“Mimpi Kiamat, Mimpi Mati Tinggalkan Anak-Anak. Bila Bangun Rasa Sedih & Sayu.” Kini Bertudung, Isteri Fad Bocey Kongsi Kisah Hijrahnya.

Share

“Bermula episod baru ,tak la niat tulis untuk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung.

“Tapi biasa la iman kita turun naik ,kadang tengok orang cantiknya bertudung. Tapi bila pakai rasa macam tak yakin .MashaAllah bukan mudah istiqamah tu,”ujar Isteri pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman selepas mengambil keputusan untuk memakai hijab.

Menurut Syahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Syeera, mimpi dirinya meninggal dunia,  membuatkan dia berfikir mungkin itu satu petanda untuk dirinya berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Tapi satu masa tu hampir setiap hari ,saya selalu dalam keadaan resah .Kalau ke mana mana mesti otak pikir kalau eksiden mati macam mana .Sampaikan setiap hari mimpi kiamat .Mimpi famili satu satu tinggalkan saya.

“Saya selalu cerita dengan fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him. Saya jadi tertanya- tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti pikir .Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima .

“Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak ,siapkn anak-anak pergi school ,hantar school ,balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar .

“Tapi kalau saya tak ada nanti sapa yang akan buatkan semua tu (jangan berani nak kahwin lain) .anak-anak sapa yang akan uruskan .takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya.Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan.

Akui Syeera lagi, dia pernah diberi pandangan pelik ketika masuk dalam kawasan tersebut dengan keadaan aurat tak sempurna untuk solat. Banyak mata yang memandang pelik

“Tapi saya abaikan sebab Allah tau niat kita .Lepas solat saya akan baca al-quran yang ada terjemahan supaya saya dapat cari apa yang kurang dalam diri .saya selalu refer kawan-kawan .salah sorangnya @syashamsul .dia selalu cakap slow slow .

“bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita ke arah yang lebih baik .takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan tu .tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu .

“Satu ceramah yang saya dengar dari youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya .saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat .moga ada yang dapat bimbing saya .

“Ramai sangat yang DM yang whatsapp ,semuanya bagi semangat .tak tau nak cakap rasa tu macam ramainya yang sayang kita sebenarnya. Satu rasa yang tak tau nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas .rasa lega .doakan saya terus istiqamah ❤️,”Ujar Syeera lagi yang mula memakai tudung pada 19 Januari yang lalu.

Sumber: IG fadbocey

IKLAN