Peti sejuk yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti sejuk.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais. Sekarang musim buah durian, pasti bau ini yang paling menyengat kan.
Sumber: Internet
Cuba tip ini untuk mencuci selain dapat mengekalkan keharuman peti sejuk anda. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di dapaur iaitu esen vanilla. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara yang dikongsikan oleh saudara Sufri Jamaluddin.
Tips mewangikan peti sejuk di rumah.
Ads
Maaf yerr lari dari nama group sikit. Tapi video ni tetap melibatkan proses penyediaan makanan harian kita di rumah. So dalam kita nak menyediakan makanan, kekemasan didapur adalah kunci kepada mutu kebersihan makanan yang kita buat yerr 😊
Ads
p/s: Saya record video ni masa saya tengah kerja di balai. Time ni saya nak masak untuk rakan² kerja. Thats why saya sedang pakai uniform. Harap takde yang salah faham 😁.. Btw, loghat yang saya cakap ni bukan loghat perak yerr 🤣. Orang kiterr lapor diri sikit kt komen 😝
Gara-gara terlupa padamkan api ketika memanaskan makanan, menyebabkan periuk kaca milik wanita ini hampir rentung. Ajaibnya dengan petua yang mudah ini, dia berjaya mengembalikan kualit kepada keadaan asal yang bersih tanpa calar.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah!
Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain.
Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas.
Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.
Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.?
Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.☺
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama berkerja, nyata itu bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan setiap waktu.
Sungguh ianya berat untuk dilaksanakan seorang diri melainkan ada suami yang turut sama-sama membantu meringankan kerja mengurus rumahtangga.
Namun begitu, ada pasangan yang berkira-berkira untuk membantu isteri buat kerja rumah.
Menegur sikap demikian, saudara Firdaus Mokhtar meluahkan pesanan buat para suami agar berubah dan bolehlah memahami situasi yang dilalui oleh isteri yang berkerja.
Ini perkongsiannya.
Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutamanya suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.
Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak. Masa itu juga lampin anak dah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.
Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang ke ayah dia, pujuk pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.
Selalu jadikan?
Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.
Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit sikit.
Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.
Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri. Common sense orang kata.
Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.
Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil dah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.
Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.
Sedara sekalian, begitulah hidup rumahtangga. Dua-dua bersatu membentuk rumahtangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.
Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumahtangga.
Jelajah Astro Kem Badminton 2026 (AKB) menutup tirainya dengan penuh meriah apabila hentian terakhir berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur minggu ini selepas berjaya menghimpunkan lebih 1,800 pemain muda dari seluruh negara.
Program yang dianjurkan Astro dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu terus menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu badminton di peringkat akar umbi. Selain memperkenalkan asas sukan kepada generasi muda, program ini turut membantu membentuk keyakinan diri, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Kemuncak program tahun ini berlangsung selama tiga hari di Arena Sukan Kuala Lumpur, sekali gus menandakan penutup kepada Jelajah Astro Kem Badminton 2026 yang sebelum ini telah menjelajah beberapa lokasi termasuk SJKC Yuk Chai, Pulau Pinang, Johor dan Miri.
Peserta berusia antara 10 hingga 12 tahun diberi peluang menjalani pelbagai stesen latihan yang menekankan teknik asas badminton seperti dropshot, smash, lob dan pelbagai kemahiran penting lain.
Latihan yang dikendalikan jurulatih bertauliah ini bertujuan memastikan peserta memahami asas permainan dengan betul sejak usia muda. Pendekatan tersebut penting dalam melahirkan pemain yang mempunyai asas teknikal kukuh sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
Selain sesi latihan, peserta turut menyertai perlawanan persahabatan yang memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar pertandingan.
Melalui pengalaman ini, mereka bukan sahaja belajar mengenai teknik permainan, malah turut mengembangkan kemahiran komunikasi, fokus, daya tahan mental dan semangat berpasukan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, Astro Kem Badminton telah melatih lebih 25,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Astro dalam membangunkan sukan badminton di peringkat akar umbi serta menyediakan peluang sama rata kepada peserta lelaki dan perempuan untuk mendapat latihan berkualiti.
Program ini juga membuka ruang kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang untuk mengenali dunia badminton secara lebih dekat dan profesional.
“Pembangunan akar umbi adalah tempat bermulanya masa depan. Sebagai ‘Home of Sports’, kami percaya inspirasi harus bermula sejak awal — apabila kanak-kanak diberi peluang, latihan dan keyakinan bahawa mereka boleh pergi lebih jauh.
Di peringkat akar umbi, kami bukan sekadar membangunkan atlet malah kami membentuk keyakinan diri, disiplin dan daya tahan yang boleh dibawa oleh golongan muda ini sepanjang hayat mereka.
Walaupun pencarian bakat itu penting, pendidikan kanak-kanak adalah teras kepada Astro Kem Badminton. Matlamat kami adalah untuk memastikan walaupun mereka tidak meneruskan badminton secara profesional, mereka tetap memperoleh pengalaman yang membentuk mereka menjadi individu yang lebih seimbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith.
Salah satu aspek yang mencuri perhatian sepanjang program berlangsung ialah sokongan luar biasa daripada ibu bapa dan guru-guru yang hadir memberi semangat kepada peserta.
Ada ibu bapa yang sanggup datang dari negeri lain semata-mata mahu menemani anak-anak menyertai program ini. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi sokongan moral, malah meningkatkan keyakinan peserta untuk menunjukkan prestasi terbaik.
Ramai juga ibu bapa dilihat merakam detik-detik istimewa ketika sesi latihan dan perlawanan berlangsung sebagai kenangan buat anak-anak mereka.
Lebih menyentuh hati, ketika waktu rehat, beberapa peserta dilihat berlari mendapatkan ibu bapa masing-masing untuk mendapatkan kata-kata semangat sebelum kembali ke gelanggang.
Turut hadir memeriahkan acara ialah barisan pelakon filem Tangkis terbitan Astro Ceria iaitu Imran Aqil dan Wanie Kayrie.
Kehadiran mereka bersama Euan Smith menambahkan lagi kemeriahan program apabila berinteraksi secara langsung dengan peserta menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan perlawanan persahabatan.
Walaupun Jelajah Astro Kem Badminton 2026 telah melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur, perjalanan beberapa peserta masih belum berakhir.
Peserta terpilih dari empat negeri bakal menghadiri Kem Pemilihan KL AKB pada Julai 2026. Mereka akan menjalani penilaian serta latihan tambahan sebagai sebahagian daripada proses pembangunan berterusan program tersebut.
Melalui kem ini, peserta berpeluang meningkatkan lagi kemahiran mereka di bawah pemantauan jurulatih berpengalaman.
Seterusnya, peserta terbaik akan dipilih untuk menyertai Kem Latihan Serantau AKB di Thailand pada Disember 2026.
Program tersebut bakal memberi pendedahan kepada latihan bertaraf antarabangsa serta pengalaman baharu yang mampu membantu meningkatkan tahap permainan mereka.
Memasuki tahun ke-13 sejak diperkenalkan, Astro Kem Badminton terus membuktikan peranannya sebagai platform pembangunan sukan yang berkesan dalam mencungkil bakat muda negara.
Program ini bukan sahaja membantu peserta meningkatkan kemahiran badminton, malah membentuk keyakinan diri, disiplin dan semangat juang yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Lebih daripada sekadar melahirkan atlet, Astro Kem Badminton berjaya membentuk generasi muda yang lebih berani, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan sama ada di dalam mahupun di luar gelanggang.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.