Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr. Halina baru-baru ini selamat menimang cahaya mata kelima dan keenam. Ini merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, pasangan berkenaan mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.
Cukup menarik dan comel gelagat kembar berdua ini ketika dalam sesi photoshoot berkenaan. Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan.
Ads
Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram syarikat itu.
“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya.
Ads
Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.
“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka.
Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.
Jika sudah bertahun-tahun melalui keadaan ini ada baiknya semak diri sendiri dan bukan menunding jari meletakkan kesalahan di bahu pasangan.
Pakar motivasi keluarga menyarankan lima perkara ini untuk memperoleh rumah tangga bahagia hingga akhir usia. Persoalannya adakah anda telah melakukannya.
Serasi dalam komunikasi
Berkomunikasilah dengan pasangan. Mungkin ia tidak mudah untuk dilakukan. Namun tanpa disedari, banyak masalah besar dalam rumah tangga muncul daripada hal yang paling mudah ini.
Silap pilih waktu untuk berbincang, silap penggunaan bahasa dan kata-kata yang tidak sesuai boleh menyebabkan timbulnya salah faham Kunci utama agar serasi dalam komunikasi tentu sama-sama memahami akan perbezaan antara suami dan isteri.
Kepercayaan pada pasangan
Salah satu tip untuk membina kepercayaan terhadap pasangan adalah saling berlaku jujur. Kejujuran terhadap pasangan, maka sikap saling percaya-mempercayai akan wujud dengan mudah.
Namun, ada juga pasangan suami mahupun isteri yang sukar untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki tahap kecurigaan terlalu tinggi dan sering berprasangka buruk pada pasangannya.
Untuk membina rasa percaya, suami dan iosteri harus bertoleransi dan saling mengingatkan, bersifat terbuka adalah penting.
Berasa cukup dengan rezeki yang Allah beri
Wang memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan wang. Ini masalah klasik dalam rumah tangga.Banyak yang berakhir dengan perceraian hanya disebabkan oleh masalah wang.
Justeru, sebagai rahsianya adalah selalu bersyukur, saling menerima dan berasa cukup. Walau apapun keadaan keluarga anda hari ini tetap bersyukur, tetap tersenyum dalam menjalani hari-hari. Hindari mengeluh dan sering melihat mereka yang kurang beruntung daripada kita.
Usah ukur kebahagiaan dengan berapa banyak harta yang dimiliki. Setiap individu mempunyai rezeki masing-masing. Ada dikurniakan kesenangan dari segi wang ringgit. Ada pula dikurniakan rezeki dalam bentuk zuriat. Jadi kunci katanya, bersyukurlah.
Belajar bertoleransi
Perkahwinan yang dibina telah menyatukan dua orang berbeza kelamin, latar belakang keluarga, cara berfikir dan memiliki nilai-nilai yang berbeza – nilai-nilai dalam hidup, dalam rumah tangga, dalam mendidik dan mengasuh anak, dalam pendidikan anak dan sebagainya. Jadi, belajar untuk hidup bertoleransi dan berbincang dalam membuat sebarang keputusan dalam rumahtangga.
Cinta pada keluarga
Meskipun sudah menikah maka tetaplah berbakti dan membahagiakan keluarga. Baik keluarga suami mahupun isteri. Insya-Allah keberkatan akan membuat rumah tangga menjadi bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang minat berkebun, pastinya sentiasa mencari ilmu baru dan pelbagai petua untuk memastikan pokok subur dan mengelak serangga.
Selain tahu menanam dan menjaga pokok, pengetahuan mengenai baja juga perlu untuk memastikan pokok subur. Siapa yang tak gembira apabila melihat hasil tanaman menjadi.
Sebenarnya ada baja yang boleh membuatkan pokok makin subur dan sayur jadi besar. Nak tahu caranya ikuti perkongsian saudara Norahim Ibrahim menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang merupakan seorang pensyarah kanan,juga penyelidik di dalam bidang pertanian organik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini beliau giat menjalankan projek dan program-program berkaitan pelestarian alam sekitar melalui kitar semula sisa organik.
Ikuti perkongsian beliau.
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman. X kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
Sukatan
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini. Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah. Peramkan 3~4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap. Lepas tu tapis patinya. Kadar bancuhan 10ml pati + 1L air…. siram… Senang, kan?
Katanya orang lelaki ini ada 3 masa gemuruh dan degupan jantungnya berdebar yang teramat sangat. Pertama ketika waktu hendak berkhatan, kedua ketika ingin melafazkan akad nikah dan ketiga adalah semasa menanti isteri melahirkan anak sulung.
Bercerita tentang detik gemuruh ketika akad nikah diakui memang macam-macam kisahnya dan ada yang lucu dan tak masuk akal pun boleh berlaku.
Dan terbaharu viral di media sosial berkenaan video yang dikongsikan memperlihatkan bakal suami tersebut tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM 500 juta.
Memetik kisah pasangan pengantin tersebut di myMetro, difahamkan pengantin baharu itu yang dikenali sebagai Sameer Danial Nordin ada berkongsi cerita lanjut mengenai hal itu.
“Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya ‘angkuh’… saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad,” kata Sameer Danial Nordin, 30.
Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.
Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.
Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.
Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.
“Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.
“Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.
“Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.
“Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat ‘gangguan’.
“Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia,” katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.
Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.
“Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat ‘membahan’ kerana kesilapan yang saya lakukan,” katanya
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.