Bagi wanita yang sudah berkahwin dan tentu bukan mudah nak dapatkan perut yang leper, cantik dan menawan. Lebih lagi dengan faktor pemakanan yang terlampau dan amat gemar kepada makanan junk food serta makanan segera .
Lemak dengan banyak terkumpul di perut dan jika berterusan amalan ini, boleh terjadi penyakit obesiti. Sebelum meleperkan perut, perlu disarankan untuk kita membuang angin yang terkumpul dalam badan dahulu
Resepi ini sangat mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk :
?Kempiskan perut ?Buang angin dalam badan ?Yg bersalin czer sgt digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.
Ads
ATURAN MAKAN:
* Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)
*Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.
Hasilnya:
badan akan ringan dan angin akan keluar dan akan mengempiskan perut
Bahan yang diperlukan adalah -4 sudu kecil halba -lada hitam -3 ulas bawang putih -3-4 cm haliaRendam kan halba selama 2-3 minit untuk memudahkan proses menumbuk Toskan,Tumbuk sehingga hancur Dan halus halba tersebutKemudian masukkan halia Dan bawang putih ke dalam nya Dan teruskan menumbuk sehingga halus Dan hancurSetelah hancur , bahan tersebut digentel kecil mengikut kesesuaian Biarkan diluar seketika Dan selepas itu , perlu diletakkanke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Kredit : ida zamri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan buat main bila sakit tekak. Ini petanda disebabkan ada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Kebiasaanya, jika tidak serius akan pulih dengan cepat (biasanya selepas tiga atau empat hari). Tetapi jika ada komplikasi yang serius tetapi jarang berlaku ialah demam reumatik yang memberi kesan kepada jantung dan sendi. Jika keadaan seperti ini segera berjumpa doktor untuk rawatan segera.
Namun, menurut Pakar Telinga, Hidung Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, jika mengalami sakit tekak yang tidak serius atau melakukan pencegahan, amalkan seperti berkumur dengan air suam dan air garam. Katanya ia mampu menjaga kebersihan dalam mulut serta mencegah masalah lebih serius. Ikuti pandangannya mengenai hal ini.
BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?
Ramai antara kita yang kerap mengalami masalah sakit tekak. Sama ada ibu, bapa atau anak-anak kecil. Berbagai-bagai cara dan petua yang yang diberi, tetapi amat sukar untuk dilakukan.
Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik.
Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.
Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?
Air garam dan air suam elak jangkitan serius pada tekak
Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.
Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.
Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.
Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sila SHARE dan kongsi kepada orang yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
Usaha untuk turunkan berat badan tak akan berhasil kalau mulut ini asyik hendak mengunyah makanan dek kerana perut mudah sangat terasa lapar.
Oleh itu, tahukah anda ada jenis-jenis makanan tertentu yang dapat memberi rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat untuk dijadikan pilihan makanan bagi ibu-ibu yang ingin berdiet.
Nak tahu apakah makanan tersebut, jom Kita baca perkongsian daripada seorang doktor ini.
ADA KE MAKANAN KURANGKAN LAPAR?
Ini soalan yang bermain dalam otak ramai orang. Makanan apa yang kurangkan rasa lapar. Makan dan rasa kenyangnya lama.
Jadi dah tak rasa nak mengudap atau berjajan lagi. Saya kongsikan 3 makanan yang beri kesan kenyang lama.
1. Kacang cerdikatau pistachio. Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan seperti pendapat kata makan 7 biji kismis jadi cerdik.
Walaupun kecil pistachio kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachios ini kaya dengan vitamin B6.
Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah. B6 juga penting untuk pembentukan hemoglobin darah – yang kerjanya oksigen dalam sel darah merah.
2. Minyak Zaitun. Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun.
Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku apabila neurohormon serotonin juga meningkat di dalam darah. Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.
Menurut pengkaji rahsianya terletak pada dua jenis bau atau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.
3. Avocado. Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya denga lemak sihat dan fiber. Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.
Lebih menarik lagi avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY. Detail kajian ini ada dalam Faseb Journal tahun 2017.
Dalam kajian lain yang lebih terkini dan terNow di jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam mengambil avocado.
