Nak Baiki Pintu Kayu Rumah Berlubang Tapi Risau Tak Cukup Bajet. Ikut Je Cara Ni, Lagi Jimat!

Share

Dalam keluarga, mesti akan ada seorang yang ganas kan? Elok-elok je pintunya cantik tanpa cela, boleh pula ditumbuk atau disepak sampaikan berlubang jadinya! Hehe.

Kalau nak tukar satu pintu tu terus, mau kena telan banyak bajet. Baik ikut je cara Ashura AT

ni. Bajet murah, tak perlu panggil orang buatkan! Baiki sendiri je. Lagi berbaloi. Jom tengok caranya.

#DIYWithShura Repair Pintu Kayu Rumah
.
So, rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri & nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, inshaaAllah.
.
Barang-barang yang diperlukan :-

1. Scrapper
2. Kertas pasir
3. Pisau
4. PU Foam Spray
5. Filler
6. Self adhesive joint tape

Cara-caranya :-

1. Kemaskan pintu berlubang pakai scrapper.

2. Tembak PU Foam. Lepas sejam potong lebihan, kasi rata.

3. Lekat joint tape.

4. Apply filler.

5. Lepas kering, kemaskan dengan kertas pasir. Kasi cat, settle.


Total repair 4 pintu Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, busuk2 RM480 la terbang termasuk upah install. Tu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.

Semoga bermanfaat!

IKLAN