“Mesej Minta Maaf, Saya Menangis.” ‘Hilang’ Di Hari Jadi, Hati Ibu Ni Luluh Bila Tahu Keberadaan Anak. Sebaknya Baca!

Share

Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir

menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya.
Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.

Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi.
Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.

Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati.

Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.

Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.

Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!

#myaiman
#myheart
#mysoul

(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)

IKLAN