“Mommy Minta Maaf, Tertukar. Tak Sengaja.” Jurufoto Ini Kongsi Kisah Lucu Antara Bayi Kembar Sheikh Muszaphar!

Share

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr. Halina baru-baru ini selamat menimang cahaya mata kelima dan keenam.  Ini merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.

Dalam satu perkongsian baru-baru ini, pasangan berkenaan mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.

Cukup menarik dan comel gelagat kembar berdua ini ketika dalam sesi photoshoot berkenaan. Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan.

Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram syarikat itu.

“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya.

Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.

“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka.

Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.


Memang comel dan menarik gaya yang ditunjukkan pasangan kembar ini. Berbaloi hasil yang dilakukan oleh team photoshoot ini.

 

Sumber:newborn.heartshotfocusHot FM

 

 

IKLAN