Bukan bakat biasa-biasa. Tahniah diucapkan buat dua beradik, Abdurrahman Ahmad Mu’az 14, dan adiknya, Heba Nusaybah yang videonya tular kerana mewakili Malaysia bagi acara memanah berkuda di Perancis.
Lebih manis lagi dua beradik itu diumumkan juara bagi kategori bawah 14, manakala adiknya, Heba Nusaybah pula naib juara untuk kategori bawah 12 pada pertandingan yang berlangsung di Gauchoux, Perancis pada 21 hingga 23 Ogos lalu.
Aksi dua beradik itu yang muncul ketika perarakan seterusnya muncul sebagai juara dan naib juara dalam pertandingan itu mendapat sorotan ramai.
Menurut perkongsian ibunya melalui akaun Tik Tok, Fathim Ridayu, dia dan dua anaknya, Abdurrahman Ahmad Mu’az serta Heba Nusaybah menggunakan simpanan sendiri termasuk sumbangan dari keluarga selain berusaha menjual kuih raya untuk ke Perancis.
“Ya tajaan sendiri, pergi bertiga sahaja dan sayalah ‘manager’ (pengurus), sayalah ‘coach’ (jurulatih) mereka. Datuk dan nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit untuk kumpul dana.
Ads
“Perancis kosnya amat-amatlah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat-sangat ke kejohanan di Eropah ini walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda kebanyakannya dari Perancis dan nak belajar dalam masa sama,” katanya.
Tambah Fathim Ridayu lagi, dia dan anak-anaknya hanya menaiki pengangkutan awam di sana kerana mahu berjimat. Biarpun payah namun semuanya berbaloi.
“Dari lapangan terbang Paris ke bandar Limoges naik bas lima jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik kereta api lagi sejam.
Ads
“Angkutlah beg semua tiga beranak. Lokasi pertandingan jauh dari bandar Paris. Jaraknya macam Kuala Lumpur dengan Perlis. Makan pun bawa ‘ready-to-eat food’ dari Malaysia. Punya nak berjimat.
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal (atas segalanya). Pengalaman yang mahal tapi berbaloi,” katanya.
Pertandingan itu disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.
Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahukan zuriat sendiri, tetapi itu semua atas rezeki masing-masing. Ada yang baru kahwin terus dikurniakan dengan rezeki anak dengan cepat, malah ada juga yang menunggu bertahun-tahun baru ada rezeki anak.
Bagi yang belum dikurniakan rezeki anak, mungkin belum tiba masanya, jangan mengalah untuk berusaha dan mencari sumber kebahagiaan lain sementara menanti cahaya mata sendiri.
Sama seperti pelakon dan pengacara Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin masih belum dikurniakan rezeki zuriat meskipun sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Melodi, Izzue berkata dia didatangi seorang wanita bertudung yang berani mati menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua serta ingin melahirkan anak.
Kata Izzue, 32, dia dan Awin terkedu dengan tindakan wanita tidak dikenali itu yang disangka hanya bergurau semata-mata.
“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.
“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okey nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.
“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu.” katanya.
Ditanya mengenai perasaan Awin, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan mengakui hati isterinya terguris namun tidak berlanjutan sehingga timbul pergaduhan.
“Tidak dinafikan memang beri kesan kepada kami tetapi tidaklah sampai huru hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu? Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe mengingatkan individu terbabit untuk menjaga perasaan isterinya sebelum berkata-kata.
“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam itu, tak elok! Awak perempuan.. bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang.” tambahnya.
“Ni Baru Jawapan KBAT Level Kanak-Kanak.” Ibu Terkejut Jawapan Anak, Makan Banyak Elak Jadi Mangsa Culik.
Lumrah bagi ibu ayah, bagi memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran, mereka akan memberi turut sama melihat ‘homework’ atau latihan yang disediakan oleh guru.
Pemantauan ibu ayah di rumah amat penting untuk memastikan anak-anak lebih memahami apa yang diajar di sekolah.
Namun siapa sangka, kejadian lucu yang dialami oleh seorang pengguna facebook, Netty Ah Hiyer apabilanya melihat jawapan latihan sekolah anaknya.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Puan Netty bersama anak-anaknya.
Dia berkongsi foto yang menunjukkan tulisan tangan anaknya yang menulis jawapan kepada persoalan jenayah penculikan banyak berlaku kepada kanak-kanak.
Malah anaknya yang dikenai sebagai Zarif tetap berbangga dengan jawapannya dengan yakin berkata kepada ibunya bahawa dia seorang yang bijak.
Begitulah kanak-kanak, apa yang terlintas di fikirannya itula yang akan tulis dengan telus dan ikhlas.
Perkongsian itu telah meraih perhatian ramai warganet yang terhibur dengan jawapan yang diberi.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
“Astaga ini anak. Ibu tak tahu nak gelak ke, nak marah ke, nak rembat dengan hanger ke, nak pengsan pastu sedar balik pengsan balik ke. Sebab tu macam dilema je bila dia kata, “adik ni bijak mak!”
JAWAPAN KBAT YANG HEBAT!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur gaya penulisan anak wanita berkenaan. Antara komen adalah seperti berikut.
“Ni baru jawapan KBAT level kanak-kanak.”
“Haha serius lawak. Akal panjang ni.”
“Betul jawapan dia tu sebab kalau budak berat susah penculik nak angkot.”
Sebelum ini umum tahu bahawa pelakon jelita, Fasha Sandha berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama suaminya. Di sana, antara doa yang dipohon adalah supaya dia dikurniakan cahaya mata lelaki.
Ujar Fasha, 39, keinginan untuk menimang cahaya mata lelaki itu juga merupakan hasrat yang diidamkan oleh suaminya, Aidil Aziz selepas dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun enam bulan.
“Ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, salah satu doa yang saya pohon adalah untuk mendapatkan zuriat lelaki. Sebab itu adalah permintaan suami untuk melengkapkan keluarga kami.
“Kalau ikutkan, suami sudah menyuarakan hasrat untuk anak kedua sejak tahun lalu lagi. Tapi saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama.
“Insya-Allah, kami akan berusaha untuk anak kedua pada tahun ini dan berharap dikurniakan seorang bayi lelaki,” katanya kepada media.
Dalam pada itu, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan turut melahirkan rasa syukur apabila dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa kali tertangguh.
“Alhamdulillah, saya berada di sana selama sembilan hari. Empat hari di Mekah dan lima hari di Madinah. Saya bersyukur dapat mendoakan yang baik-baik untuk semua orang.
“Saya sangat teruja dan bersyukur apabila hasrat mengerjakan umrah buat kali pertama akhirnya terlaksana lebih-lebih lagi ditemani suami,” katanya gembira.
Kongsi Fasha, sebelum ini dia sudah lama menyatakan hasrat mengerjakan umrah, namun tidak boleh melakukannya kerana syarat pada ketika itu memerlukan dia membawa seorang mahram.
“Ketika itu saya belum berkahwin lagi. Jadi antara syaratnya saya perlu diiringi dengan mahram untuk buat umrah. Selepas saya berkahwin, seluruh dunia diserang Covid-19 pula,” jelasnya.
Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Aidil pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram.