Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkongsi saranan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di instagram miliknya agar memandang serius kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mingkin tidak sesuai.
Ini berikutan ayahnya yang mula mengalami gajala muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19.
“Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi stroke di bahagian yang sensitif di kepala.
“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,”katanya meluahkan rasa di Instagram miliknya semalam (Isnin)
Bercerita lanjut, Mohd Asri berkata ramai juga yang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.
“Kebetulan minggu sebelum itu ada anak seorang sahabat meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga. Beliau sebelum itu sihat. Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci. Mereka hanya kata “lepas vaksin nombor 3, tak pasai pasai dia sakit, lepas tu meninggal”. Mungkin juga ada punca lain,” jelasnya lagi.
Selain itu beliau turut berkongsi cerita mengenai seorang bakal ahli jamaah umrah beliau yang ambil dos penggalak sebagai syarat umrah, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal.
“Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan? Kena kajian pakar.
“Apapun, pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga Allah merahmati kita semua,” pintanya.
Nak bahagia rumahtangga itu ada pelbagai cara untuk dilakukan oleh setiap pasangan. Salah satunya membuat kejutan sempena hari ulang tahun buat pasangan.
Begitu juga dengan pelakon Diana Rafar yang berhasrat membuat kejutan buat suaminya, pelakon Zamarul Hisham.
Namun apa yang mencuit hati, para warganet apabila kejutan yang dirancang tidak menjadi apabila Zamarul mengetahui perancangan isterinya.
Diana juga menitipkan doa buat suaminya agar sentiasa dilindungiNya.
__________________________________
KEJUTAN TAK JADI TAPI SWEET!
Tau lah dia pelakon. Memang pandai baca bila orang nak menipu.. penat kita rancang kita yang terkejut tiba-tiba dia tau, dia siap nyanyi happy birthday dari luar gate.
Anyway papa we love u more and forever ramai syg dia. Moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat, sihat selamat berjaya dan paling penting dapat keberkatan dalam apa pun di dunia dan akhirat.
Amin ya Allah amin. Doakan dia ya @zamarulhisham93
Beruntunglah mereka yang terpilih untuk diuji kerana itulah permulaan dalam melatih diri sama ada reda atau sebaliknya.
Bagi pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek yang diuji dengan Kanser Limfoma, namun ia tidak pernah sedikit pun menghentikan kerja-kerja dakwah beliau. Sebaliknya Ustaz Hanafiah tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.
Dalam satu perkongsian di akaun TikTok @syhdakml, Ustaz Hanafiah Abd Malek hanya mengucap Alhamdulillah apabila diberitahu doktor yang dia menghidap penyakit kanser.
“Bila doktor bagitahu saya kena kanser, saya sebut Alhamdulillah.
“Terima kasih Allah dalam juta-juta orang dalam dunia, kau pilih aku kena kanser, Alhamdulillah.
“Pada saya kanser tak ada apa-apa, ia hanya hadiah daripada Allah.
“Hadiah daripada Allah kadang-kadang Allah bungkus dengan bungkusan yang dipanggil musibah.
Ustaz Hanafiah juga pernah berkongsi beberapa tip mengenai pemakanan buat pesakit kanser.
“Saya ada menyertai satu program untuk pesakit kanser bersama Dr Yasmin. Di dalam program tersebut dia menerangkan tentang rawatan kanser dan alhamdulillah dia banyak beri pendekatan berbeza berbanding doktor lain.
“Setiap pagi kena makan dan elakkan perut kosong. Kena makan buah dahulu kemudian barulah makan makanan lain. Dr Yasmin cakap, untuk elak kanser kena minum benda masam seperti lemon atau epal pada waktu pagi. Selain itu, bawang putih jangan dikisar kerana akan hilang khasiat. Ketuk dan masukkan dalam setiap masakan. Selain itu, serai, daun saderi juga bermanfaat.
“Bagi yang suka minum kopi, kena ambil minuman ini awal pagi kemudian baru makan. Jika kopi diambil selepas makan, segala khasiat akan hilang. Selepas makan, elok minum air putih yang diletak lemon. Nenas juga baik untuk mereka yang menghidap kanser yang membabitkan kanser tekak.
Kanser juga boleh berlaku pada kanak-kanak disebabkan oleh makanan segera seperti maggi, ramen dan sebagainya. Ada juga yang baru berumur 1 tahun 4 bulan sudah menghidap. Kanser banyak datang dari gula, jadi elakkan beri gula-gula pada anak-anak.
“Selain itu, nasi lemak bagus untuk kesihatan cuma tak digalakkan dengan sotong atau kerang, sebaliknya makan nasi kosong sahaja. Bgai yang suka makan nasi putih, sebaiknya selepas makan minum lemon segelas.
“Selain itu, galakkan minum air suam dan air mentah atau mineral water perlu di masak terlebih dahulu. Dr Yasmin cakap untuk pesakit kanser elakkan masak di dapur. Jika ada pasangan ada kanser tak perlu minta mereka masak, biarkan mereka berehat.
“Pastikan jaga makan, elak makanan mentah, sayur kena celur terlebih dahulu untuk membunuh kuman. Jika masak ikan jangan goreng terlalu deep fry. lebih baik direbus atau stim.
Ustaz Hanafiah menganggap penyakit tersebut sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi.
“Alhamdulillah saya semakin sihat dan semangat untuk berdakwah dan teruskan kehidupan. Saya mahu betulkan dan didik anak-anak saya untuk jadi pendakwah.
“Saya sibukkan diri ke sana ke sini untuk membantu menaikkan semangat mereka yang melihat diri saya supaya jangan putus asa dan teruskan.
“Saya malu kalau diri mati dalam keadaan terbaring atas katil. Biarlah Allah pilih saya mati ketika berdakwah. Ini adalah pandangan saya mahu kongsikan dengan orang ramai.
“Sebenarnya paling utama untuk pesakit kanser adalah bersangka baik pada Allah. Dalam ceramah saya tekankan hal ini kerana Allah beri kanser, adakah Dia sedang beri saya satu tiket ke syurga? Tetapi nak jadi ahli syurga bukan sahaja kena sabar tapi syukur. Nak jadi ahli syurga kena banyak bersyukur.
Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.
Syukur
“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”
Jangan Stress
“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”
Never Give-up! Allah kan Ada
Buku yang merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati.
Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Baru-baru ini, kisah seorang pemuda yang terserempak dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sedang berjalan kaki seorang diri pada waktu malam telah tular di aplikasi TikTok.
Kanak-kanak lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari asrama dan sanggup berjalan kaki lebih dari 10 km untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Rawang, Selangor.
Menerusi hantaran yang dikongsikan @aboyhakimi, kanak-kanak berkenaan dijumpai di tepi highway Sri Gombak pada jam 10 malam dalam keadaan sugul.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan bersekolah di Taman Melawati dan melarikan diri dari asrama tanpa pengetahuan gurunya.
“Aku jumpa budak ni jalan kaki kat atas highway. Haih, jalan besar dia jalan kaki,”ujar aboyhakimi.
Apabila ditanya, kanak-kanak berkenaan memberitahu punca dia melarikan diri dari asrama adalah kerana tiada seorang pun yang menyukai dirinya.
“Semua orang tak suka,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Apa yang mengejutkan, apabila ditanya di mana rumahnya? Kanak-kanak ini mengatakan yang rumahnya terletak di Rawang dan dia sudah pun berjalan lebih 10 km untuk pulang ke sana.
“Rumah kat Rawang, jauh dik kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar nanti macam mana? Nasib baik abang jumpa,”ujarnya.
Akhirnya lelaki berkenaan bertindak untuk membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis. Tindakan ini adalah sewajarnya kerana bimbang keselamatan kanak-kanak tersebut akan membuat sesuatu yang tidak wajar akibat depresi.
“Last sekali aku bawa pergi ke balai Gombak sebab tak tahu rumah kat mana.
“Kita takut jadi lain, jadi bawa ke balai,”tulisnya.
Lelaki berkenaan berharap agar selepas ini para guru lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak murid terutama yang berada di asrama supaya perkara seperti ini tidak berulang.
Anak-anak bukan sumber 'income' ibu bapa masa tua, anak bukan hidup untuk ibu bapa. Di dalam budaya masyarakat kita, terdapat tanggapan bahawa anak-anak akan menjadi sumber kewangan atau 'income' bagi ibu bapa apabila mereka tua.