Mudah Je Rupanya Nak Buat Ayam Ungkep. Tak Ambil Masa Lama Pun Nak Masak, Paling Penting Sedap!

Share

Seharian bekerja di pejabat, balik rumah nak kena masak untuk makan malam pula! Bila dah penat ni, memang tidak la nak masak makanan yang susah-susah kan? kalau boleh yang campak terus siap tu yang nak buat!

Paling senang nak buat pun masak kicap, itu pun dah ada yang ‘bunyi’ asyik menu yang sama je dok ulang-ulang. Dari dengar lagi complain tu, apa kata tukar selera dengan buat resipi dari Che Eda

ni. Mudah je rupanya! Tumbuk je bahannya, campak, siap!

Resipi Ayam Ungkep

Bahan-bahan:

Serai 2 Batang -Titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari) (Lupa boh dlm gambar) – tumbuk
Cili padi (Ikut Nak Letak Bape) Sy Suka Pedas Sikit – tumbuk

Ketumbar Peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbok (Tapi kan aida xde yang biji.. Tak perasan pula dah habis.. so i pakai yang serbuk la) – tumbuk

Kunyit Serbuk 1 Sudu (yang ni nak bg warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup ok xyah letak dah)
Asam Jawa 1 Sudu Makan
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

– Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
-Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Tutup Periuk hingga ayam masak.
-Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat..

Sumber : daridapuraida via Resepi Sheila Rusly Fans

IKLAN