Nikmati kesegaran minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Selain membeli minuman di kedai, apa kata cuba buat sendiri.
Minuman ala starbuck ni viral sehingga cecah 35K share. Minuman ini, dengan bajet murah ini adalah sangat dan sesuai untuk dihidangkan minum petang bersama keluarga.
Jom cuba!
Ads
KATANYA LAGI SEDAP DARIPADA STARBUCKS!
Ads
Bahan:
2 sudu Milo
1 paket Nescafe Latte
1 paket Oldtown White Coffee Mocha
1 sudu Nutella
Susu putih
Ads
Cara:
1) Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan
2) Masukkan 2 sudu Nutella pula dan larutkan air panas
3) Masukkan 1/4 cawan susu putih
4) Letak ais
NYUM!
Kredit: @amaazmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.
Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya yang dikongsikan oleh AwisyAlif AlifAwisy dan Cahaya Ara Ixerora.
“Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.”
“Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu. Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar,” kongsinya di media sosial.
Begitu juga cara yang sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy untuk pastikan taugeh kekal segar dan kembali putih warnanya dan taugeh tak cepat rosak.
“Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”
1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.
2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.
“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”
“Kegemaran anak no 2. Suka sangat dia kalau mama masak lauk ni. Dia tak suka makan timun, tapi masak macam ni 2 pinggan nasi pun habis.”
Begitulah perkongsian daripada seorang ibu ini mengenai menu kegemaran anaknya dan difahamkan menu ini istimewa daripada negara Kemboja.
Jadi bolehlah dicuba, terutamanya buat ibu-ibu yang bimbang anak-anak tidak suka makan sayur. Mana tahu dengan menu istimewa ini, anak-anak kita akan suka makan timun seperti mana halnya dengan anak puan Aiza Irmiyati Ghazali ini.
Asyik masak pulut kuning tapi tak jadi cantik berkilat macam beli dikedai. Bagi yang tidak mahir memasak pulut kuning, pasti pulut tidak akan menjadi. Kadangkala kelihatan warna tak kuning cantik dan rasa pun tak rasa lemak.
Nampak senang tapi hakikatnya proses memasak pulut kuning ni ada caranya. Nak lebih cantik dan berlemak ada petuanya.
Sebagaimana perkongsian petua oleh puan Nasriah Ramli yang mempelajari cara memasak pulut kuning menjadi cantik dan kuning berkilat.
Memasak dengan menggunakan kaedah kukus, sebelum itu, pulut akan direndam bersama asam keping dan kunyit.
“Mak saya yang bagi petua ni sejak saya mula belajar buat Pulut Kuning dulu.”
1.Rendam dengan kunyit dan asam keping
Rendam dgn serbuk kunyit dan asam keping. Selepas 2 jam keluarkan asam keping tu. Biarkn pulut terendam lagi 2 hingga 3 jam.
2.Basuh dan kukus
Bilas dengan air bersih kemudian pulut yang direndam tadi baru dikukus. Untuk kukus, lapik pulut dengan daun pisang atau daun pandan untuk lebih harum bila kukus. Jika tak ada daun pisang atau daun pandan boleh lapik plastik je yang digunting buat lubang.
3.Sukatan santan
2 kg pulut, santan pekat dalam 1.3 kg. Lepas kukus, masuk pulut dan gaul santan dan kukus semula sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidang
Siap! Cantik berkilat pulut kuning untuk menjamu selera. Makan dengan rendang tambah rasa kesedapannya!
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.