“Muka Bangga Boleh Surprise Mommy.” Anak-Anak Berebut Belikan Hadiah Hari Jadi Zizie Izette Dipuji Ramai. Sweetnya!

Share

Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu bila mana anak-anak ingat akan hari lahir. Biarpun bukan hadiah Yang ditunggu namun ingatan itu yang lebih bermakna.

Demikian juga dengan ibu cantik manis, Datin Zizie Izette yang berkongsi rasa syukur apabila diraikan oleh anak-anak. Beberapa video yang memaparkan gelagat anak-anaknya membuat kejutan sempena hari ulangtahun kelahiran Datin Zizie.

Lebih membahagiakan adalah pada hari lahir tersebut, isteri kesayangan Bung Mokhtar menerima hadiah pertama yang dibelikan anak-anak untuknya. Semuanya muka kegembiraan apabila dapat memberikan hadiah buat mama tersayang.

Rupa-rupanya disebalik majlis tersebut, surprise itu dirancang oleh Datin Zizie dan pembantu-pembantunya.

Zizie meminta pembantu membawa anak-anak ke mall untuk membeli hadiah supaya anak-anaknya belajar dan merasai keseronokan apabila dapat memberi kepada orang lain.

Melihat kegembiraan anak-anak, berebut menunjukkan hadiah pilihan masing-masing. Ada yang memberikan coklat dan ada juga yang memberikan jambangan bunga.

Itu membuatkan Zizie rasa terharu dan bersyukur.

Sumber: zizieizette


 

IKLAN