Zaman sekarang anak-anak lebih terdidik ke arah penggunaan gajet. Kerana itu, jika ditanya pada anak-anak tentang permainan orang zaman dahulu pasti dahi berkerut atau terpinga-pinga.
Belum bab menangkap ikan di sawah, cari ikan laga, dan banyak lagi. Apa lagi jika melibatkan kerja kampung seperti bersawah dan sebagainya.
Namun berbeza dengan pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu bila mana buat pertama kalinya membawa isteri dan anak-anak berkubang di dalam sawah.
Menerusi catatannya di laman instagram, Shuib memberitahu itulah kali pertama mereka sekeluarga menanam padi.
Alhamdulillah selesai utk harini..Buat pertama kali wais,talita,matin pijak sawah.
Inilah yang kita panggil moment, tambahnya lagi di dalam kapsen.
Nyata satu keluarga ini nampak seronok dan teruja melakukan kerja kampung walaupun tubuh diselaputi lumpur. Bukan mudah nak tengok selebriti kita mandi selut kan. Penulis pula teruja nak join sama:)
Peminat pasangan ini turut teruja dan memuji akan sikap sporting mereka yang bukan sahaja sanggup bermandikan selut malah tak kisah berpanas demi belajar benda baru.
pabloamirulYes .. family goal and role model! Asal usul jangan di lupakan baru tradisi kekal sepanjang hayat! Way to go boh @shuibsepahtu
chientachandooriBagus sgt shuib nih. Die bawak anak2 dgn isteri ke dunia die. Alhamdulillah. Suami yg baik akan dapat isteri yg baik. Semoga kalian selalu dlm rahmat Allah swt.
Awet muda betul keluarga Ngasri, anak beranak macam tak ‘makan’ tua. Setiap kali kemunculan ahli keluarga Ngasri, pasti ramai yang cemburu dengan penampilan mereka yang seakan langsung tak dimamah usia.
Terbaharu melalui satu perkongsian video Bell Ngasri bersama adik beradiknya yang dikongsikan oleh abangnya, Naszeli. Ramai warga maya memuji penampilan keluarga ini. Dalam video itu juga kelihatan bapa mereka, Ngasri Sain. Ramai warga maya memuji keluarga ini yang kelihatan masih sama seperti dulu, tidak begitu dimamah usia.
Ngasri Sain sendiri pun sudah berusia 74 tahun namun tetap nampak muda. Wajah dan fizikalnya seakan mencerminkan lelaki yang sudah berusia 74 tahun. Penampilannya jauh lebih muda daripada usianya yang sebenar.
Tidak terkecuali juga dengan abang Bell, Naszeli Ngasri, kelihatan muda walaupun kini sudah mempunyai cucu. Maka tidak hairanlah Bell, Anne dan Darling juga memiliki wajah yang awet muda.
Bell merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Adik beradik Bell terdiri daripada Nasliza Ngasri (kakak), Naszeli Ngasri (abang), Nasreen Ngasri atau Darling (adik), Naszriah Ngasri atau Anne (adik), Nassuhada Ngasri (adik).
Ramai warga maya beranggapan genetik keluarga ini yang membuatkan mereka tidak kelihatan dimamah usia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memuji dan tidak kurangnya sedikit cemburu dengan anak beranak ini.
Selain menukar perabot baharu atau langsir baharu, mengecat juga adalah satu cara paling mudah untuk lakukan perubahan mood pada ruang kediaman keluarga kita.
Bahkan cara ini juga tidaklah perlukan kos yang besar. Apatah lagi jika menggunakan trik yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Bayangkan untuk mengecat ruang living room, dapur, tiga bilik tidur dan 2 bilik air di kediaman apartmen, dia hanya berbelanja RM 131sahaja!
Bagaimana dia boleh lakukan itu, jom ketahui method yang digunakan olehnya.
CARA JIMAT DUIT UTK CAT RUMAH ANGPA..
1. Beli cat sendiri.. fahami jenis cat, dan karekter dia.. Cat pilihan aku ialah Nippon Matex Maxi White.. Aku beli Nippon Matex Maxi White 18liter pada harga 68ringgit.. Dan aku beli 1 liter Nippon Easy Wash berwarna grey pekat (seakan hitam) pada harga 28ringgit.. Kalau angpa tak suka Nippon, angpa boleh pakai Jotun Jotaplas.. Ni dua jenis cat mmg rival.. Geng kontraktor suka pakai dua jenis ni, murah dan elok.. Tapi jgn tanya aku pasal jenama lain, aku tak biasa dgn jenama lain.
Sambung balik.. Aku bancuh kedua dua cat tu, then dpt warna LIGHT GREY (rujuk gambar pertama).
Berbeza kalau aku beli cat ikut code warna terus.. even kalau pakai Matex pun, 5Liter dah jejak around 70ringgit.. So aku dpt jimat byk..
Aku habis 96ringgit dgn cara bancuh sendiri, berbanding habis 280ringgit utk dpt kuantiti cat yg sama iaitu 18liter..
Kekurangannya ialah angpa mungkin tak dpt code warna yg diinginkan..
Jadi aku sarankan kalau nak guna cara ni, angpa boleh try bancuh sikit sikit.. Tp sebolehnya campur ikut kuantiti..
Contoh, aku kira aku campur 1liter:18liter. Jadi pada masa hadapan jika aku nak beli cat yg warna sama, aku akan bancuh guna nisbah yg sama utk dpt warna yg sama..
Aku dah pakai method ni bertahun tahun.. alhamdulillah takde issue cat tertanggal atau cat pudar etc….
