Datin Janet Yeoh, 84, ibu kepada Tan Sri Michelle Yeoh, 60, berharap anaknya bakal mengadakan majlis resepsi di Malaysia selepas sah berkahwin dengan pasangannya, Jean Todt, 77, dekat Geneva, Switzerland, kelmarin.
Walaupun tidak dimaklumkan mengenai majlis penyatuan itu, Janet menganggap ia kejutan yang dinanti-nantikan ramai termasuk dirinya kerana tahu betapa Todt cintakan Yeoh.
“Anak saya memang akan sentiasa menelefon tapi dia tidak beritahu pun (berkaitan perkahwinan itu) ketika kami bercakap, dua minggu lalu.
“Mungkin dia hendak beri kejutan kepada saya,” katanya dalam temu bual bersama media tempatan.
Ads
Janet berkata, dia menjadi individu yang sentiasa memujuk pasangan terbabit agar menamatkan zaman bujang dan melihat Yeoh berkahwin.
“Todt melamarnya (Michelle) sudah banyak kali. Dia cuma akan ketawa serta mengatakan dirinya seronok setiap kali dilamar. Todt memang sangat cintakan dia,” katanya.
Ads
Terdahulu, majlis diraikan penuh intim itu dikongsi bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa yang menjadi antara insan paling seronok dengan penyatuan dua sahabatnya itu.
“Selamat berkahwin, Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu,” tulis pelumba kelahiran Brazil itu.
Ads
Lebih bermakna, majlis perkahwinan mereka turut dihadiri anak Todt dari perkahwinan terdahulu yang dikenali sebagai Nicholas.
Yeoh dan Todt bertemu buat kali pertama pada 4 Jun 2004 di Shanghai Grand Prix dan kemudian mengikat tali pertunangan pada 26 Julai 2004.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang tersayang sakit. Jika diberi pilihan, pasti si ibu mahu penyakit itu berpindah milik. Namun ketentuan Tuhan tak siapa yang mampu menghalang.
Bagi pelakon Lana Nordin yang baru melahirkan anak kedua, tiada apa yang diharapkan selain melihat anaknya itu kembali sembuh.
William Daud Mckienzie, tiga bulan bakal menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
“Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
“Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Katanya, masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti,” katanya.
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
“Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
“Suami jenis ayatnya ‘makan dalam’ dengan apa yang dia cakap. Tetapi dia bukan jenis bad mood. Cuma kita boleh tahu dia marah bila dia sarkastik. Cakap slow tapi makan dalam. Biasanya saya hanya berdiam sahaja. Anak-anak la yang akan jadi ‘penghubung’ antara kami apabila bergaduh. Tapi tak lama pun lepas tu kami berbaik kerana tahulah perangai ‘gila-gila’ Azad kan.
“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.
“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.
Pasangan ini ditemui ketika mengacarakan majlis pelancaran Kempen Girang Syawal Tiba 2019 oleh Mydin Holding Berhad (Mydin). Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Hannah Yeoh .
Baik dengan ibu mentua.
Jika wanita lain sukar berbaik dengan ibu mentua, berbeza pula dengan Eira. Malah dia mengakui keluarga Azad penuh kasih sayang.
“Bukan sahaja saya, malah adik saya juga rapat dengan keluarga sebelah suami. Kebetulan kami tak ramai lelaki dalam keluarga. Malah hubungan saya dengan adik ipar lelaki juga rapat. Dengan mak mentua ibarat ibu saya sendiri.
Anak muka isteri perangai ikut suami.
Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.
“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain. Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka. Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,”ujar Azad lagi.
Memasak untuk sahur dan berbuka
Ditanya sambutan ramadhan untuk tahun ini, Eira mendedahkan dia ‘wajib’ memasak untuk hidangan berbuka dan juga sahur
“Untuk bulan ramadan, kami sahur seperti waktu berbuka. Azad jenis makan berat tetapi simple. Tak kisah telur goreng sekali pun tetapi yang penting ia dimasak baru bukan yang dipanaskan kembali. Kalau tak masak Itu cara saya ambil hati suami dan anak-anak,”jelas Eira lagi yang memberitahu suaminya kelakar tapi seorang yang tegas.
Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.
Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga. Tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah.
“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.
“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,”cerita Eira lagi.
Menyimpan duit ada pelbagai cara dan situasi. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Bagi wanita ini, dia menggemari duit RM5. Bahkan, setiap kali nampak duit RM5 pasti disimpannya. Itulah tabiat yang dikongsikan oleh suaminya sendiri. Ini hasil kerja keras isteri saya – “kutipan dari dompet si suami”.
Setahun punya kerja dia dpt kutip RM1050.
Isteri saya ni jenis xleh nmpk duit RM5.
Mesti die terus simpan.
.
Walaupun dia amek secara saya sedar dan tak sedar tapi sy x marah pun sbb saya tahu bila sy belanja dia, insyallah Allah murahkan rezeki saya sekeluarga.
.
Jom jadi bijak macam isteri saya
.
P/s : Selamat dia gila simpan RM5,kalau dia gila simpan RM50, mau menitis air mata saya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.