Menyemai Cili Cara Jimat, Ikut Cara Sifu Tanaman Ni Buat!

Share

Selagi boleh berjimat kenapa tidak kita praktikkan cara menanam cili yang dikongsikan oleh saudara Izham Alias ini.

Nak tahu apa triknya, jom baca perkongsian daripadanya. Semoga bermanfaat.

Semai bibit cili gaya jimat 

Saya guna cawan plastik. Beli di kedai U-plus RM2.50 (ada dalam 50 cawan satu pek).

Isi campuran tanah. Saya guna kompos, tanah dan sekam bakar.

Mula semai dalam pasu. Apabila sudah bercambah, setelah itu saya p bibit ke dalam cawan ini.

Sebelum itu bahagian bawah cawan, sekitar 2-3 cm saya tebuk dengan soldering iron.

Selepas bibit besar, saya pindah tanam ke dalam pasu lebih sesuai.


Cawan tersebut boleh guna semula.

Jimat, bukan?

Akibat tebuk di tepi, lalu membolehkan bibit bertahan jika panas terik. Sempat la nak siram selepas balik kerja.

Ini cara saya. Lain orang lain cara. Berkongsi untuk manfaat bersama.

Sumber : Izham Alias

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN