“Muka Copy Paste Mommy & Daddy,  Senyum & Bulu Mata Lentik Buat Kita Cair.” Baru 9 Bulan, Wajah Anak Tasha Shila Raih Perhatian

Share

Lama tak melihat kelibatnya di kaca TV usai melahirkan anak sulungnya. Mungkin sibuk menguruskan rumahtangga serta anaknya membuatkan Tasha Shila berehat seketika dari dunia lakonan.

Sementelah anaknya Raees Zander yang lahir pada 24 April Tahun lalu kini baru berusia 9 bulan da pastinya memerlukan perhatian lebih dari ibunya Tasha Shila atau nama Sebenarnya, Natasha Sheila.

Tasha baru-baru ini  memuatnaik beberapa gambar terbaru Raees untuk tatapan para peminatnya. Turut dikongsikan kaletah si Raees yang tersenyum apabila diacah oleh bapanya, Muhammad Atif.

Rata-rata memuji kecomelan Raees terutama senyumannya yang bukan sahajq mencairkan hati Tasha dan suami, bahkan turut membuatkan netizen berasa geram melihatnya.

Dalam gambar tersebut, Raees nampak handsome dengan baju kemeja dan berseluar pendek.

Ramai memuji wajah Raees sememangnya kombinasi seimbang ibu dan bapanya. Bila serius macam wajah daddy dan apabila tersenyum macam wajah mommy. Comel nya!

Sumber: Tasha Shila


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

IKLAN