Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil, Nor Asmalina Abdullah.
Tanpa diduga, niat untuk menyapa Permaisuri dan bergambar bersamanya disambut baik oleh Permaisuri kesayangan ramai ini.
Menerusi video yang tular, kelihatan Permaisuri yang sedang berjalan di sebuah premis didekali wanita ini yang menyuarakan hasratnya untuk bersalam.
Mendengar permintaan itu, Raja Permaisuri Agong yang sememangnya begitu dikenali dengan keramahan dan kemesraannya segera mendekati ibu mengandung berkenaan dan bersalaman.
“Mengandung ke ni? Kadang-kadang orang tu gemuk, saya kata mengandung… malu.
Ads
“Berapa bulan ni, enam bulan?” tanya Tunku Azizah sambil mengusap-usap perut wanita itu.
Dalam pertemuan singkat itu, paling yang tidak disangka Asmalina adalah Tunku Azizah berkenan mengusap perutnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.
“Apabila tuanku pegang perut saya, siap dapat teka usia kandungan enam bulan, memang saya tak terkata. Tapi saya percaya tuanku ada naluri keibuan dan mempunyai ramai putera dan puteri, jadi baginda meneka berdasarkan pengalaman,” katanya.
Ads
Apa yang lebih menarik lagi, Asmalina yang menganggap pertemuan ini sebagai rezeki anak, dia dan suami mahu menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Permaisuri.
“Mulanya, netizen yang mencadangkan nama anak sempena nama tuanku. Saya dan suami pun belum lagi terfikir letak nama sebab masih terlalu awal.
“Tapi rezeki ini membuatkan kami bercadang untuk menamakan nama anak perempuan ini dengan nama Azizah Aminah sempena nama tuanku.
Ads
“Kebetulan anak lelaki saya ada huruf ‘AA’ iaitu Ayyash Anaqi, jadi sesuai juga ada ‘AA’ untuk anak kedua ini. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi yang begitu teruja dengan pertemuan itu.
Bagi wanita yang suka soal dekorasi rumah, jangan hairan bila meja solek pun turut dihias untuk nampak istimewa dan menarik.
Salah satu tekniknya adalah dengan melengkapkan meja solek dengan cermin berlampu atau juga dikenali sebagai vanity mirror yang membawa konsep klasik Hollywood. Kebiasaannya cermin ini digunakan untuk menghiasi studio fotografi dengan tujuan penggambaran atau digunakan oleh jurusolek sebagai prop solekan untuk aksesori ruang.
Bagi yang berminat untuk membuat sendiri vanity mirroe ini bolehlah ikut cara-caranya sebagaimana yang dikongsikan oleh E’zzati. Apa yang menariknya, kos yang digunakan cukup murah!
“Assalamualaikum..saja nak share VANITYMIRROR kos paling bajet..hihihi,nk beli yang siap tak mampu lagi,jadi Diy barang yg sedia ada..nak beli mahal la juga..bukan nk make up sgt pon..suka tengok je..yang ni lampunye x terang sangat,kalau nk terang boleh guna bulb led atau masukkan lampu lebih banyak dalam bola pingpong tu ye..”–E’zzati
Bahan-bahan yang diperlukan :
Kotak,wallpaper,fairy lights,bola pingpong
Cara Buat :
2. Tebuk lubang guna pensil je,ni contoh je,so x balut dengan wallpaper
3. Masukkan lampu dibahagian belakang kotak yg dh di wallpaperkan
4. Tebuk bola pingpong dan masukkan ke dalam lampu tu,lepas tu gam..kalau nk lampu lebih terang boleh masukkan lagi bnyak lampu dalam bola tu.
Umum mengetahui khabar duka ini, apabila penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Setelah berita pemergiannya, laman media sosial dihujani dengan luahan sebak. Para peminat, selebriti, wartawan dan ilmuan agama. Ia termasuk Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, nama yang tidak asing lagi dalam pentas dakwah.
Meluahkan rasa sebak pemergian Siti Sarah, beliau juga mengimbau kenangan ketika arwah dan suaminya ditemu bual dengan topik ‘Isteri Umpama Bidadari’. Dalam pada itu, warganet turut meluahkan sebak dengan khabar duka itu.
Berlinangan air mata ini. Pemergianmu Duhai Siti Sarah, dijemput Illahi pada pagi Isnin dengan Husnul Khatimah iaitu pengakhiran yang sungguh indah dalam redha Allah SWT dan diimpikan oleh semua.
Hijrahmu ke jalan Allah untuk menjadi hamba Nya yang terbaik, Ibadah Qurbanmu yang engkau rahsiakan untuk seisi keluargamu dan setelah dikau pergi baru kami tahu, indahnya Infaqmu ke jalan Allah, kesetiaanmu berbakti sebagai Isteri yang Solehah, sabarnya dirimu sebagai Ibu yang hebat kepada anak-anakmu, pengorbanan sucimu dalam berjuang hingga syahid dalam melahirkan anak solehmu.
keikhlasanmu dalam berjuang melawan sakit hingga syahid…Ternyata semuanya ini adalah amal solehmu yang sungguh indah dan mendapat kesudahan yang terindah kurniaan Allah.
