Nad Zainal Syukur Ekzema Anak Makin Pulih, Dedah Wajah Anak Sebelum Dan Selepas Rawatan.

Share

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat kulit anak bermasalah. Jika selama ini kulit anak bersih dan lembut, tetapi akibat masalah itu, mengakibatkan anak rasa tidak selesa.

Muat naik terbaru, pelakon Nad Zainal mengenai perkembangan anaknya yang mempunyai masalah ekzema telah meraih perhatian peminatnya.

Pelakon itu berkongsi dua foto menunjukkan perubahan kepada kulit anaknya setelah mendapat rawatan di sebuah klinik.

Katanya tujuan berkongsi gambar mengenai anaknya adalah hanya untuk memberi tahu perkembangan terkini anaknya.

Sebagai ibu sudah tentu Nad merasa gembira dengan perubahan positif anaknya. Katanya lagi, jika klinik itu serasai dengan anak, tidak perlu ke klinik lain.

 

“Gambar sebelum dapat rawatan dan selepas ke Klinik Jaya Tapah.. so tak perlu suggest klinik lain dah.. bertukar-tukar tangan dan doc.

“Cuma nak share perubahan positif sahaja mommies. tapi kalau nak share doc lain untuk mak mak lain boleh komen di bawah.. so far saya rasa happy dengan Klinik Jaya”

 

SEBELUM 

SELEPAS

KONGSI TIP PEMAKANAN

Katanya lagi berkongsi tip pemakanan kepada peminatnya, kena elak  makanan laut, kacang, telur dan ayam hingga 3 tahun.

 

 

PEMINIT PUN SETUJU

Dalam pada itu, melihat perkongsian Nad Zainal, para peminatnya juga berkongsi turut mempunyai anak ekzema. Ada yang berkongsi petua dan tip pemakanan. Malah ada juga menitipkan doa buat anaknya.

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

 atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN