Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat kulit anak bermasalah. Jika selama ini kulit anak bersih dan lembut, tetapi akibat masalah itu, mengakibatkan anak rasa tidak selesa.
Muat naik terbaru, pelakon Nad Zainal mengenai perkembangan anaknya yang mempunyai masalah ekzema telah meraih perhatian peminatnya.
Pelakon itu berkongsi dua foto menunjukkan perubahan kepada kulit anaknya setelah mendapat rawatan di sebuah klinik.
Katanya tujuan berkongsi gambar mengenai anaknya adalah hanya untuk memberi tahu perkembangan terkini anaknya.
Sebagai ibu sudah tentu Nad merasa gembira dengan perubahan positif anaknya. Katanya lagi, jika klinik itu serasai dengan anak, tidak perlu ke klinik lain.
“Gambar sebelum dapat rawatan dan selepas ke Klinik Jaya Tapah.. so tak perlu suggest klinik lain dah.. bertukar-tukar tangan dan doc.
“Cuma nak share perubahan positif sahaja mommies. tapi kalau nak share doc lain untuk mak mak lain boleh komen di bawah.. so far saya rasa happy dengan Klinik Jaya”
SEBELUM
Ads
SELEPAS
KONGSI TIP PEMAKANAN
Katanya lagi berkongsi tip pemakanan kepada peminatnya, kena elak makanan laut, kacang, telur dan ayam hingga 3 tahun.
Dalam pada itu, melihat perkongsian Nad Zainal, para peminatnya juga berkongsi turut mempunyai anak ekzema. Ada yang berkongsi petua dan tip pemakanan. Malah ada juga menitipkan doa buat anaknya.
Bulan Ramadan akan bermula esok dengan jamuan berbuka puasa bersama keluarga selain solat Tarawih secara berjemaah di rumah setelah wabak Covid-19 masih belum berakhir.
Inilah masa mengadakan pahala solat terawih berjemaah, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga.
Ikuti pandangan menerusi FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai solat terawih di rumah dengan lanjut.
HUKUM MELAKSANAKAN SOLAT TARAWIH DI RUMAH BERSAMA KELUARGA
Soalan:
Assalamu’alaikum, memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, minta pihak tuan jelaskan berkenaan hukum mendirikan solat sunat tarawih di rumah. Terima kasih.
Jawapan :
Sebagai kesimpulan, kami akhiri kenyataan kami ini dengan beberapa noktah yang berikut :
• Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah. Ini lebih utama dengan mengambil kira suasana Perintah Kawalan Pergerakan pada waktu ini.
• Berkenaan dengan tatacara pelaksanaan solat tarawih di rumah pula, kami nyatakan seperti berikut :
• Waktu untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isya’ selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar.
BACAAN SOLAT
• Solat dipimpin oleh seorang lelaki dewasa, sama ada ayah atau anak-anak lelaki. Bacaan di dalam solat adalah dengan membaca mana-mana surah yang mudah dan juga bacaan surah yang dihafal. Meskipun begitu, jika imam ingin membaca bacaan Al-Quran di dalam solat tarawih dengan melihat mushaf di hadapan, kami berpendapat hukumnya adalah harus seperti yang telah kami jelaskan secara panjang lebar dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-303: Hukum Melihat Mushaf Al-Qur’an Ketika Solat yang boleh dibaca di pautan berikut https://bit.ly/2VpSrGV
• Boleh untuk memilih sama ada hendak melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat mahupun 20 rakaat iaitu dipisahkan setiap dua rakaat dengan satu salam. Dalam masa yang sama, keadaan dan kemampuan keluarga hendaklah diraikan dalam hal ini.
SOLAT WITIR
• Kemudian setelah selesai solat tarawih secara berjamaah, dirikan lah juga solat witir secara berjemaah. Mengenai tatacara pelaksanannya, rujuk artikel kami Al-Kafi #1393 : Tatacara Solat Witir Yang Afdhal yang boleh dibaca menerusi pautan berikut https://bit.ly/3cForML
Tidak dinafikan harga durian sejak akhir-akhirnya di lihat agak murah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun pembelinya kurang. Situasi ini membimbangkan para penjual durian.
Jika dahulu sekitar 70an hingga 80an, kebanyakkan durian di jual secara longgok. Namun sekitar 10 tahun durian di jual dalam bentuk timbang kilogram. Ia membuatkan durian ramai tidak mampu membeli durian mengikut timbang kilo.
Akibatnya ramai yang kurang membeli raja buah ini. Malah kesannya akibat kenaikkan harga, ia membuatkan generasi muda sekarang kurang menggemari durian hingga menjejaskan buah ini dipasaran.
