Setiap ibu bapa,inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Tanpa mengira latar belakang keluarga itu sama ada daripada pendapatan tinggi atau rendah, masing-masing inginkan berharap anak-anak mendapat peluang pembelajaran yang sempurna untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ia termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Baru-baru ini, syarat kemasukan SBP yang mengutamakan kepada golongan B40 ini telah memberi impak yang positif kepada warga ini. Walaupun mendapat pelbagai reaksi, namun hakikatnya ia mempunyai banyak memberi manfaat. Melalui perkongsian dilaman facebooknya sebentar tadi, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik melahirkan rasa terharu, apabila dapat membantu mengembalikan syarat SBP kepada warga B40 dan berharap generasi ini masa akan datang dapat membantu keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saya tidak pernah menyangka, mengembalikan SBP kepada warga B40 adalah keputusan paling penting yang pernah dibuat semenjak saya masuk ke pejabat 8 bulan yang lalu.
Ads
Bumiputera yang kurang berkemampuan akhirnya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, untuk membantu mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka di masa depan.
Untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM1000, lebih dari 800 murid yang ditawarkan pada kemasukan kali ini bakal mengubah nasib keluarga mereka, untuk 10 tahun ke hadapan. Manakala untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM4000 pula, lebih dari 4000 murid ditawarkan tempat.
Ads
Bayangkan lebih dari 5000 keluarga, sebahagian besarnya adalah Bumiputera, bakal keluar dari kelompok B40 kerana diberikan peluang serta akses kepada pendidikan yang lebih baik dalam jangka masa 10 tahun ke hadapan.
Mereka ini, yang saya temui menjual maruku di kaki lima, yang menjual ikan di pasar, yang menoreh getah, sehinggalah yang cuma menternak ikan keli; mengucapkan terima kasih kerana membenarkan anak-anak mereka masuk ke sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Mereka sangat bersyukur kerana anak mereka dapat masuk ke SBP.
Ads
Dan saya takkan lupakan senyuman mereka ketika bersalaman dengan saya.
Kerana saya percaya, di mata mereka, masa depan yang lebih cerah akhirnya mengetuk pintu rumah masing-masing.
Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehidupan suami isteri ini banyak cabarannya. Ada pasangan yang sama-sama kelakar, ada pasangan yang jenis serius. Semua perkara dianggap serius sehingga kadang kala, hubungan jadi hambar. Jika salah faham berlaku mula telingkah, berlawan mulut dek masing-masing tak nak mengalah. Apa pun, punca ia berlaku, pasangan harus muhasabah diri agar membawa ke arah kebahagiaan. Keluarga bahagia itu petunjuk kepada pasangan yang saling lengkap melengkapi.
Malah perkongsian oleh Mohd Fhais ini ada benarnya, katanya, usah berlawan mulut tetapi upgrade diri untuk keluarga.
Suami isteri sepatutnya saling berlawan
Apa guna kahwin kalau asyik sokong menyokong tapi tak ada sebarang perubahan.
Kahwin bermaksud naik taraf kehidupan.
Dari hidup bujang kepada hidup berpasangan. Dari hidup menyewa kepada membeli rumah sendiri. Dari hidup untuk diri sendiri kepada hidup demi keluarga. Dari hidup cuma fikir bekerja kepada hidup terpaksa fikir hal keluarga. Dari hidup tanpa masalah kepada hidup bijak mengurus masalah. Dari hidup kais pagi makan pagi kepada hidup mula menyimpan untuk masa depan.
BERLAWAN NAK UPGRADE DIRI OK
Nak tak nak suami isteri memang kena berlawan.
Berlawan, bersaing, berlumba sesama sendiri untuk upgrade diri, upgrade ilmu, upgrade ekonomi. Jika tidak rumahtangga akan terus di takuk lama.
Jangan berlawan mulut sebab tu tak berfaedah tapi berlawan usaha, ilmu dan tekad. Yang ni kalau tak nampak manfaat sekarang pun, esok lusa pasti akan nampak.
Moga kita menjadi pasangan yang saling ingin memberi kebaikkan dan manfaat buat pasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tujuh tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam satu majlis sederhana tapi meriah. Dengan sekali lafaz, Pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah kini sah bergelar isteri kepada juruterbang Mohammed Amirul Yunus, kira-kira jam 9.04 malam semalam.
**media[100928]**
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1000, tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
**media[100926]**
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling,
Terdahulu pada majlis sama, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan.
“Alhamdulillah permulaan fasa dan tanggungjawab baru untuk saya dan suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, nombor tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah usai selesai majlis nikah.
**media[100929]**
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31berkata sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.
“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya dijalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan komitmen seni, manakala dia pula memenuhi tuntutan tugasnya sebagai juruterbang termasuk yang memerlukan dia selalu berada di luar negara.
“Maka, apa yang boleh mengikatkan kami untuk terus yakin dan setia pada hubungan percintaan dibina adalah kepercayaan antara satu sama lain.
“Satu perkara yang menyenangkan saya ialah sikapnya yang pandai mengambil hati,” katanya.
**media[100927]**
Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin perempuan pada 21 Disember, disusuli 28 Disember untuk sebelah pengantin lelaki. Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari depan.
Pasangan ini juga menjadi artis pertama yang kisah perkahwinan mereka dipaparkan di portal Mahligai Cinta.
