Bila teringin nak makan kek, kek yang mudah nak buat adalah kek batik! Antara kek yang penyediaan bahan-bahan yang amat mudah. Tetapi jika salah buat, boleh keras tau!

Perkongsian oleh puan Mya Ja’amat  boleh cuba caranya. Malah viral resipinya setelah dikongsi lebih 3K. Boleh cuba.

 

KEK BATIK CINTA HATI 3 DARA JELITA

Ewah nama kan. Hahaha. Oh ye hari tu sis Mya ada buat kek batik. Kek batik ni walaupun mudah nak buat tapi banyak jugak rasa dia tu lain lain kan.

Macam sis Mya ni sepanjang sis Mya hidup ada dua kek batik yang buat sis Mya terkenang dan suka sangat. Sorang tu wife kawan sis Mya masa keje dulu buat. Tapi tu versi letak kacang. So ada tak berapa suka jugak. Satu lagi hasil tangan sis Mya sendiri.

Ok, korang boleh la refer dan try resepi sis Mya ni. Husband kata konpem laku kalo buat jual. Tak tau la rajin nak jual ke tak. Hehe.

Actually sukatan dia sis Mya campak campak je. Tapi mungkin ada yang tak boleh atau tak reti campak campak kan. So sis Mya bagi jugak ikut anggaran dan dari resepi asal dulu.

Bahan bahan :

8 sudu besar milo

8 sudu besar serbuk koko

6 sudu besar nestum original

1 buku butter, sis Mya pakai brand Anchor ye.

1 tin susu pekat ( kalo tak suka manis boleh jadikan setengah tin je. Tapi ni sebab ada serbuk koko so rasa dia just nice.)

Secubit garam pink (garam biasa pun boleh tau)

IKLAN

Nescafe satu sudu kecik ( Optional. Tak letak pun takpe. Actually fungsi dia nak bagi rasa coklat tu lagi kuat. Tapi sis Mya ada anak kecik yang makan. Cukup cukupla milo dengan susu pekat tu buat dorang ligat😂)

1 plastik Biskut Marie Original (ada kawan sis Mya pernah buat perisa lain tapi sis Mya tak kenan. Paling best guna cap ping pong tu tau.) – Yang ni pecah pecah ikut suka

Cara cara :
1) Cairkan butter dalam kuali ke periuk ke. Ikut koranglah nak masak ni dalam apa. Yang penting kene masak atas api. Api sederhana je ye.

2) Butter dah cair kan, masukkan la susu pekat. Kacau kacau dia. Tak yah kacau lama pun.

3) Pastu masukkan milo kacau lagi. Masukkan pulak serbuk koko. Kacau je la uolls. Agak agak dia jadi pekat sangat tuang sikit susu segar.

4) Pastu masukkan plak nestum, garam sikit. Kacau lagi secukup rasa dan likat.

IKLAN

5) Boleh lah tuang kan biskut marie yang dipatah patahkan tu. Gaul la rata rata.

6) Tuang dalam loyang. Rata rata kan. Ketepikan. Siap dah. Eh jangan makan dulu tau. Bagi sejuk pastu leh sejukkan lagi dalam peti. Sejukkan semalaman lagi best.

Esoknya boleh dah amik potong potong. Jadilah Kek batik cinta hati 3 dara jelita. Kek Batik ni sis Mya potong sikit sikit la. Kalo tak sekali ngap semua makan macam makan nasi. Hihi.

Sis Mya buat ni masa semua tengah tido. Asalnya husband request untuk bawa pi potluck ofis dia. Dah kengkawan dia minta resepi. Husband pun saksi kejadian wife dia masak main campak campak je😂.

Best kan Kek Batik versi sis Mya ni wajib korang cuba. Nan ado telur ye. Tekstur dia pun tak lembut. Ada rasa crunchy biskut marie tu. Jangan lupa follow sis Mya Jaamat.

Sis Mya suka masak makanan & dessert simple simple tau.

Nota kaki : Sukatan tu adalah guideline je tau. So ikut korang nak tambah berapa banyak. Nak kurangkan berapa banyak. Yang tak suka manis boleh lebihkan koko, kurangkan susu pekat. 

Selamt mencuba!