Mudah, Jimat Dan Sedap! Sosej Homemade Sesuai Dimakan Bersama Keluarga Tersayang

Share

Di samping nak makan makanan yang enak, pastinya anda mahukan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk tubuh badan. Sosej antara makanan segera yang paling digemari ramai terutama kanak-kanak.

Kali ini, dengan resipi yang dikongsikan oleh @lovelittletummy

anda boleh buat sendiri sosej di rumah dan pastinya dijamin selamat dimakan oleh kanak-kanak. Bukan itu sahaja, sosej homemade ini juga sangat menjimatkan dan paling penting memang sedap.

“Comfirm sedap comfirm sihat. Untuk anak 2 tahun ke atas boleh tambah garam ya. Boleh makan satu family,” kongsinya.

Sosej Homemade

Bahan-Bahan:

  1. Isi ayam
  2. Lobak merah
  3. Daun bawang
  4. 1 sudu besar tepung gandum
  5. 1 sudu besar tepung jagung
  6. Black pepper
  7. White pepper
  8. Minyak bijan

Cara-Cara:

– Kisarkan isi ayam bersama lobak merah, daun bawang, tepung gandum, tepung jagung, black & white pepper dan minyak bijan.

– Kisar sehingga dapat tekstur yang lembut dan cantik seperti ini. Kemudian boleh letakkan dalam cetak sosej.

– Kukus sosej tadi lebih kurang 20 minit dan boleh digoreng juga selepas itu.

Sumber: @lovelittletummy

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI

IKLAN