Teringat suatu masa dulu, air tebu menjadi antara minuman yang mudah didapati dek kerana banyaknya dijual oleh penjaja tepi jalan.
Berbanding kini lebih ramai yang berniaga pelbagai jenis air yang viral seperti Teh Ais, Ais Kepal, Air Mangga dan sebagainya hinggakan jika teringin merasa kelazatan air tebu agak sukar dicari.
Bercerita tentang air tebu ini, siapa sangka bukan sahaja nikmat diminum ketika cuaca panas, malah sebenarnya banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Ads
Hal ini dijelaskan oleh pakar saintis kita iaitu Dr. Suri Roowi yang tidak asing lagi namanya.
Jom semak perkongsiannya.
Ads
KHASIAT AIR TEBU
Air tebu akan memudahkan aliran kencing dengan cepat, yang akan terus membantu buah pinggang untuk berfungsi dengan lebih baik. Jika ia ditambah jus limau lebih baik untuk rawatan demam kuning (J. Food Ag-Ind. 2010, 3(04), 453-461).
Selain daripada itu, asid glycolic dalam air tebu boleh mencegah jerawat, mengurangkan parut, mencegah penuaan dan membantu menjaga kulit daripada kering.
Sumber : Dr Suri Roowi
Principal Scientist
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif.
“Apabila berumah tangga misi dah lari dan pastinya saya lebih mengutamakan keluarga. Apatah lagi waktu itu, saya melalui proses bersalin dan menyusukan anak sepenuhnya selama dua tahun. Kemudian lahir pula anak kedua, jadi proses itu memakan masa yang panjang dan tiada masa untuk melakukan hal lain.
“Anak saya yang sulung, Elsa Johan berumur 7 tahun dan yang kedua, Mya Johan 4 tahun. Lepas berhenti susukan anak sulung, mengandung pula yang kedua. Apabila orang tanya ke mana saya menghilang, itulah yang berlaku sebenarnya.
“Sekarang anak makin membesar dan saya cuba juga anak ketiga tapi belum ada rezeki. Jadi masa terluang ini saya fokus pada kerja dan ingat mungkin nak kembali menyanyi. Selain itu, saya juga menjadi hos bagi program Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah selain beberapa program lain bersama dengan stesen ini.
“Selain itu, saya juga buat dengan RTM, jadi apabila keluar tentang Pencarian Hos Mingguan Wanita, jadi saya pun cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Lagipun dah lama tak masuk Astro dan terus cuba memandangkan suami dan adik saya pun bagi sokongan,” ujar Farah yang ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya bersama Top sekali gus meraikan 5 keluarga pemenang Kempen Gaya Raya Bersama Top dan Jovian Mandagie anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Lama meninggalkan industri seni, Farah tidak menafikan sedikit ‘canggung’ namun teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lama di Astro.
“Ada yang dulu krew biasa waktu saya masuk AF tapi dah berpangkat sekarang. Memang saya jadi teruja dan bila cakap nak buat ‘comeback’ ada yang terkejut dan turut memberi sokongan. Ramai lagi kawan-kawan saya dalam industri nyanyian dan saya cuba-cuba menyanyi semula.
“Dulu saya tinggal di Pulau Pinang sampai sekarang, tapi mungkin akan berpindah ke Kuala Lumpur nanti. Buat masa sekarang anak dijaga oleh suami dan ibu mentua selain pembantu yang tenggokkan, jadi lega lah sikit. Mujurlah suami memahami bila saya terpaksa berulang-alik walaupun terpaksa ‘stuggle’.
“Awal-awal tinggalkan anak dulu waktu pencarian hos membuatkan anak-anak cari. Sebulan kena siapkan tugasan sehinggakan tidak dapat pulang ke rumah seminggu lebih. Mereka syik tanya bila nak balik.
“Itulah pengorbanan kita, kerinduan yang ditanggung. Memang asyik teringat anak, dah makan belum, sihat atau tidak. Itulah masalah utama, namun alhamdulillah saya dapat mengatasinya,” ujar Farah sambil mengakui seronok dapat belajar dan kutip ilmu baru dari orang muda terutama dalam sosial media dan sebagainya.
Mengambil keputusan berhijab 9 tahun yang lalu, akui Farah semuanya adalah ‘kerja’ Dia Yang Di Atas.
“Bila cakap pasal hidayah semuanya terletak pada Dia yang menentukannya. Pengalaman sendiri yang melalui banyak membuka mata saya. Waktu itu saya join penggambaran Rasa Halal Orient di Kemboja.
