Benar rasa cinta itu penting dalam hubungan rumah tangga, tapi hanya mengucapkan “I love you” sahaja tak cukup. Oleh itu, pelbagai cara yang harus dilakukan untuk menjadkan hubungan makin indah dan intim. Ikuti 5 amalan yang Rasullulah untuk suami isteri bahagia ke jannah
1 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah
Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.
Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan 🙂
Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
Tak perlu yang mahal-mahal, ikut pada kemampuan. Belikan dia sekuntum bunga mahupun bungkuskan makanan kegemarannya sahaja pun sudah amat bererti buat si penerima. Yang hawa pun jangan lupa memberi okay?
Ads
2 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji
Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.
Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
3 Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan
Ads
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4 Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Ads
Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
5 Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
Dari Aisyah r.a: “Rasulullah s.a.w biasa meletakkan kepalanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran..”
(Hadith Riwayat: Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri Umar r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
(Hadith Riwayat: Ahmad)
Sumber: wanista.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap
Hati ibu mana yang tidak meruntun jiwa, cahayamata yang ditunggu sekian lama meninggalkan kita terlebih dahulu.
Lebih sebak apabila hanya diberi peluang hanya setahun sahaja untuk mengecapi bahagia bersama cahayamata.
Namum kita sebagai hambaNya tiada punya daya untuk menghalang, pasra dan redha apa yang berlaku sebagaimana tuntutan agama akan membuatkan hati tenang.
Begitulah dugaan berat buat ibu, Zulaikha Jarkasi yang kehiangan anak yang baru berusia setahun asbab adik Harith tidur menirap, ketika ditemui wajahnya sudah biru dan lemah.
Menurut kata pengasuh, adik Harith tidur menirap, ketika ditemui wajahnya sudah biru dan lemah. Lalu dibawa segera ke klinik berhampiran. Namun disebabkan Dr tiada kelengkapan, adik Harith segera di bawa ke hospital namun Allah lebih sayangkannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Selamat berehat sayang mamayah dari dunia yang kejam. Walaupun perit terpaksa mamayah lalui kerana Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Berat sungguh ujianMu Ya Allah. 4tahun mamayah tunggu awak tapi Allah bagi pinjam setahun je untuk kami menumpang kasih, merasai pengalaman menjadi mamayah. Terima kasih nak untuk setahun bersama kenangan kita. Ramai yang tertanya2 apa sebenarnya yang terjadi pada harith.
KRONOLOGI KEMATIAN ADIK HARITH ASBAB TIDUR MENIARAP
20 oktober 2022 Masa ni mama shift pagi (7am-2pm). So, 6.30am mama serahkan harith ke pengasuh seperti biasa. Sebelum keluar rumah tukar pampers ape sume lepastu letak harith dalam carseat. Masa ni memang die dah berjaga, dalam carseat pun berjaga. Die tak sambung tidur balik. . 9.54am mama whatsapp pengasuh tanya keadaan harith macam mana. 11.04am pengasuh reply “harith tidoq, tadi berjaga lama, hee”. Pukul 11.59am ada nombor tak dikenali call dan die beritahu nama mama serta mengatakan anak mama nama muhammad harith ada kat kecemasan, diminta untuk turun sekarang. Masa tu mama tak tahu ape yang berlaku dan mama terus call ayah minta datang cepat. Mujur ayah angkat call sebab ayah tengah tido sebab kerja malam time tu. . Sampai dekat rhesus mama tengok harith dah terbaring atas stretcher sambil dikerumuni oleh doktor2 dalam keadaan mata terpejam. Mama sangat buntu dan terkejut dengan apa yang terjadi sebab pagi tadi mama hantar ke pengasuh ok je. Hampir 20min doktor2 cuba selamatkan harith. Alhamdulillah nadi harith kembali berdegup tapi tiada respon dari harith. Masa ni ventilator dan wad tak sesuai untuk paeds jadi kene transfer ke PPUM utk warded dan ventilator support yang sesuai untuk harith. Masa ni mama tak nak jumpa pengsuh lagi takut mama tak dapat kawal perasaan mama jadi mama pilih untuk berdiam diri dulu. Bagi husbnd yang jumpa pengasuh dan tanya kejadian sebenar. . Menurut apa yang diceritakan oleh pengasuh, lepas mama hantar tu dalam 6.40am suami pengasuh bagi susu dan main2 seperti biasa. Manakala anak2 pengasuh seramai 4orang tidur diruang tamu bersama2 dengan harith waktu itu. Pukul 9.30am harith menunjukkan tanda2 sudah mengantuk dan mahu tidur jadi suami pengasuh bagi susu. Susu yang diminum tak habis pun diminum lepastu harith lepaskan