Berdepan dengan masalah tonsil bengkak tentunya menyakitkan dan adakah perlu hingga dibedah?
Menjawab persoalan ini, wajar kita dengar apa kata doktor pakar ini bila berkongsi tentang salah satu kisah seorang pesakitnya. Jom semak.
Ketika itu ada sangat ramai pesakit. Kami yang menyambut kehadiran para pesakit ini pun jadi tak senang duduk. Kalau lambat buat kerja, lebih lama pesakit di luar menunggu.
Seorang ibu muda masuk ke bilik saya. Wajahnya kusut. Risau teramat sangat. Bersama beliau ada seorang anak kecil, usia sekitar tiga tahun. Comel, periang dan aktif.
“Anak saya ini selalu sangat demam doktor, bila jumpa doktor kat luar, mereka minta datang ke ENT. Tonsilnya besar. Saya nak dia buat operation, doktor,”
Saya dengar semua rintihan dan keluhan wanita ini. Ya, ibu mana tidak bimbang jika ada anak yang selalu jatuh sakit.
Pemeriksaan tekak, telinga, hidung dan lain-lain sistem saya lakukan dengan terperinci. Panjang lebar cerita tentang anak ini saya peroleh.
Beliau ini sebenarnya tidak perlu pun dibedah. Mengapa?
Saya senaraikan beberapa sebab yang memerlukan pembedahan membuang tonsil atau juga dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ :
1. Terlalu kerap alami sakit tekak dan disertai dengan demam. Melebihi tujuh kali dalam setahun. Lima kali setahun selama dua tahun berturut-turut. Atau tiga kali setahun selama tiga tahun berturut-turut.
2. Masalah tonsil yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan terlalu kerap tidak hadir ke sekolah.
3. Masalah tonsil sehingga menyebabkan masalah akut lain seperti serangan sawan.
4. Apabila doktor ‘suspect’ tonsil membesar disebabkan oleh kanser seperti saiz yang membesar sebelah bahagian sahaja. Ini perlu pemeriksaan oleh doktor.
5. Serangan tonsil secara kerap sehingga menyebabkan pengumpulan nanah di sekitar tonsil ‘peritonsillar abscess’.
Semoga tulisan ini berguna untuk kalian. Jika anak anda ada tanda -tanda ini, bawalah berjumpa kami. Kami bantu.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti balik kampung dengan anak-anak, terutamanya sepanjang cuti perayaan ini.
Musim cuti sekolah ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat-ubatan wajib ada dalam beg sebelum bercuti.
Ini penting sebagai persediaan sekiranya anak atau kita tiba-tiba tak sihat. Jadi bagi mengelakkan sebarang kekalutan, ibu ayah boleh sediakan satu beg yang ada semua barang keperluan ini dan bila-bila masa boleh guna. Jika nak ke mana-mana pun angkut terus satu beg ini.
Berikut perkongsian Siti Fathimah Madhzir sebagai panduan bersama.
1. Vicks Untuk keselesaan baby. Apply di dada dan belakang badan setiap kali lepas mandi. Vicks ni tak panas but suitable for baby. Tambah-tambah kalau baby batuk boleh lah rajin-rajin apply didada dia.
Boleh cairkan kahak yang mana pekat-pekat tu sebab dia sedikit panas. Tak macam vicks orang dewasa. Vicks dewasa dan vicks baby berbeza ya. Yang baby suitable untuk baby dan kulit baby. Jangan apply di hidung dan bahagian muka.
2. Minyak telon Yang ni wajib pakai lepas mandi. Untuk elakkan anak kembung perut. Sapu di perut, tapak kaki dan belakang badan di bahagian pinggang. Ayra lepas mandi confirm akan bubuh minyak ni. Yang ni je sesuai dengan kulit dia. Pernah try jenis lain kulit dia jadi ruam.
3. Nasal hygene Ni agak recommended. Untuk selsema. Spray dalam hidung baby tengok lepas tu hingus yang pekat-pekat akan keluar. Hidung baby pun akan selesa sikit lepas spray. Yang tersumbat pun jadi kurang tersumbat.
Ni doc yang suruh beli time checkup ayra. Ayra pakai ni terus boleh tidur selesa. Kalau tidak nak menyusu pun payah hidung tersumbat. Spray dalam 2 to 6 kali sehari. Kalau nampak susah nak bernafas boleh spray.
3. Cool fever Untuk keluarkan panas dalam badan. For baby sebaiknya apply dekat bawah ketiak, belakang badan dan tapak kaki. Jangan apply dikepala.
Bila apply kat kepala bahaya. Panas tu nanti terkumpul kat otak so ada side effect. Jadi apply lah dekat bawah ketiak, belakang badan dan kaki. Bahagian ni jugak terkumpul suhu yang panas.
