Dalam usia yang masih muda dimana rakan-rakan seusianya mungkin masih ingin bermain tanpa memikirkan masa depan, namun tidak bagi kanak-kanak ini.
Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.
Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico iaitu seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.
Ads
Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton. Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.
Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool.
Clovis dan ibunya mengakui agak sukar untuk melakukannya lebih-lebih lagi dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.
Ads
“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.
“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya. Membuatkan mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya.
Zaman sekarang ini, blender merupakan perkakasan wajib di dapur. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerja. Nak menumbuk sudah tiada masa akhirnya guna blender sahaja. Lebih mudah dan cepat.
Namun jika digunakan hari-hari dan mengisar bahan yang liat dan keras akan membuatkan pisau blender tersebut tumpul. Ianya akan menjadikan bahan yang hendak dikisar tu kasar dan memganbil masa yang lama untuk halus.
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, ada beberapa langkah yang anda boleh gunakan untuk tajamkan kembali mata pisau blender yang sudah tumpul ini.
Tak perlu keluar modal besar, tak payah beli baru. Insha Allah mata blender akan tajam seperti baru!
Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.
Caranya senang saja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.
Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.
Ulang beberapa kali, selepas itu cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
2. Ais Ketul
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi aisnya lebih keras.
Mudah je caranya, hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Mudah kan!
3. Beras
Yang ketiga adalah boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar.
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
4. Guna Kulit Telur
Cara yang kedua selepas garam kasar adalah dengan menggunakan kulit telur.
Haa lepas ni, telur yang dah dipecahkan tu tolong jangan dibuang dulu kulitnya tu. Bersih dan keringkan sekejap. Lepas tu boleh gunakan untuk tajamkan mata blender kita. Mungkin boleh buat sebulan sekali.
Caranya sama saja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuh hingga betul-betul bersih.
5. Hampas Kelapa
Lagi satu cara, boleh juga gunakan hampas kelapa. Tapi agaknya cara ni kalau kat bandar susah sikit sebab ramai yang suka guna santan kotak kan?
Bagi yang ada guna santan asli yang diperah, bolehlah cuba cara ni. Caranya mudah saja, hanya perlu kisarkan hampas kelapa yang ada tu secara kering tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas.
Itulah dia beberapa cara atau petua mudah untuk tajamkan kembali mata blender yang tumpul tanpa perlu keluarkan kos yang banyak. Bahan yang perlu digunakan tu pun dah memang biasa ada kat dapur kita.
Lepas ni tentu para suami tersenyum lebar sebab dapat jimatkan duit dari perlu beli pengisar blender baru pada si isteri kan? Dan si isteri pun tentu akan tertawa semula sebabnya boleh masak di dapur dengan lebih senang dan cepat.
Bila ditanya kepada semua ibu, bagaimana pengalaman mereka sewaktu bersalin pasti ada pelbagai pengalaman yang sukar untuk digambarkan. Setiap dari mereka, pasti ada cerita tersendiri.
Lebih-lebih lagi yang bersalin secara caeser atau pembedahan. Sudahlah dibedah, ibu-ibu juga terpaksa menjaga luka pembedahan yang dikira agak rumit sehingga membataskan pergerakan mereka.
Baru-baru ini, tular kisah sedih apabila seorang ibu muda meninggal dunia ketika melahirkan anak yang ke-11. Difahamkan, punca kematian akibat komplikasi plasenta tahap (stage) 4 dan ini merupakan pembedahan caesarean atau caesar kali kelapan.
Kes menyayat hati ini menarik perhatian seorang pegawai kesihatan untuk mengulas lebih lanjut supaya difahami.
Menurut individu yang dikenali sebagai Dr Wan, pembedahan caesar hanya boleh dilakukan sebanyak tiga kali dan itu yang dipelajari ketika bergelar pelajar perubatan.
Jelasnya, pembedahan caesar yang dilakukan lebih daripada tiga kali boleh meningkatkan risiko terhadap ibu dan anak dalam kandungan.
Besar pengorbanan ibu melahirkan zuriat. Semua ada risiko.. Risiko melibatkan nyawa! Meninggal dunia ketika bersalin itu adalah syahid.
Beliau mempunyai 11 orang anak di mana lapan dilahirkan secara caesar. Hampa bayangkan lapan kali kena caesar. Yang saya belajar waktu medical student hanya tiga kali caesar berturut-turut dibenarkan.
Selepas itu, dah tak boleh nak beranak tak kisah secara normal atau caesar. Doktor marah bersebab. Sebabnya kalau caesar lebih daripada tiga kali boleh meningkatkan risiko terhadap ibu dan anak dalam kandungan. Dalam kes ini, lapan kali caesar, saya tak pernah jumpa lagi.
Komplikasi Bersalin Secara Caesar
Banyak kelebihan bersalin secara normal antaranya paru-paru dan kesihatan usus baby terpelihara. Selain itu, komplikasi kesihatan ibu selepas melahirkan anak kurang. Bahasa senang, nak berpantang lebih mudah, luka nak jaga pun senang.
Mesti Baca :
Tetapi saya tak cakap melahirkan anak secara caesar ini salah atau bahaya. Ada segelintir kes memang terpaksa jalani pembedahan juga.
Namun, ada juga cakap potong ja kot, masa tidur. Tau tak waktu tidur itu banyak layer yang dipotong sebelum sampai ke rahim.
Ingat senang ke nak sembuh luka? Sebab itu caesar tak boleh buat banyak kali. Sekali caesar akan lemahkan otot rahim dan kehamilan seterusnya akan risiko pecah rahim.
Anak-anak ni masing-masing ada pe’el yang tersendiri. Bila datang nakalnya tu, geleng kepala ibu ayah dibuatnya! Kadang, nak bawa keluar pun boleh fikir banyak kali takut terlalu aktif dan tak dengar kata bila di luar.
Tapi tahu tak, ada banyak cara yang ibu ayah boleh amalkan untuk bagi anak-anak ni lembut hati. Tak kira sama ada cara didikan atau pemakanan. Tapi hari ini min nak kongsikan cara yang diajar oleh saudara kita, Ahmad Mhd Mhd Muhayadi, boleh kita amalkan buat anak-anak kita. Mungkin tidak berubah menjadi yang terbaik tetapi berubah menjadi lembut hatinya dan senang dibentuk.
13 cara ni mak ayah patut cuba amalkan.
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al Fatuhah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
Sumber: Ahmad Mhd Mhd Muhayadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.