(Total kerugian utk cat ialah 96.00ringgit.. )
2. Beli peralatan cat, iaitu satu berus kecil dan roller brush.. Pemilihan roller brush juga penting.. aku sarankan beli dua jenis roller brush yg berbeza Nap atau Thickness wool dia..
Contoh, aku beli 1 roller brush 3/8″ nap yg aku guna utk first layer dan 3/16″ utk final layer yg memberi efek smooth surface, Aku pilih dua jenis brush ni sebab aku nak cat interior sahaja..
Kalau cat Exterior guna Nippon Weatherbond dgn surface dinding luar yg kasar, aku akan guna roller brush jenis 3/4″ nap..
Ketebalan bulu tu ada beza kegunaan dia ya.. Angpa akan nampak beza kalau angpa dah start mengecat..
Jenis tebal, akan simpan byk cat jadi angpa tak payah nak ulang alik celup cat.. Jimat tenaga kat situ..
Then angpa pakai roller brush nipis utk hasilkan kesan rata dan cantik..
Total kos ialah RM4 utk sintetik brush, dan rm14 utk dua unit roller brush, dan RM7 utk Roller Brush holder.. Utk hasilkan kesan line yg kemas dan cantik, aku beli masking tape.. Kat kedai duaringgit ada masking tape murah.. aku pakai yang tu.. Kuantiti Masking tape, depend kat angpa lah. Dalam.kes aki, aku beli 5 bijik masking tape dgn harga seunit ialah 2ringgit..
Thinner? Aku tak pakai thinner utk bersihkan cat yg tumpah, sebaliknya aku guna towel basah dah alas utk meminimakan tumpahan atau menitik tu.. Nippon Matex yg aku pakai adalah cat water based.. senang hilang.. dont worry.
(Total kerugian peralatan ialah 35ringgit..)
3. Aku cat sendiri.. Kat sini aku dpt jimat 800ringgit sebab kos panggil tukang cat biasa sekitar 800ringgit utk rumah apartment, dan kalau rumah teres jejak 2500ringgit utk kerja cat luar dan dalam..
(Total kos, zero..)
Jadi.. aku hanya perlukan 131ringgit utk cat rumah apartment aku, termasuk living room, dapur, tiga bilik tidur dan 2 bilik air..
Walaupun tak berkualiti tinggi mcm cat yg guna total easy wash paint, tp at least aku dpt cat rumah pada harga yg ok, dgn kualiti yg pada aku secara personalnya ok.. Cantik pada mata aku..
Tips: Ada cara angpa nak timbulkan suasana rumah tu sama ada besar memanjang atau besar melebar dgn hanya menggunakan cat.. rujuk gambar keempat..
Edit:
Ada sahabat yg mmg jual cat iaitu Fuad Norazizol cakap, instead of guna first grade paint mcm nippon easy wash tu, boleh je downgrade guna second grade paint mcm nippon matex gold.. atau kalau lg power, boleh beli colourant atau dye sahaja.. lagi jimat.. apapun terpulang pada plan masing masing.. semoga kerja angpa semua dipermudahkan.. .. BTW kalau nak cari cat di area Kota Bharu, boleh roger Fuad..
SELAMAT HARI RAYA..
JANGAN SEDIH SEDIH RAYA SORG SORG..
Bila lihat anak bujang atau anak dara kita semakin dewasa tentunya tidak lama lagi pasti akan tiba masanya untuk mereka pula berkahwin. Dan ketika itu, wang hantaran yang perlu diadakan pastinya banyak jumlahnya.
Namun alangkah ruginya kiranya wang tersebut habis begitu sahaja semata-mata untuk menampong kos majlis gilang gemilang. Jadi apa kata kita ubah corak penggunaan wang hantaran tersebut dengan cara yang lebih memberi manfaat untuk anak-anak kita agar dapat memulakan hidup sebagai suami isteri menjadi lebih terancang dan selesa.
Bagaimana caranya itu, hadam betul-betul perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini, moga bermanfaat.
#TabungKahwin
1. Kita ada satu budaya kahwin, habiskan duit hantaran yang diterima. Ia tiada dalam amalan agama sebenarnya.
2. Duit kenduri harusnya dari ibubapa pengantin sendiri, kenduri atas rasa syukur anak kita bakal dilamar dan jadi raja sehari.
“Ada sikit buat sikit, ada banyak buat banyak. Ikut kemampuan kita”.
3. Selepas kahwin kehidupan lebih mencabar. Jadilah ibu bijak seperti Puan Linda Rahman ini. Ketika orang mintak duit dari kita, kita sediakan panduan atau syarat nak buat apa.
Kita juga ada hak kerana ia duit kita. Jangan nak habiskan begitu saja.
4. Runding secara baik dan bijaksana, santuni rombongan meminang kita dan nyatakan apa yang kita akan buat dengan duit itu.
“Jika dapat duit itu, dijadikan deposit rumah pertama buat mereka. Mereka juga dapat rumah lepas kahwin nanti.”.
“Hantaran ini kami beri dalam bentuk dinar emas, agar lebih terjaga nilainya”.
“Anak saya dah beli rumah, cadangnya nak dijadikan hantaran nanti rumah ini.”.
” Kenduri nie kita buat kecil sahaja, lebih duit nanti untuk mereka mula hidup nantinya”.
“Barang hantaran kita beli mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi sebab semua tu nak guna nanti”.
5. Jadi ibubapa yang bijak urus perkahwinan anak kita.
Kahwin itu sekali, biarlah kekal abadi. Bukan meriah, tetapi merempat susah.
Pernikahan tidak saja berisi pelukan tapi juga perkelahian, jika tiada wang.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.