Inilah yang dikongsilah oleh seorang pensyarah, Ahmad Sahir Jais mengenai kesan dan akibat harga durian yang melampau tinggi.
Katanya lagi, kini kesannya sudah mula terasa apabila lambakan durian pada harga murah pun tetap tidak mempunyai permintaan.
Jom kita lihat kronologi yang dijelaskan oleh pensyarah ini.
Kesan dan Akibat. sekitar 10 tahun yang lepas. durian mula dijual dengan menggunakan timbangan Kilogram. Durian kampung, durian kahwin dan durian baka baharu.
Kesan dari ni, harga purata bagi sebiji durian naik mendadak. Kesan dari ini juga menjadikan durian semakin mahal bergantung pada varieti.
Keupayaan untuk membeli berkurangan, dan durian bukan lagi keutamaan dalam pembelian dalam sesebuah keluarga. durian menjadi makanan kategori mewah, bukan lagi dianggap marhaen.
Ketua keluarga tidak lagi membeli, menyebabkan generasi muda dalam keluarga semakin tidak menggemari rasa durian. 10 tahun kemudian…
Bersembang dengan penjual durian semalam… ” durian banyak bang.. harga dah semakin murah.. tapi tak ada pembeli.. saya buka satu kepala RM 20 – makan sampai puas pun, tak berapa yang nak datang makan… saya jual saiz satu guni baja dengan harga RM 50 pun, tak berapa memberansangkan jualan nya.. yang datang makan dan beli pun banyak yang dah berusia dah tua, yang muda2 nie dah tak minat makan durian… tak macam zaman kita dulu2…”
Dengan membuatkan harga durian lebih mahal, dengan unit timbangan yang tidak masuk akal, kita telah membuatkan satu generasi tidak minat untuk menggemari durian. jika di ulang kitaran ini… apa yang akan terjadi pada masa depan?
Dalam pada itu posting yang berbeza, dia juga menjelaskan ia daripada pengalamannya sendiri. Harga durian yang mahal membuatkan dia jarang membeli buah durian. Kesannya anak-anaknya kurang berminat terhadap buah itu.
Tak Konsisten Beli, Anak Tak Minat Durian
Terima kasih pada yang tag nama saya 2/3 hari nie. Mmg itu adalah nukilan dari FB post saya.
Ianya ditulis dari hati, berdasarkan pemerhatian terus, temu bual dan deduksi kepada apa yang saya temui.
Case in point… Saya ada dua orang anak remaja. 18 dan 15 tahun. Saya berhenti dan kurang membeli durian, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Harga di luar dari kemampuan kami sekeluarga.
Jika beli pun, sekadar untuk melepas kan keinginan… Dan biasa nya, produk siap proses seperti aiskrim, pastry atau kek yang kami beli.. bukan durian segar. Hari ini, anak yang sulong, lansung tidak menggemari durian.. malah bau pun tak boleh.
Anak yang kedua, boleh makan, tapi sekadar seulas dua.. dan cukup. Saya lihat balik kenapa.. mungkin dalam tempoh mereka membesar… Durian itu menjadi semakin asing kepada deria rasa mereka.
Dan…. pengaruh ibubapa, citarasa, kemampuan, akses kepada bahan makanan oleh sesebuah keluarga mencorak kan sikap dan penerimaan makanan anak2 pada masa hadapan.
Bukti sudah ada di depan mata… Apabila ibubapa tidak memberikan pendedahan awal dan konsisten, maka makanan tersebut akan turut sama lenyap ditelan zaman…
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan bermula 13 Januari yang lalu sehingga 26 Januari ini. Ini menyebabkan persekolahan ditangguhkan dan ibu bapa terpaksa berperanan menjadi ‘cikgu’ di rumah sepanjang sekolah ditutup.
Pelbagai gelagat dan akrenah anak-anak dapat dilihat ketika ini, terutama bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan situasi begini. Bagus juga kan barulah mereka tahu tahap pencapaian anak-anak. Waktu inilah ibu bapa terpaksa menunjukkan segala kemahiran yang ada untuk mengajar anak-anak dirumah.
Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Ketua UMNO bahagian Rembau Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat dilihat mengambil peluang mengajar cucu kesayangannya matematik. Perkongsian Tok Mat itu disertai dengan dua keping gambar nyata mencuri perhatian warganet.
Rata-rata memuji Tok Mat yang rajin meluangkan masa melayan cucunya, tak kurang yang mengatakan wajahnya yang nampak garang dengan misai tetapi sangat prihatin dan rapat dengan cucunya.
Sebelum ini Tok juga ada berkongsi gambar cucunya yang baru dilahirkan. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun keprihatinan dan kasih sayang seorang datuk kepada cucunya jelas terpancar pada diri Tok Mat.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...