Ketiga makanan ini antara 3 pemenang awal. Ada lagi makanan lain yang bantu beri rasa kenyang. 3 ini lebih hebat lagi.
Oh ya. Satu perkara hebat tentang avocado. Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Kurus secara natural tanpa lapar.
Menggantikan kerepek kentang dengan kacang badam sebagai kudapan atau memilih minyak zaitun untuk menumis berbanding minyak kelapa sawit merupakan beberapa amalan hidup sihat.
Namun perlu diketahui bahawa makanan yang dianggap sihat, belum tentu selamanya baik untuk tubuh dalam jangka panjang. Minyak zaitun, badam atau jus buah memang memberi nutrisi yang penting bagi tubuh.
Namun jika mengambilnya berlebihan atau salah dalam pengolahan boleh membuat makanan sihat tersebut memberi kesan negatif.
Berikut lima makanan sihat yang dalam keadaaan tertentu boleh menjadi tidak baik untuk tubuh anda.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi komponen yang baik untuk menjaga kesihatan jantung. Salah satunya asid lemak tak tepu yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
Namun meskipun merupakan lemak sihat, minyak zaitun juga mengandung kalori yang apabila diambil secara berlebihan juga boleh membuat makanan anda jadi tidak sihat.
Jangan menuangkan minyak zaitun langsung dari botol saat menumis kerana boleh menambah ratusan kalori ketika memasak. Sebaliknya ambil ikut sukatan dengan menggunakan sudu.
Kacang-kacangan
Badam, pistachio, hazelnut dan sebagainya (kecuali kacang tanah) merupakan salah satu jenis kudapan yang sihat. Kacang-kacangan kaya dengan protein dan serat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.
Tapi perlu diingat, kacang juga mengandungi banyak lemak, kira-kira 80 peratus dari kandungan keseluruhan. Jadi meskipun sihat tetap batasi pengambilannya.
Hindari memakan kacang langsung dari bungkusannya kerana boleh membuatkan anda tidak sedar sudah memakannya terlalu banyak. Memadai jika anda mengambil segenggam kacang sahaja.
Jus Detoks
Proses pembuatan jus akan menyingkirkan kandungan serat yang membuat perut terasa kenyang. Namun, jika anda tidak juga berasa kenyang, ini menyebabkan anda cenderung untuk terus minum jus.
Tidak dinafikan, jus buah dan sayuran memang boleh memenuhi keperluan vitamin dan mineral, tapi sebenarnya ia juga menambahkan kalori tambahan.
Buah dan sayur yang diolah menjadi jus akan mengeluarkan lebih banyak kandungan gula serta kalorinya boleh lebih banyak berbanding yang masih dalam bentuk buah.
Teh Hijau
Teh hijau sudah lama dikenali sebagai minuman sihat yang boleh membantu turunkan berat badan, menurunkan kolesterol dan mencegah pelbagai penyakit.
Teh hijau juga banyak digunakan untuk meredakan sakit kepala dan mual. Tapi meskipun sihat bukan bererti anda boleh mengambilnya sebanyak mungkin. Pengambilan lebih dari lima cawan sehari boleh meningkatkan kadar kafein di dalam tubuh.
Kelebihan kafein juga boleh membuatkan sakit kepala dan mual bertambah teruk. Sebaiknya minum teh hijau dan jenis teh lainnya tidak lebih dari tiga cawan sehari.
Sushi dengan makanan laut segar
Salah satu jenis sushi yang klasik dan paling terkenal adalah Nigirizushi, iaitu nasi kepal dengan topping makanan laut mentah seperti salmon, tuna, udang atau sebagainya.
Ikan memang kaya akan omega-3 yang baik untuk jantung dan perkembangan otak. Tapi jika dimakan mentah, Anda juga berpotensi terdedah pada benda beracun iaitu merkuri.
Jika kadar merkuri sudah terlalu banyak di dalam tubuh, akan memberi kesan negatif pada sistem saraf dan boleh menyebabkan masalah kanser.
Jika anda termasuk dalam kumpulan penggemar sushi, boleh saja mengambilnya sesekali tapi jangan terlalu sering, sebaiknya sekali sebulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.