Amalan kunjung berkunjung Di Hari Raya kini diteruskan lagi dengan menghadiri jemputan rumah terbuka daripada kawan-kawan sepejabat dan sahabat handai.
Pun begitu, sedang kita ikhlas menghadiri jemputan, jangan pula melakukan beberapa amalan negatif di Hari Raya sebagaimana apa yang disenaraikan oleh Akhtar Syamir ini. Jom semak.
Elakkan Amalan Negatif di Hari Raya Ini.
Saban tahun kita buat perkara yang sama. Kadangkala kita tidak menyedarinya tetapi apa yang kita lakukan itu adalah tidak baik sebenarnya.
1. Menilai orang dari duit raya yang diberi.
Duit raya ialah salah satu cabang sedekah dan bukannya sebagai medium untuk menunjuk-nunjuk. Berhentilah memandang rendah kepada orang yang tidak mampu untuk memberi duit raya yang banyak. Kita tidak tahu situasi kewangan dia dan kita tidak tahu infaq atau sedekah yang dia telah lakukan selama ini.
2. Berbangga dengan pencapaian anak secara berlebihan.
Pantang jumpa saudara, kita akan canangkan anak kita dapat Anugerah Dekan, dapat nombor 1, wakil sekolah pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Bercerita itu tak salah, tetapi kalau dah setiap orang yang jumpa akan diceritakan perkara yang sama, dengan secara tak langsungnya, kita termasuk ke lembah riak.
3. Body Shaming.
Tak kira la gemuk ke, kurus ke, hitam ke, pendek ke, kita selalu dengar perkara ni apabila keluarga berkumpul di hari raya. Alasan berterus terang itu adalah alasan sampah yang mementingkan diri sendiri. Jika semua orang berterus terang tanpa menjaga adab dan hati orang lain, patut ke kita kutuk OKU? Atau kalau suka sangat orang berterus terang, suka tak kalau orang tegur kita “kau ni buruk, huduh tak berubah-ubah, raya tahun lepas buruk, raya tahun ni buruk jugak”.
Body shaming ialah perkara keji yang tidak patut dilakukan pada bila-bila masa pun, inikan pula di hadapan orang ramai. Dah la setahun sekali nampak muka, jumpa je terus buat sakit hati. Lepas tu boleh terfikir kenapa orang tak ziarah bila bukan hari raya.
4. Mengutuk baju raya orang lain.
Mentang-mentang baju raya dia bersinar-sinar jenama retis, orang lain punya habis dikutuknya. Tak cukup dengan itu, yang mana pakai baju tahun lepas, habis kena umpat semacam. Sedih sangat bila jadi macam ni. Terlalu mudah memandang rendah orang lain.
5. Tak habis-habis bertanya bila anak orang lain tu nak kahwin, bila nak tambah anak, bila nak tambah bini, bila nak tukar kereta.
Tahun lepas dah tanya, tahun ni tanya lagi. Susah hati sangat dia. Tau la orang tu nak kahwin bila. Ingat benda senang ke nak berteman lepas tu nak kahwin? Yang paling sedih orang yang bertahun-tahun terpaksa memberi senyuman kepada soalan-soalan sebegini. Saya rasa diorang pun dah menyampah tengok muka yang bertanya tu.
Bab anak pun bukanlah suatu yang di dalam kawalan 100%, berhentilah menyinggung perasaan orang lain.
6. Bising rumah di kampung panas.
Mengeluh orang-orang bandar ni sekali-sekala balik kampung takde pendingin hawa. Habis bising dia kepanasan macam kena panggang. Bukan semua orang mampu, kalau dah tau tak boleh panas, bawa la kipas sendiri. duduk je depan kipas tu masa tidur.
7. Bersalaman tetapi tidak memaafkan.
Apa gunanya salam cium tangan kalau hati masih lagi simpan perasaan dendam? Bertahun-tahun lamanya orang tu buat salah. Sampai sekarang, dibenci. Lepas tu selalu mengelak untuk berjumpa ahli keluarga lain disebabkan krisis dengan seorang sahaja. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih.
8. Pantang nampak yang cantik, yang hensem, semua nak ngorat.
Bila berjumpa sanak saudara ni, perlu hati-hati. Kadang-kala yang kita jatuh hati tu mak atau bapak saudara. Kadang-kadang anak buah kita sendiri. Jangan tersalah mengorat, buat malu je nanti.
9. Mengumpat ahli keluarga yang tak balik kampung.
Semua orang ada sebab tersendiri kenapa tidak dapat balik beraya. Bukan semua benda dalam kawalan sendiri. Berhentilah mengumpat dan mengeji adik beradik sendiri. Hari ini mungkin masa dia, esok lusa mane tahu hari kita pulak kan?
10. Memilih nak beraya rumah yang ada masak sedap je. Siap telefon atau whatsapp tanya masak ape.
Ziarah dan mengeratkan silaturrahim ni tak perlu la bergantung kepada masakan Tuan Rumah. Biasa tak dengar, “rumah si polan wajib pergi, dia tiap-tiap tahun masak laksa!”. Yang laksa wajib, yang biskut raya je jadi tak wajib. Harap jangan la jadi macam ni.
_____________
Semoga hari raya kali ini dapat kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Tinggalkan segala masalah dan pertelingkahan lalu. Bersyukurlah yang kita masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama. Tahun depan kita pun tak tahu boleh berjumpa lagi atau tidak.