“Waktu itu berjumpa dengan orang susah, yang belajar agama tapi Ya Allah hebatnya mereka. Semangat dan iman yang kuat untuk belajar. Kalau kita meletakkan diri pada situasi tersebut, dengan tiada makanan, duit dan elektrik yang tidak mencukupi dan sebagainya membuka mata saya.
“Lepas pulang ke tanah air, saya cakap pada ayah yang kebetulan jaga saya ketika itu, rasanya sampai masa dah memandangkan orang lain ‘struggle’ nak belajar agama. Kita ni yang aman damai kadang kadang lupa. Tetapi saya belum pakai tudung kerana abah waktu itu was-was dengan keputusan saya.
“Kebetulan komitmen saya masih bergelar duta untuk beberapa produk. Mujur klien memahami dan bagi respond positif. Tak lama lepas tu saya jumpa satu ayat dalam surah An-Nur dan itulah yang membawa saya pada tahun 2010 untuk bertudung,” jelas Farah bercerita pengalaman apabila mengambil keputusan berhijab.
Min respect dengan Farah Anuar, lama duduk bersama mak mertua! Bukan takat mak mertua tolong backup, malah sempat lagi ye korek rahsia suami demi kebahagiaan bersama pasangan tersayang! Semoga berbahagia sentiasa. amin..#keluargamag#chitchat
Ditanya hubungan bersama mentua memandangkan dia tinggal lama bersama selepas berkahwin, akui Farah semuanya bergantung pada pembawaan diri.
“10 tahun tinggal bersama alhamdulillah tiada sebarang masalah. Ibu mentua jenis yang ‘back up’ menantu dan bukannya anak sendiri. Kira ektra point untuk kita kerana walaupun kenal dengan suami 5-10 tahun sebelum kahwin, tetapi apabila duduk serumah dan sebilik jangan kata kita kenal dia 100%, belum tentu lagi. Dengan adanya ibu mentua, bolehlah korek rahsia untuk memenangi hati suami.
“Dengan mentua pula, kami selalu bantu antara satu sama lain selain memberi dan menerima. Walaupun ada turn memasak, tetapi selalunya ibu mentua masak kerana air tangan dia terbaik. Tetapi kalau saya memasak, ibu pun datang bantu. Bila dia buat kerja, saya pula bantu dia. Masing-masing main peranan. Tak boleh dua-dua ego dan keras kepala. Takkan ada ‘chemistry’ kat situ.
A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
“Alhamdulillah kerana mentua cikgu sekolah (pencen). Minda dia jenis yang terbuka dan rezeki saya dapat ibu mentua yang baik dan memahami. Di dalam rumah itu ada adik-beradik lain dan memang suasana riuh. Bapa mentua dah lama meninggal dunia dan kerana itu kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dan menjaganya,” ujar Farah lagi.
Kisah kegigihan lelaki yang berasal dari kampung Raja Besut, Terengganu ini sememangnya harus dijadikan contoh dan inspirasi buat bakal graduan di luar sana untuk menempa kecemerlangan biarpun dibebani dengan masalah kesihatan diri.
Menghidap penyakit buah pinggang tahap empat bagaimana pun tidak menghalang Muhammad Khairuzzaman Abdul Manan @ Abdul Munin, 24, menggenggam segulung ijazah dengan keputusan cemerlang pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-16 yang lalu.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) ini mula dikesan menghidap penyakit buah pinggang tahap empat pada 2013 iaitu setahun sebelum dia mendaftar diri di UMT.
“Peringkat awal disahkan menghidap penyakit tersebut ia bagaikan satu tamparan buat saya dan keluarga. Seolah-olah dunia ini sudah gelap dan tiada ertinya lagi.Namun, berkat kekuatan yang diberikan ibu bapa serta keluarga menyebabkan saya terus bangkit dan berazam untuk belajar dengan tekun dan menghabiskan pembelajarannya di UMT dengan cemerlang.
Pengobanan tidak terbalas
Ditanya mengenai pengorbanan kakaknya, Nor Fadhila yang sanggup mendermakan buah pinggang, jelas Khairul itu adalah pengorbanan yang tidak terbalas.
“Kalau diikutkan semuanya ok, sebab saya dan kakak memang serasi, mungkin bukan rezeki saya. Sebab workout transplant kami buat hampir 2 tahun semuanya ok. Namun, rezeki tidak berpihak kepada kami apabila pemindahan tersebut gagal selepas tiga hari,” imbasnya.
Berbekalkan semangat dan dorongan keluarga serta bantuan pensyarah dan rakan-rakan, dia kembali menyambung pengajian dalam keadaan yang sangat mencabar. Memandangkan kesihatannya sentiasa berubah-ubah serta terpaksa menjalani dialisis 10 jam setiap malam dengan mesin yang disewa khas di rumah sewanya bersama rakan di sekitar UMT. Kos sewaan peralatan dialisis mencecah RM3,200 sebulan itu ditanggung oleh ibu, ayah dan dibantu adik beradiknya.
