Mudah Je Nak Tanam Sawi Sendiri Di Rumah Secara Organik. Lagi Jimat, Segar & Sihat. Memang Puas Hati!

Share

Tengok orang tanam sayur nampak best je kan. Lagi-lagi bila dapat tuai hasilnya. Tersenyum lebar bila dapat rasa hasil titik peluh sendiri kan.

Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat.  Nama pun organik kan. Biasa beli di pasar, sawi nampak layu. nak beli pun was-was kan.

Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan oleh Nur Zaliana. Moga bermanfaat!

Saya share cara saya tanam sawi secara organik,Atas batas direct matahari.


#Tanaman2019

Cara tanam:

Sediakan batas panjang 5m lebar 1m. Gembur,masukan tinja ayam proses setengah guni (15kg) nak tambah kompos daun2 kering pun boleh peram 2minggu.sementara tunggu benih cukup usia untuk di pindah tanam.

Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS sedia pindah tanam(saya tabur atas tanah terus direct matahari). buat lubang antara tanaman dengan jarak 5cm /pokok.Tanam sampai habis lepas tu siram.

4 hari setelah pindah tanam, tanam bulan lepas hari2 hujan jadi tak siram sayur. Cuma pastikan kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.

Usia 2minggu,cabut rumput dan membaja. Saya guna tinja ayam sahaja. Kawalan serangga guna Neem oil/cuka kayu.

Usia 3 minggu sayur sawi nampak sekata. Stop membaja Kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.

36-40HST dah boleh harvest.

 Untuk 1 batas ni boleh dapat sayur sawi 6-7kg.

Selamat mencuba.

Sumber: Nur Zaliana via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

 

 

 

 

IKLAN