Mudahnya Buat Kek Coklat Moist Kukus, Hanya Guna Blender Je Nak Gebus Gebas. Gerenti Jadi.

Share
Kek coklat memang menjadi kegemaran ramai. Buat anak yang suka makan kek tentu para ibu akan mencari resipi yang mudah.
Apa kata cuba resipi ini, hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah dan untuk pasti kan adunan gebu hanya menggunakan blender je.
Jom cuba buat resipi ini.
1 adunan boleh dapat 3 bekas
bahan basah
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan susu kotak full krim dutch lady
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
blender semua bahan di atas selama 5 minit
bahan kering
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
ayak bahan kering dan campur dengan bahan basah yang sudah dikisar
kukus selama 45min (api sederhana)
panaskan pengukus selama 5 minit sebelum guna.
Topping
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 cawan susu sejat carnation
masak atas api perlahan , kacau sehingga pekat dan berkilat.
bila kek dah sejuk baru letak topping dan tabur chocolate rice. sedia dihidang
Sumber: Fatin Zohaimi

IKLAN