Modalkan RM35.60 Je, Terus Kabinet Bawah Dapur Tu Tertutup Kemas & Cantik!

Share

Menyempurnakan lagi ruang di bawah kabinet dapur andai ingin nampak lagi menarik apa kata menggayakan kaedah ini. Kosnya juga lebih murah dan mudah. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ayza Nor ini. Jom semak.


“Siap sudah diy bawah kabinet dapur tu.. barulah nampak kemas sikit al-maklumlah rumah tak asa kitchen kabinet.”

Ayza Nor

BAHAN YANG DIPERLUKAN : 

barang beli kat MR DIY

shower curtain (2pcs x RM 14. 90)
curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)
hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)

Cara-cara nak diy :

kabinet umah sewa saya nie panjang. Saya beli 2 keping curtain tue.

1. Ukur smpai labuh mana nak.. Kemudian potong. Curtain nie masa beli siap ring tu sekali tau.

2. Rod tu saya beli 4 batang.. Rod tu boleh adjust panjangnya.

3. Nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu. yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.

4. Dah lekatkan hook tu masukkan rod tadi dalam ring curtain tu. Kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat.

Sumber : Ayza Nor via Kelab Kaki Deko

IKLAN