Nak Bersihkan Lumpur Yang Ada Dalam Perut Kerang, Ni Caranya Ibu Boleh Buat!

Share

Siapa suka masak kerang,mesti sudah tahu tip atau petua untuk membersihkan kulit kerang agar apabila dicuci nampak lebih bersih dan berselera untuk dimakan. Namun mungkin ada yang belum tahu, ada juga petua bagaimana hendak membersihkan lumpur-lumpur yang ada di dalam perut kerang.

Nak tahu bagaimana caranya, jom semak perkongsian bermanfaat daripada puan Shamsiah ini.

Petua untuk membersihkan lumpur-lumpur dalam perut kerang. 
1. Segenggam garam
2. Beberapa tangkai cili kering

-rendamkan kerang bersama garam & cili kering selama 30 minit. Insya Allah kerang-kerang tersebut berlumba-lumba memuntahkan lumpur-lumpur dalam perutnya seperti dalam video.

-pastikan kerang yg dibeli masih segar.(masih hidup)
-selamat mencuba

sumber: Shamsiah mohamad via MAHN

Selain itu, terdapat juga beberapa cara yang digunakan untuk pastikan kerang dapat dicuci bersih dengan menggunakan bahan-bahan dan cara tertentu. Dan ini antaranya:-

SERAI : Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur.  Rendam dengan air sama cukup dengan kerang.  Gaul dengan tangan.  Biar selama 10 minit dan toskan.  Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.

PELEPAH PISANG : Ambil pelepah pisang dan ketuk sikit sebelum digaulkan bersama kerang.

DAUN UBI : Daun ubi juga boleh digunakan dan caranya ditumbuk kasar daun ubi tersebut sebelum dimasukkan ke dalam rendaman air cucuian kerang.

 

IKLAN