Ramai yang suka makan pulut kuning, namun ada yang tidak mahir dalam memasak hidangan ni. Nak buat pulut kuning nampak mudah aje tetapi sebenarnya kalau salah sukatannya boleh jadi lembik dan basi.

Bagi yang gemar makanan ini, selain beli apa kata buat sendiri aje di rumah. Perkongsian oleh Maz Samad boleh dijadikan panduan, siap beri tip cara elak pulut jadi basi dan lembut elok hidangan ini.

Jom cuba, mana tahu boleb buat kek pulut kuning hari jadi anak nanti. Bila dah jadi cantik dan berkilat nak hias pun tentu teruja.

Selamat mencuba!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

Rupanya Ini Tip Nak Buat Kek Pulut Kuning Tak Cepat Basi Dan Nampak Berkilat.

Tips pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi.

1. Rendam beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2 atau 3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum di rendam wajib di bilas atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih. Baru direndam
6. Semasa rendam letak sekali 2 sudu kunyit serbuk

 

IKLAN

Kaedah Kukus Beras Pulut

1- Kukus pertama
Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.

2. Air Kukusan. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru letakkan pengukus beras pulut.
Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.

3. Semasa mengukus
Langkah kukusan pertama 10 minit
rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2. Langkah kukusan kedua 20 minit.
Pulut dicampur bersama:
1/2 cawan Minyak atau Marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam

4. Beras pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin bag kilat pulut kuning tersebut.
Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi naikkan lagi seri pulut tersebut.

IKLAN

Pulut kuning akan nampak sebiji-sbiji bila dihias.Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak. Berbiji tapi tekstur sangat lembut.

Edit:
Sukatan untuk 1/2 @ 1kg pulut. Ikut kita nak lemak yang mana.
Tujuan rendam pulut bersama asam keping, untuk kilatkan pulut setelah masak.

 

Sumber: Maz Samad

 

 

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rupanya Ini Tip Nak Buat Kek Pulut Kuning Tak Cepat Basi Dan Nampak Berkilat.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI