Rata-rata sudah maklum dengan perubahan fizikal Penyanyi Lagenda, Aishah yang kini tampil dengan fizikal langsing dan sering mengamalkan kehidupan sihat dengan bersenam.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengaku rasa bermotivasi apabila melihat tubuhnya ketika berat kira-kira 110 kilogram(kg) berbanding kini yang semakin mengecil.

Foto lama itu baru dijumpai dan dikongsikan ke akaun Instagram miliknya sekaligus membandingkan dengan gambar terkininya yang sudah pun berubah dengan berat 58kg.

“Pada hari-hari mood malas nak berzumba, saya tengok balik gambar lama. Ia membuatkan diri saya bermotivasi.

“Sebenarnya baru terjumpa gambar lama ini,” katanya di dalam kapsyen hantaran yang sama.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikut serta netizen yang rata-rata kagum dengan perubahan bentuk badannya.

IKLAN

Namun tidak kurang juga bimbang perubahan fizikal itu disebabkan penyakit malah ada yang menuduh Aishah mempunyai sakit kencing manis.

“Jangan terlalu kurus, nanti nampak tua,” komen salah seorang pengikutnya.

IKLAN

“Alhamdulilah moga diberi kesihatan yang baik,” doa salah seorang warga maya. Kencing manis ni,” tuduh salah seorang netizen.

Namun Aishah tidak berdiam diri, dia membalas komen pengguna laman sosial yang menuduhnya mempunyai penyakit kencing manis.

“Seorang lagi yang pandai-pandai (menuduhnya kurus kerana penyakit),” responnya.

IKLAN

Terdahulu Aishah melakukan pembedahan Bariatric untuk menurunkan berat badannya sekaligus mengawal kesihatannya.

Sumber : Instagram Aisyah

https://youtu.be/dUpt50y0xaQ

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI