Mudahnya Nak Buat Sambal Ayam Penyet Superb Ni. Enak Dihidang Bersama Nasi Panas!

Share

Pastinya setiap keluarga memang tidak boleh lari dengan hidangan berasaskan sambal. Tak kira lah sambal dalam masakan mahupun sebagai pencicah, ia menjadi pembuka selera.

Melalui perkongsian Puan Siti Khadijah, cara masak sambal ayam penyet memang superb. Bukan sahaja boleh makan dengan ayam, ikan bakar pun boleh. Pasti jadi pembuka selera.


 


Sambal ayam penyet pedas berdesing katanya. Buat stok terus senang. Nak makan tinggal ambik je.

Bahan-bahan:
Cili padi merah
Cili padi hijau/kampung
Cili besar
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Bilis
Belacan

Cara membuatnya:
1. Goreng sampai layu semua bahan-bahan tadi.


2. Blend kasar semua bahan kecuali tomato
3. Tumis sampai pecah minyak. Masuk gula melaka/nise dan gula putih/perang, garam, asam jawa, tambah air kalau kering sgt, kiub bilis dan tomato td. Tumis lagi sampai semua bahan sebati. (proses ni mungkin ambik masa lama sebab nak bagi cili betul2 masak, kang sakit perut pulak). Api sederhana je ye
Goreng sampai layu semua bahan-bahan tadi


4. Siap!

Selamat mencuba. Pasti makin selera encik suami dengan menu penambah selera ni.

IKLAN