Ads

“Dia Tak Sakit Apa-Apa, Badan Dia Fit”, Bapa Sebak Anak Tingkatan 2 Meninggal Dunia Selepas Rebah

Pemergian Muhammad Raiyan Nufael, seorang pelajar Tingkatan Dua berusia 14 tahun, cukup meruntun hati apabila remaja itu dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas, Melaka pada petang Rabu.

Lebih menyedihkan, bapanya, Mohd Aswandi Wahid, 41, tidak menyangka anak sulung daripada tiga beradik itu pergi secara tiba-tiba kerana arwah sebelum ini aktif bersukan dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah kesihatan.

“Dia memang tak ada sakit apa-apa, badan dia fit walaupun baru berusia 14 tahun.”

Demikian luahan Mohd Aswandi ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka selepas menerima berita yang mengubah kehidupan keluarganya buat selama-lamanya.

“Dia Tak Sakit Apa-Apa, Badan Dia Fit”,  Bapa Sebak Anak Tingkatan 2 Meninggal Dunia Selepas Rebah
Pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Raiyan Nufael dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas.

Muhammad Raiyan Nufael Ceria Sebelum Kembali Ke Asrama

Menurut Mohd Aswandi, Muhammad Raiyan kelihatan seperti biasa dan ceria setiap kali mahu pulang ke asrama kerana dapat bertemu rakan-rakan serta meneruskan rutin persekolahan dan latihan sukannya.

Kali terakhir mereka bertemu ialah pada Ahad lalu ketika beliau menghantar anaknya kembali ke asrama. Tiada perubahan ketara yang ditunjukkan oleh arwah sehingga membuatkan keluarga menyangka semuanya berjalan seperti kebiasaan.

Namun, satu perkara yang masih segar dalam ingatan bapanya ialah momen terakhir mereka bersama apabila menonton siaran langsung perlumbaan Moto3 Grand Prix yang menyaksikan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli muncul juara.

Ads
“Dia Tak Sakit Apa-Apa, Badan Dia Fit”,  Bapa Sebak Anak Tingkatan 2 Meninggal Dunia Selepas Rebah
AHLI keluarga Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael (gambar kecil) ketika menunggu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, malam tadi.

Kenangan MotoGP Yang Tidak Akan Dilupakan

Mohd Aswandi berkata, arwah memang meminati dunia permotoran sejak kecil dan minat itu dipupuk oleh beliau sendiri.

“Anak saya ni, sejak dia dalam perut lagi, saya dah bawa pergi tengok MotoGP di Sepang International Circuit sejak 2011.

Kali terakhir saya menonton MotoGP bersama arwah adalah ketika Hakim Danish muncul juara perlumbaan itu.

Ketika itu, kami sama-sama menjerit kegembiraan dalam kereta sehingga bergegar dibuatnya. Itulah kenangan terakhir saya menonton perlumbaan motosikal bersama dia.”

Mengurus Persiapan Sendiri Sebelum Pulang Ke Asrama

Bercerita lanjut, Mohd Aswandi berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum kejadian. Namun, beliau menyedari satu perkara yang agak berbeza apabila Muhammad Raiyan menguruskan sendiri semua persiapan untuk kembali ke asrama.

“Selalunya isteri saya yang akan bantu siapkan barang-barang dia, terutama jika ada kejohanan atau perlawanan.

Tetapi kali ini dia urus semuanya sendiri. Seawal Subuh dia sudah siap mengemas dan menyediakan semua keperluannya sebelum saya menghantarnya ke asrama.”

Perkara itu kini menjadi antara kenangan terakhir yang masih bermain di fikiran kedua ibu bapanya.

Ads

Aktif Bersukan Dan Minat Ragbi Sejak Kecil

Sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, Muhammad Raiyan sentiasa mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya dalam apa sahaja minat yang diceburi.

Menurut Mohd Aswandi, minat arwah terhadap ragbi bermula sejak sekolah rendah sebelum bakatnya terus berkembang hasil bimbingan guru-guru. Arwah kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah yang terkenal dengan pembangunan sukan ragbi.

“Dia memang ada bakat dalam ragbi. Cikgu-cikgu yang membentuk dan mengembangkan bakat dia.

Di asrama pun dia memang aktif. Bila balik bercuti, dia akan berjoging, bersenam dan pergi ke gimnasium untuk menjaga kecergasan badan.

Apa yang dia minat, saya akan cuba penuhi. Basikal, motosikal dan apa sahaja yang ada di rumah, semuanya untuk dia.

Tapi nak buat macam mana, ALLAH lebih menyayanginya.”

Kejadian Yang Meragut Nyawa Muhammad Raiyan Nufael

Terdahulu, Muhammad Raiyan dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas.

Ads

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, remaja berkenaan dikatakan baru menjalani latihan selama kira-kira 15 minit sebelum mengalami sesak nafas ketika mendengar taklimat jurulatih selepas sesi rehat.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Lanjut selepas proses bedah siasat selesai.

Semoga roh Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga juga kedua ibu bapanya serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

BACA LAGI : Bapa Sebak Peluk Jenazah Anak Tunggal, Sempat Buat Video Call 5 Minit Sebelum Kemalangan

Sumber : Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Resipi Bubur Asyura Versi Utaqa Paling Sedap, Manis Lemak & Mudah...

Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.