya telah kembali ke rahmatullah.
“Mohon maaf jika ada salah silap arwah bapa saya. Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-NYA kami kembali.
“Semoga setiap amalan arwah diterima oleh ALLAH. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada-NYA,” katanya menerusi kapsyen.
Bahkan Allahyarham pergi selama-lamanya ketika masih sedang menunaikan ibadah solat malah kopiahnya masih berada di kepala.
“Ayah saya meninggal dunia ketika sedang solat dan kopiahnya masih di kepala. Mudah sangat Allah jemput dia, tak ada sakit pun, “tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Datuk Aliff Syukri turut berkongsi perkhabaran sama dan meluahkan rasa sedih atas kehilangan seorang bapa yang cukup disayanginya dan isteri.
“Perginya ayah mentua kesayangan saya. Pagi ini jam 4 pagi saya dan isteri dikejutkan dengan berita pemergian bapa mentua di Sunga Layar, Kedah.
“Kami sekeluarga akan ke Kedah. Doakan arwah bapa mentua saya, Mohd Rashid Bin Abas ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya lagi.
Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Umurnya baru 8 bulan. Namun si kecil ini menerima dugaan yang cukup berat. Sejak lahir ada ketumbuhan di dalam mulut si kecil bernama Ainul Mardiah Binti Ahmad Safiuddin ini. Dan kini ketumbuhan itu sudah merebak. Doktor mengesahkan Ainul menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Berat Ainul makin susut sejak beberapa hari ini, dia sudah pun menjalani rawatan kimoterapi di HKL. Namun yang menyedihkan sekarang ketumbuhan ni sudah merebak dan keluar terus dari mulutnya.
Ibu bapanya tidak berputus asa dan mencari jalan untuk menampung kos rawatan dengan ubat-ubatan Ainul sehinggakan si ayah terpaksa melakukan beberapa kerja termasuklah menjual popcorn.
Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan. Berat kita yang memandang..berat lagi si ayah dan ibu yang memikul.
“Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya. Sebagai ibu bapanya, kami sentiasa mengharapkan anak sulung kami ini akan sembuh,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24,
Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya, Nurul Erwani Zaidi tujuh bulan dan si kecil lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.
Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat
Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi
Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya
Baik. Ini kisah Ainul.
Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya. Selesai bab itu.
Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat )
Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul.
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.
Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengan batu. Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.
Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan
Ainil tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kuatkan ainul…
Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul
Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.
Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada AinuL
Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
Begini lah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital
Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye. Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini
Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yang sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih. Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah swt sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.