Apa kata kali ini mencuba sendiri untuk hasilkan jam dinding hiasan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa namun hasilnya nampak luar biasa untuk diperagakan di ruang kediaman.
Mungkin ada yang tidak menyangka, jam hiasan yang dikongsikan oleh Normala Jais ini dibuat menggunakan olahan sudu plastik dan bamboo stick.
Teruja untuk mengetahui lanjut langkah-langkah untuk hasilkannya, jom semak perkongsian ini.
Ni adalah kali pertama saya kongsikan diy jam dinding dari saya sendiri.. saya ambil ilmu ni dari pada youtube sahaja.
Bahan-bahan sangat mudah kita cari.. jam dinding ni saya beli di kedai mr.diy dan untuk decoration jam ni saya beli dekat kedai eco saja.. saya guna sudu plastik pakai buang tu, kemudian bentukkan macam dalam gambar yang saya kongsikan ni..
Spray guna warna hitam .. , bamboo stick pun saya beli dekat eco juga . Belakang jam pastikan macam dalam gambar tu ya. Guna hot glue gun sahaja. SELAMAT MENCUBA.. maaf jika tidak jelas perkongsian saya ni, kamu semua boleh tengok youtube DIY WALL CLOCK..
Bahan-bahan:
Jam dinding
Ads
Sudu plastik
Spray hitam
Bamboo stick
Glue gun
Manik
Ads
Langkah demi langkah :
Spray bamboo stick
2. Spray sudu plastik dan dijemur di bawah matahari.
Ads
3. Buangkan bahagian batang sudu, dan akan jadi seperti ini.
4. Gamkan bamboo stick di bahagian belakang jam seperti ini dengan menggunakan glue gun.
5. Hias dengan sudu dan manik seperti di dalam gambar.
sumber : Normala Jais via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengikut terma psikologi, “burnout” adalah keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada seseorang akibat pendedahan tekanan yang berpanjangan. Natijahnya, ramai orang membuat keputusan untuk berhenti kerja demi kesihatan mental mereka.
Begitulah juga bagi wanita ini yang dikenali sebagai Oya yang telah berhenti kerja di sebuah syarikat besar selama 4 tahun dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok pada bulan Ogos lalu. Kini, video tersebut meraih perhatian warganet dengan jumlah yang hampir mencecah 400,000 tontonan.
“Saya letak jawatan pada Ogos lalu. Sebab utama saya berhenti kerja sebab burnout (letih mental, fizikal dan emosi) dan mental breakdown. Bunyi macam mengarut tapi itulah realitinya. Pada mulanya saya cuba bertahan tapi agak sukar untuk saya teruskan sebab saya banyak masalah dalaman dengan pengurusan dekat tempat kerja. Jadi saya memilih untuk ‘angkat kaki’ sebab dah tak boleh nak berdepan dengan tugas dan persekitaran tempat kerja. Untuk jaga kesihatan mental sendiri dan fikirkan anak- anak, saya tinggalkan syarikat” ujar Oya.
Dalam temubual bersama mStar, Oya mengaku bahawa bernenti kerja dalam keadaan ekonomi sekarang bukanlah satu keputusan yang arif. Bagaimanapun, dia nekad memilih ketenangan jiwa berbanding kerjaya yang stabil tetapi bertambah teruk kesihatan mental.
Selepas menamatkan kontrak dengan majikan, Oya kini memulakan kerjaya baharu dengan berniaga kopi dan nasi lemak jalanan di kawasan perumahan di Bangsar South, Kuala Lumpur.
“Sekarang saya fokus berniaga kopi dan nasi lemak. Waktu operasi saya pilih malam dan lokasinya berdekatan dengan kawasan pejabat dan perumahan. Antara sebab saya pilih untuk menjual sebelah malam sebab faham ramai orang ofis yang balik kerja malam dan lapar nak cari makan. Macam saya kerja dulu siang memang tak sempat nak makan jadi waktu malam balik keria penat baru nak cari makanan” jelas Oya.
Mengakui bahawa kerjayanya terdahulu berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang, Oya berkata dia bagaimanapun lebih senang hati dengan pilihan dibuat dan kurang berdepan tekanan.
“Dunia korporat dan berniaga tepi jalan ni memang bagaikan dua dunia berbeza. Kerja saya dulu memang orang kata karier yang sangat stabil. Pandangan orang pun lain sebab mereka lebin hormat bila kita kerja dekat syarikat-syarikat besar, bila berniaga tepi jalan ni orang pandang rendah sikit. Tapi saya lebih seronok dengan kerja sekarang. Bagi saya, dunia korporat ni bahagia dekat luar tapi sakit dekat dalam sedangkan berniaga macam ni nampak sakit dari segi luaran tapi sebenarnya sangat bahagia kat dalam hati,” ujarnya lagi.
Dikatakan keputusan yang dibuat ini mendapat sokongan penuh oleh suami yang bekerja sebagai kerani di ibu kota.
“Tujuan asal saya buat video tu bukanlah untuk menggalakkan orang ramai berhenti kerja pejabat tapi lebih kepada nak kongsi pengalaman lama bekerja dalam dunia korporat. Tapi apa-apa pun saya bersyukur bila keputusan tu dibuat, suami sangat menyokong dan bersetuju. Tanpa semangat daripada dia, saya tak mampu nak lakukan semua ni”
Temubual bersama mStar ini diakhiri dengan nasihat oleh Oya.
“Nasihat saya untuk orang yang menghadapi situasi sama macam saya… know your limit. Jaga kesihatan mental dan jangan takut nak move on. Sentiasa percaya pada rezeki Allah. Kalau dah tak boleh tahan dengan kerja, rancanglah jalan keluar dari dunia kerjaya sekarang dengan baik”
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.
Biasanya kalau sebut ketupat pasti terfikir makanan sahaja kan? Sedap kalau makan dengan rendang ayam ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain ketupat makanan, ada juga ketupat meja. Pernah dengar tak?
Ketupat meja merupakan kesenian kayu dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya tangan seni dan power seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Airiel Ibnu Sufian. Dari A-Z buat sendiri sahaja tau! Ikuti penerangannya di bawah.
DIY MEJA MAKAN KETUPAT KAYU
Post kalini abang nak share resepi ketupat kayu yang abang cipta sendiri dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.
1. Mula mula kau potong lah papan tu sama panjang semua. Macam yang abang buat ni, semua 7″. Lebar papan kena sama. Abang buat 3.5″ lebarnya. Walaupun panjang dan lebar sama, hati lain lain.
2. Then kau buang lah lebihan-lebihan tepi tu semacam mana kau buang semua kenangan. Ya. Termasuk surat yang penuh bedak dalam sampul surat border merah biru tu. Kalau tak faham, maksudnya kau lahir lambat sangat.
3. Mesti ada yang nak tanya, abang buang lebihan kayu tepi tu dengan apa? Dengan penuh kesabaran dik.
4. Kau nampak abang lembutkan bucu bucu kayu tu? Tu baru kayu. Belum cerita macam mana abang lembutkan hati Akak kau lagi.
5. Then kau buatlah kaki yang kukuh bagi menjamin kestabilan jangka masa panjang meja tu. Tak. Tak ada punchline dekat sini. Janganla berharap sangat.
6. Ukuran meja ni adalah 72″x30″x30″. Ukuran kerusi tu pulak 14″x15″x18″ +32″(backrest).
Sedangkan terpisah dengan pasangan buat jangka masa pendek pun sudah memendam rindu, apatah lagi bila berjauhan dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru berumahtangga.
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang terpaksa berjauhan dengan suami dan paling mengejutkan mereka tidak pernah berjumpa walaupun sudah 7 bulan berkahwin.
Kisah ini dikongsikan oleh individu tersebut yang dikenali sebagai Natasya di laman Tiktoknya yang memuat naik video dirinya menunggu ketibaan suami di lapangan terbang dan terus bergegas mendakap erat tubuh suaminya sejurus lelaki itu keluar.
Dalam kapsyen perkongsian, difahamkan mereka tidak pernah bersemuka, dan bercinta tanpa pernah berjumpa.
Aku tak pernah jumpa dia depan-depan hanya bercinta tanpa berjumpa.
Bukan itu sahaja, pasangan itu juga difahamkan telah bernikah secara dalam talian ketika wanita itu berada di Malaysia, manakala lelaki tersebut berada di Australia.
Aku nikah ‘online’ tanpa berjumpa, lepas nikah 7 bulan tak dapat jumpa dan tinggal sekali sebab dia dekat Australia aku dekat Malaysia.
Meskipun mengakui bahawa hubungan jarak jauh itu bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, wanita itu yakin bahawa suaminya itu jodohnya dan bersyukur jodoh mereka terpelihara.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan ketabahan pasangan itu, selain ada yang turut sebak melihat detik manis berkenaan.