Mood ‘Frust’ Bila Sambal Tempe Sudah Tidak Lemau. Rupanya Ini Cara Nak Jaga Kerangupannya

Share

Bagi peminat-peminat tempe, anda pastinya gemarkan ianya dimasak garing dengan kicap ataupun sambal. Namun jika ianya sudah lemau, pasti anda kecewa untuk makan hidangan yang kebanyakkan di gemari oleh masyarakat Jawa ini. 

Jika anda tidak mahu ianya lemau, pastikan anda mengikut petua yang diberikan.

Kalau guna 6 petua di bawah, confirm sambal tempe tahan lama dan sedap!

6 PETUA SAMBAL TEMPE KEKAL RANGUP WALAUPUN DAH LAMA BUAT

Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin. Actually sebelum ni pun ramai juga tanya Ira tips buat sambal tempe. So hari ini Ira kongsikan 6 tips sambal tempe rangup dan tahan lama.

1. Guna cili kering kisar

Cili kering tu jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang half jug blender tu, air pula bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Lepastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.

2. Tempe, kacang & ikan bilis goreng asing

Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan goreng asing-asing. Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.

Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.

3. Bawang putih & bawang holland blend

Bawang pula jangan guna bawang tumbuk. Blend juga. Guna bawang putij dan bawang holland, ok?

4. Gula 

Gula pula Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna gula apong. Seriously lagi sedap. Gula apong ni spesis gula melaka cumanya gula apong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.

5. Jangan guna sos cili, tomato & segala jenis sos

Nak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.

6. Potong tempe nipis-nipis

Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.

Itu la 6 tips utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu.  Selamat mencuba!

Sumber:  Ira Yussof II

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN