Setiap kali menjelangnya Ramadan, kita secara sendirinya akan terlintas difikiran untuk membeli stok buah kurma yang mencukupi untuk keluarga nikmati setiap hari ketika berbuka puasa. Memandangkan buah ini sangat dianjurkan untuk dimakan saat berbuka puasa kerana mengikut sunnah nabi dan tidak dinafikan juga kurma banyak khasiatnya yang bagus untuk tubuh badan.

Secara amnya, buah kurma mempunyai banyak jenis dan antara banyak-banyak jenis buah kurma tersebut, kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa. Ini kerana kurma Ajwa mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Pun begitu, andai ditanya apa bezanya Kurma Ajwa Madinan dan Kurma Ajwa Tanah Haram Madinah, mungkin ramai antara kita tidak mengetahuinya. Mengulas lanjut tentang perbezaan kedua-duanya, ayuh kita fahami penjelasan yang diberikan oleh Saleem Wahab di page FB Memori Terindah Tanah Suci untuk pemahaman bersama.


JAWAPAN : APA BEZA ‘KURMA AJWA MADINAH’ dan ‘KURMA AJWA TANAH HARAM MADINAH’ ?

95 % tidak tahu jawapanya. Tahukah anda ajwa sendiri ada beberapa peringkat. Saya kategorikan kepada 4 tingkat yang berbeza.

Nak Beli Kurma Untuk Keluarga Cari Yang Terbaik & Dalam Banyak-banyak Jenis Kurma, Ajwa Jadikan Pilihan!

IKLAN

No 1. 
Kurma Ajwa Al-Aliyah. Nama Aliyah ini disebut secara khusus dalam hadis. Ia ditanam di kebun kawasan tinggi dalam tanah haram Madinah.

Kebun yang wujud sejak zaman baginda nabi sehingga hari ini. Kuantiti pokok yang masih ada semakin sedikit kerana pembangunan dan rosak. Kira-kira tak sampai 100 pokok yang tersisa.

Harganya mahal. Sesuai dengan kualiti buahnya yang besar dan berisi tebal. Juga stok yang sangat terhad.

No 2. 
Kurma ini ditanam di dalam sempadan kawasan tanah haram. Antaranya Quba’ dan beberapa tempat yang lain.

IKLAN

Istimewanya kurma yang ditanam di tanah haram adalah kerana doanya baginda nabi dalam hadis yang sohih. Baginda mendoakan keberkatan terhadap apa sahaja yang tumbuh daripada tanah haram madinah termasuk ajwa dan kurma-kurma lain.

Harganya juga tinggi. Tetapi lebih murah berbanding ajwa Aliyah. Stoknya juga terhad kerana kawasan tanah haram yang tidak terlalu luas.

Nota* Hanya 2 kategori ini yang disebutkan mampu menjadi Syifa’ atau penyembuh kepada SIHIR dan RACUN dalam hadis yang sohih. Ini kerana keberkahan yang ada pada tanaman yang di doakan baginda.

No 3. 
Ajwa madinah. Ini yang paling banyak dijual di seluruh ladang dan kedai-kedai. Buahnya bersaiz sederhana dan lebih murah. Kebunnya diluar kawasan tanah haram. Ia jauh disekitar kawasan bukit magnet dan sekeliling madinah.

IKLAN

Ulama berbeza samada ia mempunyai khasiat penyembuh seperti dalam hadis atau tidak. Pendapat yang kuat adalah tiada khasiat pada penyembuhan sihir dan racun. Tetapi khasiat kandungan gizi pada zat kurma itu ada.

Wallahualam.

No 4. 
Kurma ajwa ini biasanya dijual di masjid quba. Harganya murah. Sekilo sekitar 20 rial. Bahkan lebih murah. Buahnya kecil dan keras.

Jemaah berebut membeli kerana harganya. Tetapi tiada khasiat penyembuhan racun dan sihir. Kurang juga khasiat gizi kerana sudah lama dan tidak elok. Kata arab, beri kat unta pun dia tak nak makan.

sumber : Saleem Wahab via Memori Terindah Tanah Suci 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI