Bermacam luahan yang diterima daripada ibu bapa tentang masalah anak yang malas belajar. Masalah ini terjadi bukan sahaja kepada anak yang bersekolah rendah, tetapi juga yang sudah pun memasuki persekolahan menengah. Ibu bapa yang melalui situasi begini tentunya sering jadi stress, bukan?
Antara punca anak malas belajar ialah:
Ads
Sebelah pihak sahaja yang mengambil berat tentang aktiviti seharian anak. Jika si ibu suka berleter di rumah tentang rekod pencapaian akademik anak, si bapa pula sibuk lepak dengan kawan-kawannya di kedai kopi.
Jangan lakukan perbandingan tahap pencapaian akademik anak dengan adik-beradiknya yang lain. Hal ini akan menyebabkan anak semakin lama semakin malas untuk mengubah tahap prestasi dirinya dan mungkin juga akan benci untuk belajar lagi.
Jangan benarkan anak bermain dan menonton televisyen dalam tempoh yang lama, termasuk menggunakan komputer riba atau telefon bimbit.
Cepat marah dan melenting apabila anak melakukan kesilapan. Jika ini sering berlaku ketika ibu bapa sedang mengajar anak tentang sesuatu topik pembelajaran, anak tentunya tidak akan dapat fokus dan hanya akan rasa takut sepanjang belajar.
Teragak-agak membelikan anak buku yang disukainya di kedai buku, sedangkan si ibu tidak kisah membeli banyak novel cinta kesukaannya.
Sering memberi ugutan dan membuat hukuman untuk merotan anak setiap kali anak melakukan kesalahan dalam membuat latihan akademiknya.
Anak mungkin tidak minat akademik, tetapi cenderung kepada sukan atau kemahiran tertentu.
Kerja sekolah yang diterima anak terlalu banyak dan ibu bapa pula sering mengelak memberi alasan untuk tidak membantu anak menyiapkan kerja sekolahnya.
Anak mungkin mengalami masalah penglihatan atau pendengaran.
Antara cara atasi masalah anak malas belajar ialah:
Ads
Luangkan masa dengan anak ketika anak sedang membaca buku. Jangan melakukan kerja lain, sebaliknya membacalah sesuatu pada masa yang sama.
Sentiasa bersabar ketika mengajar anak. Jangan mudah melenting setiap kali anak melakukan sebarang kesilapan. Jangan maki anak atas kelemahannya dalam sesuatu subjek.
Cipta suasana belajar yang menyeronokkan. Jangan mengajar anak dengan memberi ugutan untuk menimbulkan ketakutan kepada anak supaya anak belajar.
Lindungi anak daripada sesuatu yang boleh menyebabkan fokusnya terganggu. Sebagai contohnya, jika si anak seorang yang fanatik game, jauhkan gajet daripada tangan anak dan hanya memberikan peluang untuknya bermain game selepas tamat waktu belajar.
Rewardanak berdasarkan tahap pencapaiannya. Jika anak pertama mendapat markah tertinggi dan anak kedua mendapat markah rendah, reward anak pertama mungkin lebih. Jelaskan kepada anak kedua sebabnya dan nasihat anak itu untuk berusaha lagi pada masa akan datang. Ini lebih baik daripada ibu bapa membuat perbandingan tahap pencapaian akademik anak dengan adik-beradiknya yang lain.
Jangan remehkan kelebihan anak. Berikan sokongan dan bantu anak dengan memberikan tunjuk ajar walaupun sedikit. Reaksi positif daripada ibu bapa tentunya akan menjadikan anak lebih bersemangat untuk belajar.
Jangan mengambil-alih menyiapkan kerja sekolah anak, walaupun banyak. Kasih sayang yang ditunjukkan harus berpada-pada. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah duduk bersama dan memberikan tunjuk ajar sahaja ketika anak menyiapkan kerja sekolahnya.
Perkenalkan anak tentang individu-individu yang telah berjaya yang boleh menjadi contoh ikutannya. Ibu bapa perlu bijak dalam memilih contoh ikutan yang seterusnya boleh menjadi idola anak sebagai perangsang untuk anak mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
4 Artis Ini Terus Istiqomah Hayati Agama Islam, Peminat Titip Doa
Manusia amat dituntut melakukan perubahan dalam kehidupan iaitu berubah daripada keadaan tidak baik kepada keadaan yang baik.
Firman Allah SWT: “Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Al-Anbiya’: 1)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lantaran itu, kita pastinya akan melakukan muraqabah dan muhasabah diri untuk menjadi hamba muslim yang lebih baik.
Begitu juga dengan beberapa selebriti yang melakukan penghijrahan buat diri dengan mendekatkan diri dengan agama Islam.
Nyata hidup tidak selama-lamanya lalai dengan tuntutan agama. Kehidupan mereka berubah demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Antara nama besar yang dilihat mendalami agama Islam Nabil Ahmad, Saharul Ridzwan, Lisa Surihani dan Mizz Nina. Sehingga kini mereka terus istiqomah mendalami agama Islam. Kesungguhan mereka mendapat pujian dan titipan doa daripada peminat.
Sebelum ini pada ketika usia 37 tahun, pengacara dan penyampai radio ini memberi tahu baru mengetahui wujudnya suasana beribadah seperti tahajud, qiamullail dan lain-lain lagi. Ini dinyatakan setelah dia menyertai menyertai tabligh. Malah isterinya juga turut berhijab setelah dia mendalami agama Islam. Siapa sangka selama ini Nabil telah mewakafkan van jenazah untuk kegunaan kariah Mambau Negeri Sembilan.
BINA SURAU DI RUMAH
Semoga Nabil dan keluarga dapat beribadah dengan tenang menghabiskan usia tua dengan ibadah.
Pelakon, Shahrul Ridzwan yang terkenal dengan watak romantik kini dilihat tidak aktif dalam dunia seni setelah melakukan penghijrahan. Dia lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh. Pelakon Tercipta Satu Ikatan memberi tahu dirinya masih dalam proses mendalami ilmu agama dan berharap penganut Islam lain juga dapat memimpin keluarga mereka dengan kesedaran tentang agama. Selain itu, penampilan dirinya juga dilihat berubah apabila kerap memakai jubah dan berkopiah.
Siapa yang tidak mengenali isteri kepada pengarah terkenal Datuk. Yusry KRU, Datin Lisa Surihani yang kini sering menyertai majlis ilmu dan pengacara berkaitan agama Islam. Dia yang kini tidak lagi aktif berlakon sering meraih perhatian peminatnya apabila muncul tanpa secalit solekan. Istiqomahnya dalam mendalami agama membuatkan peminat memujinya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, merupakan penyanyi yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan setelah berhijab. Bahkan, dia juga melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengajian Islam secara atas talian, Dalam pada itu, dia juga berkecimpung dalam bidang perniagaan fesyen muslimah dan program keagamaan.
DIUNDANG KONGSI KISAH HIDUP SETELAH MELAKUKAN PENGHIJRAHAN
Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.
Menurut DrSurayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.
Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.
Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.
Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.
Manakala bagi perspektif ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Perspektif mana yang relevan?
Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.
KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).
Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.
Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.
Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.
Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.
Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?
Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.
Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani. Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Apa itu home activity
Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah.Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.
Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.
Contoh home activity yang boleh dijalankan:
Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.
Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah yang kemas dan teratur membuatkan penghuninya berasa tenang dan selesa. Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Bagaimanapun sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas. Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas dan tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stres.
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot.
– tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan
– mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya
– kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat
– kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR
– stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya.
– jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi.
– ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi.
– cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi.
– contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’
-bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti.
– jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’.
– boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA
– anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka.
– mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri.
– latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA
– mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa.
-jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil.
-jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula.
– galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU
-kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain.
– jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll
– ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN
– kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat.
– jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain.
– sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah.
– cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga.
– alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran.
-para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA
-paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak.
– kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga.
-contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah. Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah.
-ajak anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah.
Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.