Mudah Aje Buat Kuih Lapis Guna Sukatan Cawan Dan Blender Ni. Patutlah Viral!

Share

Kuih lapis adalah antara kuih yang selalu dihidangkan di meja waktu minum petang. Rasa enak dan lemak membuatkan ahli keluarga suka hidangan ini.

Nampak lapisan kuih ini seakan sukar untuk membuatnya. Namun perkongsian ini nyata mudah untuk dicuba. Paling best menggunakan sukatan cawan. Mudah nak buat, confirm jadi!

___________________________________
Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.

Bahan-bahan:


2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian.
Satu letak pewarna, satu biarkan putih.
Kukus selapis-selapis selama 7 minit.
Lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
Oles bekas dengan minyak untuk mudah keluarkan.
Oles pisau dengan minyak untuk mudah potong kuih.

Selamat mencuba! Memang sedap.

Kredit: Aezween Rainoe

IKLAN