Minum Air Halia Panas, 7 Sebab Wanita Berkahwin Perlu Amalkannya
Halia memang punya banyak khasiat untuk kaum wanita khususnya bagi yang sudah berkahwin. Antaranya membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jadi, buat anda yang belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.
Buang Angin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.
Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong
Ads
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Ads
Atasi Masalah Pencernaan
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Hilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Ads
Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
Menghangatkan Ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu masalah kesihatan yang ditakuti adalah masalah Ghout. Ia boleh menganggu kesihatan dan urusan seharian. Selain mendapatkan nasihat doktor. Boleh cuba amalan petua yang menggunakan beberapa bahan-bahan fresh.
Ikuti perkongsian ini yang boleh diamalkan untuk kesihatan diri.
PETUA GHOUT
Anak saudara saya umur 23. Dah dapat ghout sebab makan segala mak nenek.kalau makanan seafood pantang jumpa.kalau SHUSHI KING asalkan jumpa sekali makan dia seorang habis RM50-60 ringgit.seminggu sekali mesti. Pastu kaki dia bengkak.mula mula tu dia sangka kan bengkak tu akibat kasut ketat. mak dia beli lah kasut baru. Pergi klinik dr.bagi ubat surut bengkak . Kemudian bengkak hilang.pastu selamg 4-5 hari bengkak lagi. Lama lama baru ketahuan kaki dia akan bengkak kalau pergi makan di SHUSHI KING atau makan seafood.last sekali pi jumpa doktor pakar.bila doktor pakar dengar di bercerita pasal kaki sekejap bengkak sekejap tidak terus doktor kata ‘ saya rasa GHOUT nie….’ Jadi bila dah buat blood test …kepitusannya “GHOUT level tertinggi.
Doktor bagi ubat.selain makan ubat doktor saya bagi petua ni dan suruh mak dia buat tiap tiap hari.minim tiap tiap hari selama 3 bulan. Lepas 3 bulan tu jumpa doktor..cerita kat doktor amalkan petua sekali…doktor kata ‘ bagus!! Boleh balik buat jual petua ni…. Seterusnya jumpa doktor 2 bulan kemudian..ujian darah menunjukkan ‘ ghout’ dah tiada dah…dah hilang Alhamdulillah.
Cubalah buat jus kesemua bahan ini.tapis.minum airnya 2 kali sehari. GHOUT akan kurang dan hilang terus.kena amalkan. Kaalu ghuot teruk Setiap hari minum pagi sekali dan malam sekali setiap hari selama 3 bulan berturut turut. Lepas tu pergi cek dekat doktor.pasti doktor akan terkejut sebab ghout anda sudah hilang.tiada lagi. Lepas tu kaki pun dah tak bengkak lagi. Lepas dah sembuh dan uruc asid kembali ke paras biasa jangan makan sampai lupa dunia.makan berpada pada….insyaallah sihat sentiasa.
Sukatan setiap kali buat jus
Apple hijau 1 biji Batang saderi 2 pelepah Lemon 1/2 biji Timun sederhana 1 biji Kisar semuanya dan tapis ambil jusnya dan minum kesemuanya sekali.
Selamat mencuba. Moga petua ini bermanfaat agar dapat mengurangkan masalah ghout.
Menggeliat selepas bangun tidur banyak manfaatnya, bukan sia-sia. Menggeliat selepas bangun tidur adalah tindak balas semula jadi tubuh yang sering dilakukan tanpa disedari. Aktiviti ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada tubuh, bukan sekadar untuk meregangkan badan selepas tidur. Ia adalah cara badan kita bersedia untuk menghadapi hari yang baru.
Berikut adalah beberapa manfaat menggeliat selepas bangun tidur yang mungkin anda tidak sedar:
1. Meregangkan Otot Yang Kaku
Semasa tidur, tubuh berada dalam keadaan tidak aktif untuk tempoh yang lama. Ini menyebabkan otot menjadi kaku, terutama jika posisi tidur tidak selesa. Dengan menggeliat, otot-otot diregangkan, membantu melonggarkan kekakuan dan mengembalikan fleksibiliti.
