Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Ads
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri. Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Ads
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Ads
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
sumber: Izham Alias & Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedapnya jika dapat hirup kuah sup ketika suam-suam. Lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk atau badan kurang sihat.
Namun di sebalik keenakan rasa kuahnya, jangan tidak tahu disebaliknya tersimpan masalah lain terutama pada kesihatan kita.
Sup tulang misalnya mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.
Justeru, ada beberapa kaedah untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Jom kita semak!
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Senduk harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.
Cara Ketiga: Menyejukkan Sup
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut.
Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darah anda nanti.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak cuba buat kek untuk raya nanti, apa kata ibu-ibu mulakan dengan Sunquick Moist Cake ini. Nampak sedap dan mudah sahaja dibuat hanya guna sukatan cawan. Nak tahu caranya, jom admin kongsikan resipi dari puan Irma Sheky.
Bekalan utk sminggu, buat 3 adunan dptlaa 9 tupperware nii, 1 kg gandum jer tuupun ada lbh lg 1 cwn nii. Dh biasa mkn benda sama bminggu berbln, ikut kudrat & rezki sambil jimat petrol n bajet mbeli. Mkn panaspun sdp, sejuk dr fridgepun sdp, buat simple2 jerrr…..
SUNQUICK MOIST CAKE Hasil Tangan iR ~HATii~
BAHAN2 : – 3 cwn tepung gandum – 1 st baking powder – 1 st soda bikarbonat * satukan ketiga2 bahan, gaul2kan skjap & ayak. – 4 biji telur A @ 5 biji telur B – 2 sb parutan kulit buah sunkist – 1/2 cwn sunquick (perisa OREN) – 2/3 cwn gula – 2/3 cwn susu pekat manis – 1 cwn minyak sayur @ minyak masak – 1 cwn air panas – sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren. * blh krg @ lbhkan sesudu dua gula @ susu jk nk lbh @ krg manisnya.
CARANYA :
* stlh pecah telur, buangkan tali pusatnya spy kek tak hanyir, so x guna esen vanilla pun xperr.
– Pukul telur + gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
*dh siap pukul sampai gula hancur so dh ready utk masukkan tepung
* masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau2kan
* kacau2kan adunan tepung hingga mesra smuanya.
*Jika adunan agak makin likat & berat blh terus campurkan dgn minyak, selang selikan dgn tepung, sambil2 dikacau buat hingga habis tepung & minyak.
Boleh terus campurkan susu pekat & kacau2
Terus tuangkan air panasss berasapp2 ke dlm adunan, kacau bg padu mesra
Apabila adunan dh smooth & x bketul terus taruk sunquick
pukul laju2 hingga bgabung padu smua bhn * masa nii adunan pun dh mula naikkk & sedikit berbuih
Kacau dengan tangan atau pukul dgn mixer kasi smooth yerr…bila dh cengginiii cantikkk dh x berketul dh so ready to cook.
Isikan separuh @ 1/2 dr tinggi acuan, pastu terus kukus, jk nk bkr pun blh tp jgn plak guna tupperware nii gantilaa dgn tray, terbakorrr habisss makkk hahaa….
Kalau sekali kukus naik dua bekas gini, dimasak lbh krg 25 – 35 minit @ hingga bila dicucuk lidi d tghnya xder melekat lg * api bsr yerr.
siapppp…
* saya x tutuppun tupperware tu masa dikukus..tp make sure jgn terlbh lama masanya nnti menitikk air atas kek dh x cantikk.
DONE SUNQUICK MOIST CAKE
* Sukatan satu adunan di atas utk sebiji kek bersaiz 8″x8″ @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (spt bekas dlm gmbr saya nii)
* UTK DIKUKUS : jika guna tupperware plastik tahan panas mcm gmbr nii blh terus tuang & kukus dgn api bsr lbh krg 25 – 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus). * UTK DIBAKAR : alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak & bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray kek dgn tray berisi air.
– cucuk dgn lidi tgh kek, jk kuar x melekat ok siapp utk diangkat n Ready To Deco juga.. kot2 utk buat jualan, utk buat hadiah dsbgnya yerrr….
* kek nii xder pengawet so, saya terus simpan fridge utk thn lbh lama yerr.. tp make sure disimpan dlm bekas tertutup spy still moist. * jk nk deco wv cream cheese blh krgkan sikit manis kek nii yerr, InsyaAllah wp dikurangkn sesudu dua gula @ susu kek still soft so don’t worry….
‘PRAKTIKKAN JIKA BERMANFAAT, ABAIKAN JIKA BAWA MUDARAT’……
Menerusi media sosial semalam, laporan akhbar dan perkongsian warganet mengenai kemalangan itu begitu menyentuh hati.
Lebih meruntun jiwa apabila melihat sebuah keluarga kehilangan ibu tersayang dan anaknya pula putus kaki.
Terkini, menerusi perkongsian saudara Raja Shamri menyatakan hasrat untuk membantu keluarga ini menerusi Yayasan Raja Shamri. Difahankan mangsa merupakan sebuah keluarga kurang kemampuan.
Moga akan lebih ramai lagi membantu adik ini untuk meneruskan kehidupannya akan datang.
“Dapat tahu salah seorang mangsa kemalangan di Pasir Puteh pagi tadi merupakan orang miskin dan susah.”
Adik ini cedera parah dimana telah kehilangan ibunya dalam kemalangan melibatkan sebuah treler muatan besi menghempap beberapa buah kereta, berpuluh basikal dan motosikal.
Adik ini patah di beberapa bahagian tubuh badan, putus sebelah kakinya dan luka parah. Kluster perubatan yayasan raja shamri sedang berhubung rapat dengan sahabat2 di hospital …
Ibunya telah dihantar kampung halaman bagi dikebumikan dengan segera.
Bantuan Buat Keluarga Mangsa
Yayasan Raja Shamri terpanggil untuk bantu ringankan beban keluarga adik ini.
Abang Raja sendiri telah luluskan segera untuk bantuan yang perlu bagi adik ini.
Jom semua kita pakat-pakat bantu adik ini. Dapat tahu juga adik ini merupakan anak pelajar darjah 6 di sebuah sekolah di pedalaman. Wakil kita di bukit awang akan bagi info dari masa ke semasa.
Nantikan perkembangan semasa dari kita ya.
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.