“Saya terpaksa menangguhkan pengajian pada semester empat kerana perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selama hampir 3 tahun (2013-2016) saya bertahan tanpa dialisis, tapi banyak jaga makan dan ubat yang doktor bagi. Apabila dekat dengan operation tranplant tahun 2016 saya baru on dialisis.
“Sebelum dialisis saya memang sangat penat, rasa tak boleh fokus pun ada. Memang tak dinafikan memang awal-awal tahun selalu rasa give up. Tapi sokongan keluarga buatkan saya kuat balik. Bila tranplant saya gagal, saya on dialisis APD, iaitu cucian air melalui perut. Saya kena sewa mesin APD RM3200 sebulan. Bila dah start dialisis pelajaran saya sangat terganggu, masa saya terhad sebab kena dialisis 10 jam pada setiap malam,” jelas Khairul lagi.
Anugerah Dekan
Dengan keadaan kewangan dan kesihatan yang terhad beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Amat membanggakan keputusan pada semester akhir pengajiannya di UMT adalah dengan memperoleh Anugerah Dekan.
Dia yang mengakui tiada cara tertentu dalam belajar, sebaliknya masa yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk belajar, banyakkan tanya pensyarah, kawan-kawan kalau tak faham.
“Yang penting selalu dekatkan diri dengan Allah, banyak lakukan solat sunat dan buat kebajikan. Bagi saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di UMT sudah menjadi nikmat besar, sebab mungkin ramai lagi yang mahu belajar di sini tapi tak dapat. Ini juga menjadi penguat saya untuk sentiasa bersyukur walaupun sakit ketika di universiti,”ujarnya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam dunia keibubapaan moden, pemilihan makanan bukan lagi sekadar untuk mengenyangkan, tetapi menjadi asas penting dalam membentuk tumbesaran fizikal dan perkembangan minda anak-anak.
Antara sayuran yang sering disarankan pakar pemakanan ialah brokoli, sejenis sayur hijau yang mungkin kurang digemari si kecil, namun menyimpan pelbagai khasiat luar biasa.
Menariknya, dengan pendekatan yang betul, brokoli boleh menjadi “superfood” yang menyokong perkembangan anak secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa kebaikan utama brokoli untuk tumbesaran anak-anak:
Brokoli kaya dengan choline, sejenis nutrien penting yang membantu perkembangan fungsi otak dan daya ingatan. Dalam fasa kanak-kanak yang sedang aktif belajar dan meneroka, pengambilan sayur yang memberi sumber choline membantu memperkukuh sambungan neuron serta meningkatkan fokus.
Kandungan vitamin C dalam brokoli sangat tinggi, malah lebih tinggi daripada sesetengah buah sitrus. Nutrien ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan anak, sekali gus membantu mereka melawan jangkitan seperti selesema dan batuk.
Brokoli mengandungi kalsium serta vitamin K yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Ini sangat penting terutama pada peringkat awal tumbesaran apabila struktur tulang sedang berkembang pesat.
Serat yang tinggi dalam brokoli membantu melancarkan sistem penghadaman anak. Ia juga membantu mengelakkan masalah sembelit yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak akibat kurang pengambilan serat.
Brokoli mengandungi antioksidan seperti sulforaphane yang berfungsi melindungi sel badan daripada kerosakan. Dalam jangka panjang, ini membantu menyokong kesihatan keseluruhan dan mengurangkan risiko penyakit.
Dengan kandungan kalori yang rendah tetapi tinggi nutrisi, brokoli sesuai dimasukkan dalam diet harian anak. Ia membantu memberi rasa kenyang tanpa pengambilan kalori berlebihan, sekali gus menggalakkan tabiat pemakanan sihat sejak kecil.
Sebagai ibu bapa, cabaran utama mungkin adalah bagaimana untuk memastikan anak-anak menerima sayur ini dalam diet mereka. Cara penyediaan memainkan peranan penting, sama ada dikukus, dicampur dalam sup, dijadikan puree atau digabungkan dalam pasta kegemaran mereka.
Akhirnya, membiasakan anak dengan rasa brokoli sejak kecil bukan sahaja membantu tumbesaran fizikal, tetapi turut membentuk hubungan positif mereka dengan makanan sihat. Dalam dunia yang semakin terdedah kepada makanan segera, pilihan kecil seperti ini sebenarnya memberi impak besar untuk masa depan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.