4. Dropolene Ni untuk elakkan ruam di bahagian sulit dan dubur. Sapu nipis kat bahagian kulit dubur kalau nampak merah-merah. Sat ja hilang ruam merah-merah kat kulit.
Bila anak kerap kencing, berak atau lambat tukar pampers kulit mesti akan merah so boleh apply ni. Ayra pakai time naik ruam ja. Kalau tak merah2 atau naik ruam takyah pakai pun boleh.
5. Paracetamol ( ubat demam/tahan sakit ) Benda ni wajib ada dalam beg yer. Kita tak tahu bila anak nak demam. So kalau demam panas tengah-tengah malam sementara nak pi klinik or hospital boleh apply nih sementara waktu sebelum pi check up.
But sebelum apply kena tanya kat klinik siap-siap. Berapa ml nak kena bagi kat baby kalau dy demam. Setiap kali check up baby kat klinik depa cucuk depa akan bagi ubat ni for spare kalau-kalau anak demam. Jangan bagi ikot dan ja bahaya. Kiraan ml ubat berdasarkan berat baby yer.
6. Garlic balm ( balm bawang putih ) Ni pun untuk kurangkan selsema baby. Apply dekat hidung dengan ubun-ubun. Garlic balm ni dy bagi keringkan hingus baby. Nak mujarab lagi masa masak bubur baby buh bawang putih sikit dalam bubur tu. Tu lagi bagus untuk bagi panas dalam badan dan cairkan hingus dan kahak yang pekat tu.
7. Thermometer Ni wajib! Sentiasa check suhu anak time dy demam. Takut-takut suhu naik mendadak boleh jadi sawan. Kalau suhu dah 39 tu cepat-cepatlah lah bawak pi hospital takut anak sawan/tarik.
Kerap-kerap lah check suhu anak time dia demam. 3 jam sekali ke kalau rajin la. Kalau tak rajin tu 4 ,5 jam sekali pun ok. Lani musim demam so wajib ada benda-benda ni dalam beg baby yer!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan harian dan kurangnya motivasi merupakan antara cabaran utama yang dialami dalam menurunkan berat badan. Namun begitu, hal ini boleh ditangani dengan pengamalan diet yang sesuai.
Kalau diikutkan banyak sebenarnya tip dan petua untuk tujuan menurunkan berat badan. Sama ada mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis, mengurangkan memakan makanan berminyak, tidak makan nasi langsung, banyakkan bersenam dan bersukan serta lain-lain.
Jadi ikut pilihan sendiri mana satu yang ingin dicuba. Cuma, ia bergantung kepada tubuh seseorang sama ada sesuai atau tidak dengan tubuh jika melakukan salahs atu cara tersebut.
Terdapat satu lagi cara diet yang membolehkan seseorang itu hilangkan berat badan di antara 5-8 kg dalam masa hanya seminggu!
Saudari Shienasan Abdullah menerusi laman facebooknya berkongsi salah satu cara menurunkan berat badan iaitu melalui kaedah General Motors Diet (GMD).
Shienasan Abdullah atau lebih mesra disapa Shiena telah melakukan eksperimen diet tersebut terhadap dirinya pada 7 April sehingga 14 April yang lalu, dan telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 6.2kg!
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80.4kg telah berjaya turun kepada 74.2kg dalam masa hanya seminggu, semuanya gara-gara menu ketat, tapi sedap, yang diamalnya itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Assalamualaikum semua sahabat positif Ina. Mesti ramai yang sedang menunggu result penurunan berat badan Ina selama 7 hari buat GM Diet kan? Maaf lewat sikit update sebab anak Ina tak berapa sihat.
Alhamdulillah berjaya juga Ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkan berat sebanyak 6.2kg.
Ina hanya makan menu seperti yang disarankan. Sehari Ina makan 3 kali. Tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yang selainnya. Bila rasa lapar je, anda boleh makan hingga kenyang.
Perlu diingatkan result penurunan berat setiap badan adalah berbeza. Jika turun banyak itu rezeki. Kalau turun sikit jangan give up, teruskan saja diet seperti biasa hingga hari ke-7.
Apa itu GM Diet?
General Motors Diet
Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet.
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22.5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162 cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22.5 x 1.62 x 1.62 = 59 kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini.
Pelan Pemakanan GMD:
Hari pertama: Buah-buahan, kecuali pisang.
Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad.
Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya.
Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Pada hari kelima, hanya dibenarkan makan daging atau ikan dan tomato.
500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging hamburger atau meatball dibenarkan. Lebihkan minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan.
Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian. Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dengan buah belimbing.
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman-teman, saudara-mara untuk membantu mereka mendapatkan berat badan ideal dan tahap kesihatan yang lebih baik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.