botol dan terlena. Dalam pukul 10lebih anak2 pengasuh yang tidur diruang tamu sudah mula bangun dan membuka TV. Suami pengasuh berpesan “ jangan bising nanti harith bangun”. Mungkin disebabkan bunyi bising jadi harith tersedar dari tidur. Masa ni suami pengasuh yang take over menjaga harith sebab pengasuh pening kepala kerana hamil 2bulan jadi pengasuh tidur dibilik. . Suami pengasuh bawak harith masuk ke bilik dan tidur bersama2nya sekali. Baki susu yang tidak dihabiskan diberi sekali lagi dan harith pun tertidur. Katil quen, rapat di dinding dan diletakkan bantal disebelah dinding supaya kepala harith tak terkena dinding. Disebelah harith ada pengasuh dan suami pengasuh yang tidor bersama2 di didalam bilik. Dalam 11 lebih suami pengasuh tersedar dan ingin mengejutkan harith kerana sudah tiba waktu makannya. Sewaktu nak kejutkan harith yang tengah tido meniarap suami pengasuh nampak muka harith dah biru dan lembik. Mereka terus bergegas ke klinik putra perdana. Sampai disana, doktor yang bertugas berkata die tiada alat yang mencukupi dan diminta terus dibawa ke hospital. Suami pengasuh meminta doktor untuk panggilkan ambulan tetapi doktor cakap ambulan lambat sampai jadi kena segera ke hospital. Dengan handphone dan wallet tertinggal dirumah serta rumah yang tidak berkunci mereka bergegas ke hospital yang berhampiran. Bila mama tanya kenapa tak call mama bagitau yang harith tak sedar kat rumah. Dia cakap mase tu panik tak tau nak buat apa dan mereka terfikir klinik je paling dekat dan handphone suami tertinggal di rumah, handphone pengasuh tiada bateri. . Doktor buat MRI tiada pendarahan. Buat xray pun clear takde tanda2 tersedak susu. Kalau nak kata harith sakit dia sihat je sewaktu hantar ke pengasuh. 15hb sampai 17hb tu memang die ade batuk dan terima rawatan. Tapi 17hb tu die dah ok, takde batuk2 dah. Nak kata punca tido meniarap pun mustahil sebab budak setahun kepala dah cukup kuat untuk alihkn muka kalau lemas. . Begitulah kronologi kisah tersebut. Kalau ade yang bertanya pengasuh ni jaga macam mana ok ke tak. Bagi saya memang die ambil sambil lewa tapi mase tu kte fikir husnusdzhon je la, tak nak buruk sangka dan tak nak jadi parent yang cerewet. Tapi bila dah macam ni saya rasa terkilan sangat. Pernah datang ambil anak dengan tak mandi lagi. Waktu tu saya kursus (8am – 5pm) tapi sebab habis awal jadi saya terus ke rumah pengasuh pada jam 2.30pm dan saya tak maklumkan pada beliau. Sesampainya saya disana die terkejut dengan kehadiran saya dan mengatakan harith belum mandi lagi. Masa tu saya rasa nak marah sangat dan cerita dengan husband. Takpelah kite bertolak ansur dan nasihat jangan buat macam tu lagi sebab kte nak didik anak jaga kebersihan dari kecil lagi. Saya akan bekalkan baju extra jika kotor terkena makanan ke apa. . Kes kedua dahi harith bergaris panjang. Bila tanya, dia cakap kena bath tub. Macam tak logik kena bath tub sampai bergaris macam tu. . Kes ketiga bibir lebam. Bila tanya kenapa die cakap harith gigit remote tv dengan mainan kuat sangat. Logik ke? Bila kita bagitau semua ni harapnya die lebih berhati2 lah jaga anak asuhan. . Andai ada yang berkata “sebab ni lah aku berhenti kerja”. Ketahuilah bahawa semua ibu mempunyai perasaan begitu tetapi apakan daya kita punya kasut lain2. . Buat ibu bapa diluar sana jadikan kisah kami sebagai iktibar. Buat pengasuh pula jalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Jika rasa tak mampu nak jaga ke apa berterus terang sahaja dengan parent. . Terima kasih buat semua yang mendoakan untuk kesembuhan harith. Tetapi Allah lebih sayangkan harith. Damailah anakku disana. Bermain dengan riang di taman syurga. #muhammadharith #bintangsyurga #Jumaat 28 oktober 2022@11.44am ••••••••••••••• Edited: Pengasuh mempunyai 4org anak sendiri dan harith seorang sahaja anak asuhan waktu itu. 4orang anaknya dalam lingkungan 8tahun hingga 3tahun. Pengasuh tidur di bilik kerana alami alahan (pregnant 2bln). Jadi suami take over dan menurut ape yang dicerita suami pun baru balik kerja malam. Pernah berkeras nak hantar harith ke pengasuh lain sebab pengasuh tengah pregnant tapi berkeras juga mahu jagakan harith. Selepas kejadian dahi bergaris, lebam dan tak mandi tu memang dah cari pengasuh lain dan bagi peluang pengasuh tu jaga lagi sampai hujung tahun. (Sy assume maybe die perlukan duit sebab tengah pregnant) kerana die berkeras jangan hantar harith ke tempat lain. Tapi saya terlambat
Moga ibu ayah arawah adik Harith tabah. Hanya redha pengubat segalanya. Ketentuan Allah Dia Maha Mengetahui. Benar rindu itu menyakitkan. InshaAllah bertemu kembali di syurga nanti.
