Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya. Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.
Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi. Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.
Ads
Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati. Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.
Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.
Ads
Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!
Ads
#myaiman #myheart #mysoul
(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah anugerah yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Kegembiraan berganda bila mana mengetahui bakal menimang cahaya mata kembar.
Namun, bahagia tersebut hanya seketika bila mana pasangan ini diuji ALLAH SWT apabila salah seorang anak kembar kembar mereka disahkan menghidap penyakit Hydrocephalus atau dikenali berkepala besar.
Kepala semakin membesar
Selepas lima bulan, saiz kepala adik Aidan Fahim semakin membesar dengan ukuran lilit 64 cm berbanding 46 cm sewaktu dilahirkan pada 8 Januari lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Pahang.
Bapa, Mohd Salfarulizaman Kamarul Baharin, 30, berkata, lebihan air di bahagian kepala anak kelima itu dikesan ketika kandungan berusia 18 minggu tanpa melibatkan abang kembar, Adam Fahmi.
Menurutnya, Aidan ditahan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HoSHAS selama 42 hari dengan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
“Pernafasan Aidan lemah dan doktor pujuk kami untuk membenarkan mesin oksigen ini dicabut pada hari ke-14 tapi kami tidak bersetuju.
“Kami tinggal di Benta, Lipis dan memandangkan abang kembar juga perlu diberi perhatian dan mengelak kesihatan isteri terjejas, doktor pujuk sekali lagi.
“Pada hari ke-42, kami sudah bersedia dan reda untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas mesin oksigen dicabut serta difahamkan Aidan mungkin hanya mampu bertahan paling lama dua minggu.
“Alhamdulillah, rasa seperti satu keajaiban apabila Aidan dapat bernafas dengan baik dan dirujuk ke Hospital Kuala Lipis selama tiga hari untuk kami belajar cara penjagaan termasuk beri minum susu melalui tiub,” katanya kepada Sinar Harian.
Tumpang sementara di rumah kakak
Mohd Salfarulizaman berkata, dia sebelum ini bekerja sebagai operator kilang di Melaka selama empat tahun manakala isterinya, Nursuhada Jaafar, 30, menetap bersama tiga anak serta kedua ibu bapa di Benta.
Menurutnya, selepas seminggu Aidan dibenarkan pulang ke rumah, mereka mengambil keputusan menumpang sementara di rumah kakak Nursuhada di Serendah.
“Doktor maklumkan sebarang kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa, maka kami ambil keputusan cari tempat tinggal lebih dekat dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Temu janji dengan doktor pakar ditetapkan pada 5 September ini dan saya terpaksa berhenti kerja di Melaka dan Alhamdulillah dapat kerja sebagai penyelia vendor Perodua di Sungai Choh.
“Dalam sebulan tinggal di rumah kakak ipar, saya sewa sebuah rumah di Desa Anggerik Serendah dengan bayaran RM600 sebulan,” katanya.
Saiz badan lebih kecil dari abang kembar
Nursuhada berkata, saiz badan Aidan lebih kecil berbanding abang kembarnya namun tidak menunjukkan sebarang gangguan kesihatan selain pertambahan saiz kepala.
Menurutnya, tiada apa dapat dilakukan untuk rawatan susulan sebelum temu janji dengan doktor pakar.
“Ibu mana tak gusar melihat keadaan anak sebegini dan lambat lagi dapat jumpa doktor pakar.
“Buat masa sekarang apa yang mampu kami lakukan hanya pergi buat pemeriksaan setiap bulan di Klinik Kesihatan Serendah.
“Saya pujuk hati dengan fikir positif, mungkin bulan September nanti adalah tempoh paling sesuai untuk Aidan dirujuk ke pakar,” katanya.
Tiada masalah kesihatan
Pada masa sama Nursuhada berkata, dia bersyukur apabila abang kembar tiada masalah kesihatan.
“Bagaimanapun kami terpaksa meninggalkan anak sulung dan kedua yang berusia lapan serta lima tahun di Benta supaya persekolahan mereka tidak terjejas,” katanya.
“KERANA aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.
Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.
“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan,” coretnya.
Maaf.
Kali ni aku tak dapat tolong.
Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan.
Moga Allah permudahkan urusan mu.
Antara ciapan lain arwah juga adalah ucapan takziah buat pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha, 90, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.
“Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah. Moga roh Pak Hamid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Salam takziah utk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah.
Moga roh pak hamid ditempatkan bersama org2 yg beriman.
😔 https://t.co/net2oTUAmn
Bukan mudah nak didik anak dalam era digital ini. Apabila kehidupan keluarga terdedah dengan digital terdapat pelbagai impak.
Namun, apabila ibu bapa asyik dengan gajet, ia memberi kesan kepada anak-anak.
Ikuti perkongsian
Rugilah jika bapa lebih utamakan handphone.
Dia tak tahu si anak lebih dengar cakap dia:
– si ibu bebel dari pagi sampai malam
– si ibu nasihat tak berhenti
– si ibu dari pagi suruh mandi
– si ibu mulutnya tak pernah berhenti nasihat
Last sekali si ayah berdehem satu kali je, semua anak jadi macam askar. Senang pula ikut kata si ayah
Si ayah tak tahu si anak idolakan dia:
– saya nak jadi macam ayah
– saya nak kahwin dengan lelaki macam ayah
– saya nak kerja macam ayah
– cita cita saya nak jadi macam ayah saya
Si ayah tak tahu anak anak lebih utamakan dia:
– anak lebih suka ikut ayah pergi jalan
– anak lebih suka ayah dia temankan
– anak lebih cari ayah bila nak bermain
– anak ni bila jumpa ayah wajah ceria semacam
Tapi bila lapar, bila sakit, selsema, demam emak juga yang dicarinya
Ruginya si bapa yang utamakan handphone. Ruginya si bapa yang utama game. Rugi sangat.
Dia tak tahu di sekolah si anak banyak bercerita tentang dia. Semua mengaku bapa dia lah paling hebat
Anak bukan tahu sangat ayah kerja apa. Bukan tahu sangat ayah karier ayah dia tapi bila bercerita tentang ayahnya, dengan wajah penuh bangga si anak akan bercerita
– ayah saya paling hebat
– ayah saya pandai berenang
– ayah saya paling gagah berani
– ayah saya boleh makan banyak pinggan
Rugi lah ayah yang tak luangkan masa dengan anak anaknya sebelum anak anak mereka meningkat dewasa.
Sedarlah wahai bapa bapa di luar sana, anda adalah Superhero di mata mereka.
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...