2. Meningkatkan Aliran Darah
Gerakan menggeliat membantu merangsang aliran darah ke seluruh tubuh, termasuk otak. Aliran darah yang baik memastikan tubuh menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, yang penting untuk memulakan aktiviti harian dengan lebih bertenaga.
3. Meningkatkan Postur Badan
Semasa tidur, postur badan mungkin terjejas akibat posisi yang tidak ergonomik. Menggeliat membantu meluruskan kembali tulang belakang dan mengembalikan postur badan yang betul. Ini juga mengurangkan risiko sakit belakang atau leher selepas tidur.
4. Meningkatkan Mood Dan Kesejahteraan Mental
Menggeliat bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga memberi impak kepada kesejahteraan mental. Ia membantu merangsang pengeluaran hormon endorfin, yang dikenali sebagai hormon kebahagiaan. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang, gembira, dan bersemangat untuk memulakan hari.
5. Meningkatkan Kesedaran Dan Fokus
Selepas tidur, otak mungkin mengambil masa untuk menjadi lebih waspada. Menggeliat membantu mengaktifkan sistem saraf, meningkatkan kesedaran, dan mengurangkan rasa mengantuk. Ia menjadikan minda lebih fokus dan bersedia untuk melakukan tugas harian.
6. Memperbaiki Fleksibiliti Dan Mobiliti
Amalan menggeliat setiap pagi dapat meningkatkan fleksibiliti otot dan sendi. Dengan melatih tubuh untuk bergerak lebih baik, anda dapat mengelakkan kekakuan atau kecederaan kecil yang mungkin berlaku semasa melakukan aktiviti harian.
7. Mengurangkan Tekanan
Menggeliat adalah salah satu cara tubuh untuk melepaskan ketegangan yang terkumpul semasa tidur. Gerakan meregang ini melepaskan stres fizikal dan mental, memberikan rasa lega dan ketenangan.
Untuk mendapatkan manfaat maksimum, anda boleh mengikuti langkah berikut semasa menggeliat:
*Bangun secara perlahan: Duduk di tepi katil dan biarkan tubuh anda menyesuaikan diri.
*Angkat tangan ke atas: Regangkan tangan ke atas sambil menarik nafas dalam-dalam.
*Pusingkan badan secara perlahan: Pusingkan tubuh ke kiri dan kanan untuk meregangkan bahagian sisi badan.
*Luruskan kaki: Regangkan kaki ke depan sambil memusingkan pergelangan kaki dan tangan.
Kesimpulannya menggeliat selepas bangun tidur bukan hanya satu kebiasaan biasa, tetapi ia adalah langkah penting untuk memulakan hari dengan penuh tenaga dan kesegaran. Jadikan menggeliat sebagai rutin harian anda untuk kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik. Mulakan pagi anda dengan meregangkan badan dan rasai perbezaannya!
Walaupun sekolah sudah dibuka, kita pun perlu meneruskan hidup seperti biasa tetapi ibu bapa jangan lupa untuk pastikan anak-anak untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.
Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga perlu tahu tanggungjawab sendiri selepas anak-anak pulang ke sekolah. Jom semak apa yang perlu dibuat dari ke sekolah hingga balik. Semoga kita semua terhindar dari wabak ini, insyaAllah.
Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!
Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.
Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.
Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:
Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).
Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.
Amalkan penjarakan selamat di sekolah
Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.
Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.
Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?
Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.
Bekalan semasa rehat
Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.
Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.
Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!
Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih
Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.
Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.
Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer.
Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?
Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.
Duduk rumah jika tidak sihat
Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:
-Demam
-Hidung tersumbat atau hidung berair
-Batuk
-Sakit tekak
-Sesak nafas
-Keletihan
-Sakit kepala
-Sakit otot
-Loya atau muntah
-Cirit-birit
-Kurang selera makan
-Kehilangan rasa atau bau
-Sakit perut
-Mata merah
Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.
Rutin pulang ke rumah
Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman.
Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...