Ibubapa mana yang tidak mahu anak-anaknya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Oleh sebab itu, sedari kecil, mereka telah cuba mendidik anak-anak dengan caranya mereka.
Namun ada kalanya, ibu bapa tidak sedar bahawa didikan tersebut telah membawa kesan buruk pada anak-anak. Haruslah diingat, setiap anak-anak ada kalanya lain penerimaan mereka dan tidak boleh sama cara didikannya.
Di sini disenaraikan 15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak yang mungkin akan membuatkan anda menyesal seumur hidup jika melakukannya.
15 kesilapan mengajar anak yang saya menyesal sampai sekarang. Jadikan pengajaran…
1. Terlalu garang masa mengajar, kesannya sampai sekarang anak takut kalau nak minta saya ajar.
2. Terlalu memaksa anak melampaui kemampuan dia, natijahnya anak selalu stress kalau belajar dengan saya.
3. Marah bila anak diam & tak nak jawab pertanyaan saya. Aduhai.
4. Terlalu nak perfect sangat, tulisan comot sikit tak boleh, senget sikit tak boleh.
5. Tak peduli kondisi emosi anak ketika itu, main marah je jika anak tak nak belajar.
6. Letak expectation yang tinggi melampau. Tanpa peduli kemampuan & keupayaan dia.
7. Banyak fokus pada nak hebat akademik sahaja, sedangkan adab & akhlak terabai.
8. Bila anak cakap “saya tak pandai” memang kena marah kaw kaw.
9. Asyik bagi arahan bukan ajakan motivasi, inspirasi jarang. “Pergi belajar sekarang!”
10. Lupa anak bukan belajar yang kita ajar sahaja tapi anak belajar juga sikap & emosi kita ketika mengajar dia. ( our action )
11. Hanya puji bila anak berjaya dapat result baik. Terlalu result oriented..
12. Jarang sangat memuji usaha anak sedangkan usaha tu la yang memberi result. ( Effort oriented )
13. Amalkan instant gratification. Sentiasa nak result cepat, hari ni ajar esok kena pandai.
14. Marah kalau kena ulang ulang cakap benda yang sama. Sedangkan ulangan itu mother of knowledge, bagus untuk anak..
15. Jadikan anak trofi. Memang tak boleh dengar kalau anak dapat tempat tercorot dalam kelas memang benggang habis.
Sungguh!
Menyesal sangat. Semoga nasihat & sharing jujur ini dapat la menyentuh hati hati setiap ibu ayah yang ikhlas sayang pada anaknya. Didik anak berpada-pada. Bukan hanya fokus pada cerdas IQ sahaja tapi sebaiknya cerdas sekali EQ & SQ dia. Itu lebih baik. Wallahu A’lam..
Pada bulan mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim. Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Doa ketika bagi duit raya atau sedekah
1. Tiba 10 malam terakhir, ada sampai bergaduh, berebut untuk beri makan orang berbuka puasa..Kanak-kanak pula tersenyum lebar kerana ramai yang mula beri duit raya ..Mana yang ada dalam dompet dihulur. Mahalnya ikhlas itu, buat kita betul-betul berada pada tahap redha, tak kisah makan dan pakai yang biasa-biasa asal dapat memberi.
2. Setiap kali memberi jangan lupa membaca doa ini ..
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul alim.
Artinya,
” Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
3. Memberi bukan untuk menerima balik apa yang kita beri, nak Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat, nak tambah kaya…bukan.. Ia seolah kita memberi hanya untuk sukses didunia, sedangkan apa yang kita perlukan ialah tabungan untuk akhirat.
4. Terima sahaja apa yang Allah gantikan pada kita tanpa meletakkan syarat, kerana tidak ada yang miskin bila banyak bersedekah, malah Allah limpahkan padanya rezeki yang berkat.
5. Bila masuk tabung masjid, hulur duit raya, sedekah anak yatim, jamu asnaf buka puasa kemudian baca doa ini, ia menyedarkan kita bahawa tidak ada yang diharapkan selain Allah terima amalan ini.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di