Tak semua pasangan yang berkahwin, kemudian berpisah kerana penceraian mampu untuk menjalinkan hubungan baik bersama. Kebanyakan mereka ada yang masih kekal berhubung mungkin disebabkan oleh anak-anak.
Patut dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana, meskipun sudah berpisah, pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila yang tetap menjalinkan hubungan baik demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Baru-baru ini, Sharnaaz ada berkongsi sebuah video di laman Instagramnya di mana dia bersama anak lelakinya Jebat dan Nabila sedang mempromosikan sebuah jenama makanan. Video itu memaparkan mereka sedang memasak dan makan bersama-sama, selain sempat berseloroh mengenai status masing-masing.
“Makanan macam ini sesuailah untuk saya yang single ni. Dan juga yang disebelah saya ini kena tanya di lah.” kata Sharnaaz dalam video tersebut.
Murid Pasti Jadi Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.
Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“Menghafal ayat suci al-Quran salah satu kunci kejayaan untuk anak-anak ini memiliki daya ingatan kuat serta mengukuhkan kefahaman tentang sesuatu perkara.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“Kami kurangkan anak-anak terdedah pada penggunaan telefon bimbit dengan mengehadkan penggunaannya agar mereka tidak terlalu leka.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Anak kecil yang baru sahaja dilahirkan pada tanggal 18 Jun yang lalu di dalam keluarga Encik Azhar Azif disambut dengan penuh kegembiraan oleh seisi keluarga. Namun baru sahaja sebulan usianya, anak kecil ini sudah diuji dengan serangan batuk kokol.
Oleh yang demikian, ayahnya terpanggil untuk berkongsi info dan pengalaman tersebut dan ini perkongsiannya.
Rasa terpanggil ayah nak menceritakan apa yang berlaku kepada Fateh, memandangkan ramai juga yang bertanya, semoga orang lain boleh mendapat manfaatnya.
Nanti bila Fateh dah sihat, dan dah besar boleh tengok balik post ini dengan rasa syukur yang tinggi. Ramai yang mendoakan Fateh, dan paling penting, pengorbanan ibu yang sentiasa menemani Fateh.
Muhammad Fateh yang berumur 1 bulan 10 hari terkena serangan “Batuk Kokol” (dikenali juga sebagai Batuk 100 Hari – mengikut kata doc 2-3 bulan juga sebelum batuk ini reda) satu jenis batuk yang saya sendiri pun tak pernah tahu sebelum ni memandangkan anak-anak yang lain pun tak pernah kena jenis batuk ini.
Saya akan ceritakan secara ringkas apa itu penyakit batuk kokol supaya lebih ramai yang tahu dan faham tentang penyakit ini.
Batuk Kokol atau pun “Whooping Cough” adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kuman bakteria “Bordetella Pertussis” yang dijangkiti melalui udara daripada orang lain.
Sama ada dijangkiti dari ibu bapa sendiri atau adik beradik (jauhkan baby dari mereka jika ada yang sakit demam, selsema atau batuk) atau orang ramai yang kita tidak tahu dari siapa puncanya. Jadi elakkan baby yang berumur 5 bulan kebawah berada ditempat orang ramai seperti dalam shopping mall, pasar malam, atau majlis-majlis yang melibatkan ramai orang).
Juga dinasihatkan bagi baby yang berumur dibawah 21 hari, jangan dibawa keluar rumah.
Tanda – Tanda Ringan
• Demam
• Selsema
• Bersin
• Batuk yang panjang
Selepas batuk yang berpanjangan ini berlaku, ia boleh menyebabkan baby:-
• Muntah
• Sukar Bernafas/ terhenti nafas seperti Fateh
• Sianosis (Kebiru-biruan pada mulut, tangan dan kaki)
Sebaik – baiknya jika telah nampak tanda – tanda ringan, bawalah anak ke klinik/hospital yang berhampiran. Dalam kes Fateh, kami bawa Fateh ke klinik yang berhampiran sebanyak 2 kali (Fateh diberikan gas/Nab) namun kegagalan pihak klinik mengesan sakit yang dialami oleh Fateh, menyebabkan Fateh menghadapi kesukaran bernafas, sehingga terhenti nafas (apabila wife tepuk-tepuk belakangnya baru lah baby bernafas semula, syukur Ya Allah) yang menyebabkan kami berkejar ke hospital.
Saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak klinik (walaupun sepatutnya mereka lebih tahu dan menasihati kami untuk ke hospital lebih awal), namun kami menyalahkan diri kami juga kerana sebagai ibu bapa, kita juga perlu tahu penyakit – penyakit yang berbahaya untuk anak – anak kita supaya kita lebih waspada dan bersedia.
Akibat – akibat serius yang akan berlaku jika lambat dirawat ialah :-
• Radang paru – paru
• Kurang bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal dan boleh juga menyebabkan kematian.
Semasa saya menulis ini, Fateh masih lagi dalam rawatan (dah 6 hari masuk ICU) dan bergantung penuh dengan alat bantuan pernafasan, masih lagi batuk – batuk yang panjang dan telah diberikan antibiotik secara berperingkat.
Saya izinkan post ini dikongsikan, nak tag saudara mara atau rakan – rakan yang disayangi, kerana penting kita ada pengetahuan ini bukan sahaja untuk mereka yang ada baby tetapi juga kepada semua orang, supaya berwaspada nak mengunjungi orang yang ada baby, supaya tak mudah kecil hati dan faham jika kenapa orang lain tak benarkan kita mendekati baby mereka.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga dan mohon doakan Fateh agar cepat sembuh dari penyakit ini.
Setiap kecantikan yang dimiliki oleh seorang wanita biasanya memiliki rahsia tersendiri.
Begitu juga dengan kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan. Bebas daripada jerawat atau kulit merekah. Apa pun untuk tampil cantik berseri memerlukan pelbagai rutin penjagaan.
Nak tahu bagaimana cara untuk menjaga muka menjadi lebih berseri guna cara ini. Ia dikatakan petua daripada juru solek.
Aisyah tau ramai dah tahu petua ni. Tapi tak pe, kot kot ada yang tak tahu lagi. Boleh la try nanti.
Petua ni Aisyah dapat dari sorang MUA dulu. MUA ni citer dulu dia ada makeup kan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia advice model tu pakai tomato ice kat muka, kulit model tu licin sangat.
Petua tomato ice ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecik. Ok jom tengok cara buat tomato ice ni; . 1. Masukkan sebijik tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua. 2. Amik sebelah tomato yang dipotong tu pastu basuh sikit dengan air. Pastu baru golek golek tomato tu kat muka sampai tomato tu hancur. 3. Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh **Sehari boleh buat 2 kali. Try konsisten buat seminggu insyaAllah nampak beza nanti.☺️
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.