Sesungguhnya semua ini menyentuh hati kami dan mengajar kami untuk terus memburu redha Allah. Allahu Betapa dikau dicintai Allah, dicintai suamimu Shuib Sepahtu anak-anakmu, keluargamu dan kami juga menyayangimu hingga terasa benar kehilanganmu
Benar kata Shuib : Siti Sarah adalah Bidadari Syurganya… Julai 2011 Semanis Kurma menjemput Siti Sarah & Shuib dalam Tajuk : Isteri Umpama Bidadari . Ternyata benar.
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ اَلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ “ Ya Allah..ampunilah segala dosa Siti Sarah hamba Mu yang solehah ini. Terimalah segala amalannya. Rahmatilah dia dengan rahmat Mu yang Maha Luas. Lapangkanlah kuburnya Ya Allah.Jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman Syurga.Masukkanlah dia ke dalam Syurga Firdaus Mu tanpa dihisab Ya Allah.
Peliharalah anak kecilnya yang baru lahir dan kesemua cahaya matanya dengan sebaik-baik pemeliharaan dari Mu Ya Allah.Kurniakanlah ketabahan hati dan kekuatan buat Suaminya Shuib Sepahtu di dalam menempuh ujian Mu ini Ya Allah.Berilah pertolongan Mu kepadanya dalam mendidik anak-anak mereka. Lapangkanlah hati Shuib dan anak-anaknya Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِيْنَ وَٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ
Ramadan adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebaijkan. Maka tidak hairanlah ramai antara kita membudayakan pemberian sedekah bagi membantu orang yang dalam kesusahan agar dapat meringankan beban yang ditanggung di bulan yang mulia ini.
Menyentuh tentang sedekah, apa yang pasti ia tidak terhad pada wang ringgit semata-mata. Bahkan pemberian berupa barangan, makanan dan minuman juga amat digalakkan. Ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB)
Ramadan adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebaijkan. Oleh itu Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), menerusi jenama ikoniknya 100PLUS – minuman isotonik No. 1 di Malaysia, akan menyumbangkan satu juta barangan produk dan barangan keperluan kepada barisan hadapan negara, keluarga dan individu yang kurang bernasib baik melalui kempen ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’. F&NHB juga akan memberi bantuan kepada 10,000 keluarga daripada golongan B40 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang bulan mulia ini.
Melalui program ini, lebih 500,000 produk F&N termasuk minuman 100PLUS dan kotak makanan khas disalurkan kepada barisan hadapan di hospital, balai polis dan balai bomba untuk mereka berbuka puasa bagi memastikan mereka kekal hidrat dan bertenaga semasa melaksanakan tugas mereka. F&NHB telah bekerjasama dengan usahawan makanan tempatan bagi memastikan mereka mendapat sokongan bagi menjana pendapatan dan seterusnya mengekalkan perniagaan mereka di saat getir ini.
F&NHB juga akan mengedarkan bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung, gandum berserta produknya seperti minuman isotonik 100PLUS, Teh dan Susu Soya F&N SEASONS, Susu UHT F&N Magnolia dan Tin Susu F&N kepada lebih 10,000 keluarga termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan orang tua. Selain daripada itu, F&NHB juga akan mengedarkan keperluan penting yang lain seperti topeng muka, cecair sanitasi tangan dan lampin dewasa kepada yang memerlukan.
Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata, “Tahun ini, kita harus tabah dan kuat menyambut Ramadan dalam situasi yang diuji virus COVID-19 yang melanda seluruh negara dan juga dunia. Program “Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu” mensasarkan untuk berkongsi rezeki, kegembiraan dan keberkatan Ramadan bersama komuniti yang kurang bernasib baik dan juga wira dan wirawati negara yang berpenat lelah setiap masa dalam memastikan keselamatan negara ketika krisis ini.
“Kami juga ingin memberi penghargaan kepada wira dan wirawati barisan hadapan di atas usaha keras, dedikasi dan pengorbanan mereka bagi melawan COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Kami berharap sumbangan kami dapat meringankan beban dan serba sedikit mereka dapat merasai nikmat juadah panas ketika berbuka puasa,” kata Tengku Syed Badarudin.
Memandangkan sambutan Ramadan dan Hari Raya tahun ini berbeza daripada sebelumnya, F&NHB menawarkan pakej khas rangkaian produknya di F&N Life, kedai dalam talian yang memberikan lebih faedah kepada rakyat Malaysia. Kini, mereka boleh masak sajian kegemaran yang dulunya boleh dibeli di Bazaar Ramadan dan menikmatinya dengan selesa di rumah sendiri.
Tambah Tengku Syed Badarudin lagi, “F&NHB ingin menyebarkan mesej kebaikan kepada rakyat Malaysia, agar di bulan ini kita dapat bangkit dengan penuh ketabahan, harapan dan kegembiraan dalam menangani krisis ini bersama.”
Sejak tercetusnya wabak COVID-19 di Malaysia, F&NHB telah menyumbangkan lebih 200,000 barangan produk bagi menyokong komuniti yang terkesan akibat krisis ini dan memastikan barisan hadapan negara sentiasa hidrat dan bertenaga – di Semenanjung dan Malaysia Timur.
F&N amat sinonim dengan musim perayaan di Malaysia kerana produknya bukan sahaja popular dengan jamuan dan keraian sepanjang tahun, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia. Program ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’ adalah sebahagian daripada inisiatif tahunan F&NHB semasa bulan Ramadan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004. Usaha murni ini bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat merasai kenikmatan Ramadan dan dalam masa yang sama mengeratkan ikatan silaturrahim rakyat Malaysia dari pelbagai budaya dan peringkat masyarakat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.