Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ads
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Ads
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah.
Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Ads
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Bercerita tentang ‘demam raya’ bagi yang tinggal dibandar-bandar, sebenarnya masa dan ketika inilah baru bermula semangat dan aura Raya, maklumlah sebelum ini semuanya berada di kampung halaman.
Dikesempatan hujung minggu biasanya diambil untuk mengadakan amalan ziarah dan ramai juga yang menjadikan tradisi menganjurkan rumah terbuka bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya yang diraikan.
Jadi menu apakah yang bakal anda hidangkan pada tetamu nanti?
Mungkin juadah Pizza Gunting ini boleh dijadikan antara menu special di majlis rumah terbuka anda nanti. Menyediakannya juga cukup mudah dan rasanya memang digemari ramai. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummul-alifah ini.
“Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yang minta resepi ni..meh sini, sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari-mari tgk resepinya,sangat sesuai utk yang nak makan pizza, tapi malas nak uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba”– Ummul-alifah Salim
Ni resepi utk 1 dulang 10×10 ye..
PIZZA GUNTING
Bahan-bahan:
9 keping roti
3 batang sosej (potong kecil)
100 gm isi daging/ayam (cincang)
1/2 cili benggala (potong dadu)
5 biji telur A
Bawang besar & bawang putih untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari
Mayonis dan cheddar cheese
Cara buat :
Mayonis tu korang buh rapat2x cm gini,baru best,rasa lemak2x berkrim mayonis tu melt dlm mulut..hihi..okey,sambung bakar lg 10min atau sampai mayonis tu x melekat kt tangan,lau melimpah camni,dalam 15min gak
Ekstra tips : Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yang lebih moist & kenyal.
sumber : Ummul-alifah Salim Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penjagaan kesihatan tubuh badan amat penting bagi semua individu, apatah lagi semakin meningkat usia semakin berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Pastinya kita tidak mahu tubuh badan yang luarannya nampak sihat namun tiba-tiba rebah dek kerana serangan jantung, strok dan sebagainya.
Berkongsi tentang pengambilan makanan yang sihat, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan dan juga Blogger, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat sangat penting dalam membantu tubuh badan seseorang itu lebih sihat dan sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung yang boleh menjadi penyebab kematian mengejut.
Turut dikongsikan juga di instagramnya berkenaan pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita semua. Ini perkongsiannya.
Sarapan Minyak Zaitun & Air Kopi Stevia
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya memang malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Puasa 15 Jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yang makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Kurangkan Makan
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam-macam cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Berhati-hati Pilih Makanan
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-sayuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Wanita zaman dahulu menggunakan bahan semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Berbeza dengan wanita sekarang yang lebih banyak bergantung kepada produk moden berasaskan bahan kimia. Mungkin kerana mereka malas dan berasa leceh bila perlu membuat sendiri produk berkenaan.
Tapi apabila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalaman juga perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Sumber: Afieyzea Aleeschayle
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...