Menu Rare Orang Utara, Kerabu Tembikai Boleh Buat Makan Bertambah!

Share

Kalau ditanya nak masak apa hari ini ye? Pastinya macam-macam menu terlintas difikiran, ada sahaja masakan yang istimewa hendak dimasak.

Namun ada juga yang buntu tiada idea hendak buat masakan apa untuk dihidang kepada keluarga.

Jadi apa kata mencuba satu menu rare dari Utara yang dikongsika  oleh Misbahul Munirah ini. Jom semak.

*Menu rare orang utara*

Hampa oii yang beli tembikai lepas ambik isi jangan la jadi pepatah org kata habis madu sepah dibuang.

Serpihan isi tembikai yang ada lagi di bawah tu ada faedahnya.

Bagi pencinta kerabu macam sis ni memang pantang la jumpa lepas beli tembikai wajib kerjakan sampai kulitnya.

Ni kat bawah ni dah tunjuk gupe serpihan tembikai dan lepas dikikis isi dalam lebihan. Try la buat sedap baqhang. Kerabu tembikai nama dia.

Simple ja bahan dia.


1. Serpihan isi tembikai lepas potong
2. Bawang merah
3. Cabai Melaka(cili padi)
4. Belacan

Cara buat :

Kikis isi tembikai lebihan tu pastu picit je belacan dengan cabai melaka pastu potong bawang merah. Gaul semua sebatikan dengan garam sikit dah cukup.

Tak yah nak gatal tangan campur gula atau aji bagai dah sedap dah rasa dia. Tak perlu semua tu. Cukup sekadar garam secubit. Dah siap

Cenggini 👍 selera makan nasi

Selamat Mencuba.

sumber : Misbahul Munirah via MAHN 

IKLAN