Menyemai Pokok Sanseviera, Tak Ada Anak Pokok, Guna Keratan Daun Pun Boleh. Begini Caranya!

Share

Sejak ramai yang suka dengan pokok snake plant, pokok lidah mertua atau juga dikenali dengan nama saintifiknya  Sansevieria, harga dijual boleh tahan juga mahalnya. Maklumlah semua orang tercari-cari, virallah katakan.

Pun begitu, tahukah anda pokok jenis ini sangat mudah hidup dan cara untuk menyemainya juga sangat ringkas.

Sekiranya anda ingin miliki sepokok dua pokok-pokok ini tampa modal, apa kata anda ikut cara yang dikongsikan oleh wanita ini.

Menurutnya, jika terjumpa pokok Sanseviera yang berkenan kat rumah Jiran atau kawan dan teringin nak minta, minta daun dia je pun jadilah..Balik semai. Insyaallah hidup.

Pokok saya ni dari sehelai daun.. Keluar 2 anak.Saya semai sekitar awal bulan 6 lepas.

Saya try semai menumpang pasu aloevera.. Dah nampak keluar anak, korek dan pindahkan..

Sumber : Yuziyana Yusop

 

IKLAN